Semalam berlangsungnya perlawanan super yang tersendiri antara bintang tinju terkemuka Floyd Mayweather dan bintang Mixed Martial Arts(MMA), Conor McGregor. Keputusannya perlawanan berpihak kepada Floyd Mayweather di mana beliau menang secara TKO di pusingan ke-10.

Secara sahnya, Floyd Mayweather menang perlawanan ini tetapi secara keseluruhannya, adakah Mayweather menang secara total? Apa yang McGregor sudah kecapi selepas perlawanan ini? Mari kita lihat satu persatu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

1. MMA vs Boxing

Ini adalah superfight sah pertama antara wakil dari sukan tinju dan MMA. Sebelum-sebelum ini, tidak ada orang ‘segila’ McGregor yang mencabar Mayweather untuk keluar dari persaraan. Mayweather semestinya favourite untuk menang kerana tinju adalah ‘makanan’ Mayweather dan beliau lebih tahu sukan ini berbanding McGregor. Tetapi itu tidak mematahkan semangat McGregor untuk mengemukakan cabaran kepada Mayweather.

Ianya bermula sejak tahun 2015 lagi. Dalam satu rancangan temubual Conor O’Brian, McGregor berkata, “Kalau awak bertanya saya adakah saya akan berlawan dengan Mayweather, saya akan terima. Siapa sahaja yang akan menolak untuk menari di atas pentas dan bawa pulang wang tunai USD180 juta.”

Januari 2016, McGregor menyatakan cabaran secara rasmi di laman Instagram miliknya untuk satu perlawanan tinju dengan Mayweather. Selepas menerima beberapa provokasi dan cabaran, akhirnya pada bulan Mac 2017, Mayweahter bersetuju untuk keluar dari persaraan dan menerima cabaran McGregor.

2. Mind Games

maymac 2

Selepas mendapat persetujuan untuk berlawan, tibalah masa untuk mind games. McGregor memang seorang fighter/entertainer yang sangat berbakat dengan lagaknya yang gila-gila setiap kali promosi untuk perlawanan super ini berlangsung.

Di sepanjang sesi promosi, McGregor lebih loud dan Mayweather pula lebih rileks dan cool. Tetapi perkara-perkara seperti inilah yang akan menjual perlawanan. Itulah publisiti yang diperlukan untuk menaikkan hype pertarungan ini. Provokasi yang dibuat sepanjang promosi adalah modal untuk menarik lebih ramai penonton melanggan per per view (PPV) untuk perlawanan ini.

Tiket untuk perlawanan ini juga tidak kurang mahalnya. Julat harga untuk tiket perlawanan ini adalah USD2,500 sehingga USD10,000; harga tiket lebih tinggi untuk kedudukan yang lebih dekat dengan gelanggang. Harga PPV untuk perlawanan ini pula adalah USD100, walaupun agak tinggi tetapi disebabkan hype yang dibina, ramai yang tetap melanggan untuk menonton perlawanan ini.

3. Hadiah kemenangan

mayma 3

Wang ringgit. Motivasi utama perlawanan ini. Mayweather sanggup mempertaruhkan rekod 49-0 beliau untuk berlawan dengan McGregor kerana beliau tahu, perlawanan ini hanyalah sekadar exhibition match dan jika beliau kalah sekali pun, beliau kalah kepada seorang peninju MMA, bukan peninju profesional.

Walaupun tewas, McGregor tetap membawa pulang wang tunai USD30 juta dan akan meningkat lagi selepas dikira revenue daripada PPV. Mayweather pula akan menerima dua kali ganda atau lebih daripada jumlah yang diterima McGregor. Mudah Mayweather buat duit. Sebab itu gelaran ‘Money Team’ sangat sesuai dengan beliau. Mayweather kini bakal menjejak kaki dalam kelab USD1 Billion untuk bidang sukan. Hanya dua atlet sebelum ini yang berjaya melepasi nilai USD1 billion iaitu Michael Jordan dan Tiger Woods.

4. Populariti

Boxing: Mayweather vs McGregor-Weigh Ins
Kredit: Mark J. Rebilas-USA TODAY Sports

Perlawanan ini pastinya akan meningkatkan lagi populariti Conor McGregor di seluruh dunia. Jika sebelum ini beliau hanya dikenali di kalangan peminat MMA, kini beliau menambah fan base dalam sukan tinju pula. Saya yakin, pasti banyak jenama besar dunia akan berminat untuk menaja Conor McGregor selepas ini.

Conor baru berusia 29 tahun dan jika beliau mengikut jejak langkah Mayweather untuk bersara di usia 40 tahun, bermakna beliau masih ada 11 tahun untuk mencipta nama dan bertarung. Sebagai juara di MMA, beliau masih mempunyai perlawanan untuk mempertahankan tali pinggang miliknya dalam sukan MMA.

Kesimpulannya, siapakah juara sebenar untuk superfight ini? Bagi saya McGregor dan Mayweahter kedua-duanya adalah pemenang tetapi mereka menang dengan mileage yang berbeza. Mayweahter kini gembira dengan rekod baharu 50-0 dan McGregor kini gembira dengan pencapaian baharu beliau.

It’s just an exhibition match and it’s a good business. At the end of the day, mereka pulang ke rumah dengan senyuman dan poket yang tebal. Terima kasih kepada anda semua juga yang menyumbang kepada hadiah kemenangan mereka dengan melanggan perlawanan PPV di saluran Astro. Anda rasa berbaloi pelaburan yang anda buat untuk perlawanan ini semalam?