Sudah sering kali kita mendengar berkenaan laporan penipuan dalam talian termasuklah panggilan palsu daripada penjenayah. Perkara ini sekaligus telah menimbulkan kerisuan di kalangan masyarakat kerana penjenayah sentiasa licik dalam menipu mangsanya pada saban hari.

Selaras dengan itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengumumkan bahawa kini mereka telah berkerjasama dengan syarikat pembangun aplikasi Whoscall dalam membendung scammer online. Dengan kehadiran aplikasi ini, ia boleh memberikan pengesahan informasi kepada pengguna untuk setiap panggilan yang diterima.

Baca Juga:

Sumber Gambar: UDN

Untuk makluman, aplikasi ini dapat membantu mencegah isu scam apabila panggilan masuk  itu akan terpapar di skrin telefon bimbit pengguna dengan tertera verified scammer selepas pengguna muat turun dan aktifkan Whoscall.

Malah, pihak PDRM sedia berkongsi maklumat nombor-nombor yang digunakan scammer menerusi mangsa kepada pihak Whoscall. Dengan ini, setiap maklumat berkaitan nombor scammer akan sentiasa dikemas kini lalu menjadikan langkah pencegahan ini dengan lebih efektif.

Jelasnya, orang ramai dinasihat agar mematikan sahaja panggilan jika dihubungi nombor yang diklasifikasikan oleh Whoscall sebagai verified scammer kerana golongan tersebut bijak memanipulasi emosi sehingga boleh menjerat mangsa.

Menariknya, rekod untuk kes penipuan dalam talian telah menurun pada tahun lalu. Dengan inisiatif baharu ini, diharapkan lebih ramai orang berwaspada dan menggunakan aplikasi Whoscall pada peranti untuk menyemak status sesebuah panggilan. Anda boleh muat turun aplikasi Whoscall secara percuma di Google Play Store dan App Store.