Telekom Malaysia kini dilihat mengemas kini penawaran pelan prabayar mereka dan turut menyertakan had penggunaan data untuk pelan tanpa had mereka. Sebelum ini, pelan bulanan ini hadir tanpa had dan FUP.

Menerusi had yang diimpelementasi, pelan ini dihadkan kepada penggunaan data 4G sehingga 100GB untuk pelan prabayar tanpa had serta jumlah hotspot sekitar 10GB.

Baca Juga:

Sumber Gambar: Unifi

Malah, pengguna juga dihadkan kepada kepada had kelajuan 5Mbps dibawah rangkaian 4G. Selepas melangkaui had berkenaan, unifi akan mengehadkan kelajuan kepada 512kbps.

Setakat ini, kelajuan 5G masih tiada had untuk kuota dan kelajuan untuk kegunaan seharian. Secara dasarnya, pengguna 4G sahaja yang bakal terkesan dengan perubahan FUP ini sementara 5G masih boleh menikmati penggunaan tanpa had.

Perubahan baharu ini adalah berkuat-kuasa mengikut terma baharu unifi bermula 20 Disember 2022 ini. Jadi, anda perlu cakna dengan perubahan FUP ini jika menggunakan pelan unifi 4G menerusinya.

Sumber