Sebelum ini tular sebuah video pemandu kepada seorang Timbalan Menteri yang dirakam memotong kenderaan di garisan berkembar ketika memandu di Jalan Bukit Marak – Binjai, Kota Bharu.

Sebelum ini, pemandu berkenaan mengaku berbuat demikian adalah kerana sudah terlambat untuk menghantar majikannya ke lapangan terbang.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Timbalan Menteri terbabit telah tampil memohon maaf atas insiden tersebut dan pihaknya akan menerima tindakan undang-undang di atas kesalahan yang dilakukan.

Berdasarkan laporan Harian Metro semalam, pemandu terbabit, Mohd Nazre Che Mustafa, 31, didakwa di Mahkamah Majistret atas kesalahan melanggar peraturan jalan raya. Namun, dia mengaku tidak bersalah dan memohon untuk dibicarakan.

“Tertuduh hadir bersama peguam dan tidak mengaku salah. Jaminan sebanyak RM4,000 dikenakan dengan seorang penjamin. Mahkamah menetapkan 8 Disember untuk serahan dokumen,” kata Superintendan Shuhaimi Jusoh dari Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kelantan.

Rakaman video yang tular sebelum ini memaparkan kenderaan dengan nombor pendaftaran P45 memotong kenderaan di hadapan di garisan berkembar meskipun terdapat kenderaan lain di atas jalan berkenaan dari arah bertentangan.

Dalam perkembangan lain, Kulim akan jadi lokasi pertama untuk memasang model mewah Porsche Cayenne di luar Eropah. Baca lagi pada pautan di bawah.

Kulim Jadi Lokasi Pertama Pasang ‘Porsche Cayenne’ Luar Eropah, Harga Bermula RM550,000

Orang Ramai Pertikai Tindakan Buang Sampah Atas Kereta Vios Sebagai ‘Hukuman’

Sumber