Anda pasti tak sangka, pejabat ini dibina di bawah jambatan dan yang menariknya, jambatan ini merupakan jambatan paling sibuk di Valencia. Pejabat luar biasa ini direka bentuk dan dibina sendiri oleh Fernando Abellanas, seorang designer perabot yang kreatif berasal dari Sepanyol.

Menurut Fernando, idea untuk membina ruang pejabat ini dirancang oleh beliau sendiri. Baik dari segi pemilihan bahan binaan, konsep, reka bentuk termasuklah membinanya. Membina ruang kerja tergantung di bawah jambatan seperti ini bukanlah sesuatu yang mudah, namun bagi Fernando projek ini sebagai ukuran untuk menguji tahap kemampuannya.

Tidak hanya berfungsi sebagai ruang kerja, pejabat unik ini turut boleh dijadikan sebagai ruang rehat serta dilengkapi dengan lampu yang boleh digunakan pada waktu malam.

1

3

4

5

Namun begitu Fernando tidak mendedahkan lokasi sebenar pejabat ini disebabkan projek di bawah jambatan ini dilakukan tanpa mendapat kebenaran pihak berkuasa tempatan.

Kerana ini juga, Fernando tidak kisah jika satu hari nanti pejabat ini dirosakkan atau dirobohkan pihak berkuasa. Bagi beliau, projek membina pejabat di bawah jambatan ini hanyalah satu kepuasanan dan bersifat sementara sahaja. Bukan untuk penggunaan jangka masa panjang.

BACA JUGA: ‘Joshua Tree Residence’ Rekaan Menarik Untuk Rumah Kontena Anda