Kecoh baru-baru ini apabila terdapat sekumpulan remaja yang melakukan aktiviti tidak bermoral di rangkaian kedai FamilyMart dengan memicit roti dan makanan lain sekaligus mengundang kemarahan para netizen. Aktiviti tersebut turut memberi perspektif buruk mengenai remaja pada zaman ini.

Disebalik segelintir sikap remaja yang kurang bermoral, masih terdapat ramai lagi para remaja kini yang hadir dengan pelbagai inovasi yang berjaya membuatkan orang ramai kagum.

Huawei-Nova-5T-1280×720
HYPE
Rekaan Trendy Huawei Nova 5T Tampil 5 Kamera AI Dibuka Untuk Pra Tempahan Bermula Esok
Baca lagi →

Jika sebelum ini, seorang remaja berumur 14 tahun berjaya menghasilkan powerbank ciptaan  beliau sendiri, pada kali ini sekumpulan pelajar ini berjaya mencipta inovasi dengan menghidupkan motosikal menggunakan aplikasi dan kad pengenalan.

Menurut perkongsian di laman Twitter @TheFaizAmini, projek yang dihasilkan masih lagi di peringkat prototaip. Berbekalkan arduino yang diletakkan di bahagian compartment motosikal, motosikal ini mampu dihidupkan dan dimatikan menggunakan aplikasi yang dihasilkan. Inovasi mereka ini turut mencuri perhatian YB Syed Saddiq yang sangat kagum dengan idea mereka.

Melihat kepada peningkatan perkongsian inovatif daripada para remaja pada masa kini, pastinya perspektif orang ramai terhadap remaja pada zaman kini mampu berubah sedikit sebanyak ke arah yang lebih positif.

Anda Mungkin Suka