Nota Editor: Perkongsian ini adalah daripada Zulhazmi Mokhti yang kini sedang melanjutkan pelajaran di UK. Sebagaimana yang diketahui umum, rakyat Malaysia yang mendaftar dengan Tabung Haji haji perlumenunggu giliran dalam tempoh yang lama sebelum dapat menunaikan rukun Islam yang ke 5 disebabkan ramai yang mendaftar.

Namun begitu tidak ramai yang tahu pelajar Malaysia yang melanjutkan pelajaran di UK boleh menunaikan haji dengan lebih cepat berbanding di sini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Semoga perkongsian ini dapat membuka mata pelajar Malaysia di UK dan seterusnya merebut peluang keemasan ini.

Menunaikan haji dari UK – kelebihan untuk dipertimbangkan bagi pelajar kita

Salam. Post ini ditujukan kepada rakan-rakan pelajar di UK, atau pun pelajar yang bakal datang. Mungkin relevant kepada sebilangan kecil sahaja tapi sekadar berkongsi pengalaman & untuk dipertimbangkan. Kita usaha, Allah yang tentukan.

Saya berpendapat menunaikan haji melalui Tabung Haji adalah cara terbaik bagi kita. Tetapi memandangkan waiting list yang panjang, saya highly recommend kepada yang mampu atau yang telah cukup simpanan Tabung Haji di Malaysia tapi belum dapat giliran, untuk consider menunaikan haji dari UK.

Antara kelebihannya ialah:

1. Haji dari UK insyaAllah boleh dibuat pada tahun yang sama kita daftar (e.g tahun ini) – tak perlu menunggu bertahun-tahun.

Tahun 2013 lepas saya & isteri mendaftar pada hari terakhir tempoh permohonan visa haji (i.e. hujung bulan Zulqaedah) dan masih boleh mendapat tempat, alhamdulillah dengan izin Allah.

2. Pada tahun ini, 2015 (dan juga tahun depan) musim haji ialah pada bulan September, iaitu sebelum semester bermula bagi kebanyakan universiti. Kebanyakan pelajar sedang bercuti musim panas.

haji-2

3. Fleksibiliti dari segi tempoh berada di sana. Pakej haji dari local agent yang saya gunakan tahun lepas ialah £3500 untuk 3 minggu, termasuk bayaran dam.

Ada juga pakej selama 2 minggu tetapi kosnya sama. Adik saya mengambil pakej Manchester Hajj, juga £3500 utk 2 minggu termasuk bayaran dam & korban. Jarak hotel ke Masjidil Haram & Masjid Nabawi adalah sama, dalam 500m-800m.

4. Kalau kita sudah pulang ke Malaysia dan sudah tidak ada visa pelajar/dependent, kita tidak lagi dibenarkan pergi haji dari UK.

Hanya orang yang ada visa UK (pelajar/dependent/work visa) yang dibenarkan. Ini bermakna dari Malaysia kita tidak boleh ‘melancong’ ke UK dengan tujuan menunaikan haji dari UK.

5. Dari Heathrow jemaah haji akan pergi ke Madinah dahulu (bagi pekej yang saya ambil). Kelebihan pergi ke Madinah dahulu ialah kita tidak perlu memakai ihram dari Heathrow. Ihram akan dipakai semasa bertolak dari Madinah ke Mekah dengan menaiki bas.

6. Di Mina & Arafah jemaah haji akan ditempatkan mengikut negara/region. Jemaah haji UK ditempatkan bersama jemaah haji Europe. Wallahua’lam, saya difahamkan khemah-khemah untuk jemaah Europe ini agak lebih selesa berbanding jemaah lain (mungkin sebab bayaran lebih).

Tilam & air-cond dalam khemah disediakan. Ini tidaklah menjadi priority tapi mungkin menjadi faktor yang akan memudahkan ibadat kita.

7. Kadar tukaran tinggi wang Pound Sterling-Riyal juga menjadi faktor yang mungkin membantu, untuk membeli makanan atau barang-barang lain (souvenirs?).

8. Flight yang kami naiki ialah Saudi Airlines, dengan kargo allowance 35kg + 1 botol besar air zamzam yang telah di-pack-kan untuk kita ke Heathrow.

9. Education Malaysia / High-Comm London ada menganjurkan kursus haji (kalau tak silap). Kepada yang masih di Malaysia, bolehlah menyertai kursus haji siap-siap di Malaysia anjuran TH di masjid-masjid, kebanyakannya percuma.

Baca: Tips Ini Pasti Buat Anda Lebih Mudah Melakukan Ibadah Korban Di Hari Raya Haji

haji-3

Nota:-

a) Jika kita pergi dengan kuota haji UK, kita sebenarnya tidak boleh menyertai pakej Tabung Haji bila di Mekah nanti. Ini adalah syarat mendapat visa dari Saudi Embassy i.e. mesti menggunakan travel agent haji yang telah mereka lantik di UK yang memegang kuota haji UK.

Jika nak ikut Tabung Haji juga, kita kenalah ‘membeli’ kuota tersebut dari agent UK yang dilantik. Harga tahun 2013 ialah £1200 seorang. Ini bermakna agent UK itu cuma apply visa haji utk kita, dan kita arrange sendiri dengan Tabung Haji logistik di Saudi. Ini yang dilakukan oleh rakan saya dari Cardiff.

b) Jemaah haji wanita perlu ada mahram. Tetapi tahun 2013 lepas ada juga seorang jemaah haji wanita Malaysian dari UK yang diluluskan visanya walaupun tanpa mahram, dan beliau travel dalam berkumpulan.

c) Bagi mereka yg ada savings dalam Tabung Haji (tetapi tak boleh withdraw dari UK), di Mekah/Madinah nanti kita boleh keluarkan cash utk belanja.

Ada beberapa kaunter TH disediakan dan tak ada transaction limit. Pakej haji ada menyediakan makanan buffet di hotel, tetapi jika ingin belanja extra bolehlah dikatakan murah berbanding harga di UK e.g.: typical lunch (nasi Arab/ Melayu) dalam £2 to £3, roti canai <£1, kebab £1, western fast food £4.

Semoga bermanfaat.

Baca lagi: 25 Gambar Bagaimana Haji Ditunaikan 61 Tahun Yang Lalu

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram