Baru-baru ini, aku menjejakkan kaki buat kali pertama di Manila, Filipina bersama sahabat aku Humaidi pada 25 Februari 2017 selama 3 hari 2 malam.

Ya, kami pergi berdua sahaja. Biasanya untuk trip-trip sebelum ini aku pergi dengan ramai kawan, paling kurang pun 6 orang kerana boleh jimat bajet kami. Tetapi trip kali ini berdua sahaja kerana aku mahu mencabar diri ini apakah aku boleh jelajah negara orang dengan hanya bermodalkan bawah RM500?

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Bukan itu sahaja, trip ini aku bawa sahabat baik aku yang tidak pernah travel lagi sepanjang hidupnya, ini merupakan kali pertama dia travel. Passport dia pun baru siap 3 hari sebelum bertolak. Hahaha.

Syukur Alhamdulillah, bajet RM500 kami bawa sememangnya mencukupi selama 3 hari di sana. Tiada alasan untuk korang pergi travel jika bilangan rakan korang tidak ramai.

Ingat, nak travel ke mana sekalipun, bilangan rakan tidak penting, walaupun hanya alone, tetapi yang penting, hati korang kena kental dan berani. Itu kunci utama jika korang mahu travel ke tempat orang.

Pertama kali kami ke Manila dan tanpa sebarang nasihat atau pedoman, kami berhadapan dengan pengalaman sukar hendak mendapatkan makanan halal di ibu kota Filipina itu.

Untuk pengetahuan korang, 3 hari di sana kami hanya makan Maggi Tom Yam sahaja untuk makan tengahari dan makan malam. Untuk sarapan kami makan biskut oat coklat sahaja.

Bayangkan 3 hari kami tidak sentuh nasi, huhuu. Tapi kami hidup, haha. Lagipun nasi itu kehendak, tak mati pun kalau korang tak makan. Hehe. Sebenarnya, ada je restoran halal, tapi lokasi agak jauh dari tempat kami menginap iaitu di Baclaran yang merupakan daerah majoriti penduduknya adalah Muslim.

Apa yang menariknya di Manila? Mesti korang tertanya-tanya kan? Ok, dari sudut mata kasar, Kota Metropolitan Manila ini tidak jauh berbeza dengan Kuala Lumpur. Cumanya sistem trafik mereka amatlah teruk. Seteruk-teruk kesesakan lalulintas di Kuala Lumpur, teruk lagi di Manila.

Cara mereka memandu kereta bagaikan tiada undang-undang, susah kami nak luahkan di sini. Mungkin boleh dikatakan mereka memandu mengikut perasaan mereka. Hahahaha. Bunyi keriuhan hon berkumandang setiap masa. Belum lagi ditambah dengan keghairahan bunyi construction jalan yang membingitkan. Allahu, itulah saat kesibukan di kota Manila.

Aku sarankan janganlah sesekali korang menyewa kereta di sini. Kalau korang tidak mahu migrain menyerang korang la. Hahahha. Jadi kami naik apa ? Naik Grab Car la. Grab Car di sana bercambah, korang buka saja apps Grab Car, terbeliak biji mata korang tengok betapa ramainya rakyat di sana buat kerja driver Grab Car.

Dengan tambangnya yang murah, sudah semestinya Grab Car menjadi pilihan utama kami selama di sana. Kalau korang mahu tambang yang lagi murah, korang boleh try Jeepney. Jeepney ni memang rare habis dan merupakan pengangkutan awam utama di sana. Tambang setiap tempat dia berhenti hanya 10 Peso sahaja, lebih kurang hampir RM1 saja. Huhu murah gila.

Di ibu kota Filipina ini juga dikatakan banyak jenayah berleluasa. Contohnya penyeluk saku, gangsterisme, culik, rompak dan sebagainya. Jadi tidak hairanlah kalau setiap pusat membeli belah mahupun di tempat-tempat yang orang ramai masuk semuanya dikawal ketat oleh security di pintu masuk utama. Security akan check bag yang korang bawa. Jangan sesekali bawa barangan yang mencurigakan ye.

Itulah situasi di Manila, kota metropolitan yang tidak ramai orang tahu bahawa suatu ketika dahulu adalah sebuah kota Islam. Raja Islam yang terakhir memerintah Manila ialah Raja Soliman @ Sulaiman. Sebelum itu, Manila diperintah oleh bapa saudaranya yang bernama Raja Matanda dan Lakandula. Manila pernah diusahakan untuk jadi ibu kota Islam di Nusantara.

Malangnya, penjajahan Sepanyol yang begitu berdendam terhadap orang Islam susulan apa yang berlaku di tanah air mereka, telah ‘memurtadkan’ terus Manila malah seluruh Filipina hingga ke hari ini. Yang tinggal Islam daripada 94 juta populasinya sekarang hanya 5%! Bagaimana hilangnya Islam di Andalusia, begitulah juga hilangnya Islam di Filipina.

Setelah kekalahan Raja Sulaiman, penjajah Sepanyol terus memperlihatkan dendam kesumat mereka yang begitu membara. Mereka meruntuhkan tapak kerajaan Raja Sulaiman di bandar Manila lalu mendirikan kota di sekeliling ibu pejabat mereka yang diberi nama Fort Santiago. Kawasan di dalam kota itu dikenali sebagai Intramuros yang menjadi tumpuan pelancong hingga hari ini.

Ok tamat sudah intro aku, haha. Sekarang kita berbalik pada motif utama, apa yang menariknya di Manila ni? Baiklah, apa yang aku katakan sebelum ini hanyalah dari sudut mata kasar. Sebenarnya di sini ada banyak tempat-tempat menarik yang boleh dilawati, antaranya Fortune Island, Taal Volcano, Masungi, Intramuros, Makati, Bukal Falls dan banyak lagi. Orang-orang di sini juga baik-baik , perempuan-perempuan di sini jangan cakaplah, ramai cantik-cantik. Hik hik. Alhamdulillah selama kami di sini semuanya berjalan lancar tanpa sebarang masalah yang serius.

Di sini aku ingin berkongsi itinerari lengkap kami selama 3 hari 2 malam beserta kos kerugian.

SM Mall of Asia
Globe nie besar gila. Merupakan mercu tanda SM Mall of Asia.
Cool kan.
Sunset di Manila Bay. Cantik weh.
The Manila Eye

25 Februari 2017 (Hari Pertama)

8.50 am :
Bertolak dari KLIA2, AirAsia. Harga tiket promo RM81 RETURN. Hihihi. Sayang Abang Tony. Muah ciked.

Masa perjalanan 3 Jam 50 minit untuk sampai ke Manila. Makan kami tak order. Sarapan siap-siap sebelum berlepas.

12.40 pm :
Selamat tiba di Ninoy Aquino International Airport (NAIA). Terminal kami mendarat adalah NAIA Terminal 3. Di Manila ada 4 terminal. Contoh di Kuala Lumpur, ada 2 terminal, iaitu KLIA dan KLIA2. Manila ada 4 terminal, wow. Terpegun sekejap. Haha.

Imegresen checking, jangan hairan kalau korang kena siasat pelbagai soalan. Imegresen akan tanya soalan seperti berapa hari berada di sini, bekerja atau pelajar, apa tujuan datang sini, menginap di hotel mana, dan macam-macam lah.

Selesai urusan imegresen checking, aku connect free wifi airport dan whatsaap owner guest house yang kami akan menginap selama 3 hari 2 malam.

1.30 pm :
Driver guest house datang ambil kami di terminal dengan menaiki van persendirian dan bawa kami ke Chill-Out Guest House yang terletak di Remedios Street, Malate. Perjalanan ke sana mrngambil masa hampir 40 minit. Haaa, disini kami tersalah paham sedikit dengan owner guesthouse.

Kami ingatkan tidak dikenakan sebarang caj pick up kami di airport, kerana kami fikir ianya termasuk dalam pakej. Rupa-rupanya kena bayar tambang. Kalau murah kami boleh terima lagi, tetapi harga tambang kami dikenakan adalah sebanyak 1000 Peso bak hang.

Terkejut monyet kami dibuatnya. Mahal tu beb. 1000 Peso bersamaan hampir RM100 tau! Kejadian di hari pertama sudah membuatkan kami murung. Hahaha. Lagipun silap kami juga kerana tidak menanyakan terlebih dahulu apakah kena bayar atau tidak.

Pasrah dan redha jelah. Peringatan buat korang dan diri ini. Jangan sesekali lupa bertanyakan terlebih dahulu harga atau tambang, barulah beri kata putus ok.

2.15 pm :
Check In di Chillout GuestHouse.

Chillout GuestHouse ini aku sudah bayar online seminggu sebelum bertolak ke Manila. 2 malam hanya RM90 sahaja. Aku booking online melalui website HotelsCombined. Aku selalu booking hotel melalui HotelsCombined ni kerana dia senaraikan semua hotel yang ada kat muka bumi ini dari yang termurah sampai la harga tersembur nasi. Haha. Dia bandingkan harga dari semua travel site yang sedia ada seperti Trivago, Agoda, Booking.com, Traveloka dan lain-lain. Dan dia akan bagi tau travel site mana yang termurah untuk hotel pilihan korang.

MUDAH kan? Korang boleh download apps HotelsCombined di sini : https://www.hotelscombined.my/apps

Aku pilih Chillout GuestHouse nie bukan hanya semata-mata harganya yang murah, tetapi review daripada traveller lain yang agak memberangsangkan dan positif. Murah dan review yang bagus merupakan 2 aspek penting ketika aku hendak book sesuatu penginapan.

Sememangnya sangat berbaloi guesthouse ni, kelengkapan sangat lengkap, ada wifi percuma, ruang tamu, televisyen, kipas, penghawa dingin, meja makan, dapur untuk memasak, sinki, pinggan mangkuk cawan dan macam-macam ada.

Cumanya bilik air dan tandas asing (shared bathroom), tetapi kalau nak private bathroom pun boleh, harga mahal sedikit. Owner dan staff-staff Chillout GuestHouse sangat peramah dan helpful. Highly recommended!

Makan tengahari Mee Manggi Tom Yam yang dibawa dari Malaysia.

3.30 pm :
Berjalan kaki tidak sampai 5 minit ke Kedai 7 Eleven dari Chillout GuestHouse untuk membeli 2 air botol mineral berharga 10 peso sebotol dan juga sim card. Sim Card LTE Globe berharga 40 Peso, beli seorang satu keping beserta prepaid bernilai 199 Peso untuk melanggan 1GB data. Tempoh tamat data hanya 3 hari sahaja. Sengaja beli sim card seorang satu. Takut-takut salah seorang hilang dari radar, senanglah nak dihubungi. Sediakan payung sebelum hujan.

Tahan Grab Taxi untuk pergi ke SM Mall of Asia yang terletak di Seaside Blvd, Pasay, Metro Manila. Perjalanan ke sana hanya mengambil masa 20 minit. Tambang Taxi Grab hanya 200 Peso. Sebenarnya aku mahu request Grab Car melalui apps Grab tetapi ketika itu internet belum aktif lagi. Kalau Grab Car boleh dapat murah sedikit. Huhuhu

4.30 pm :
Tiba di SM Mall of Asia. Shopping Mall ini merupakan ke- 4th terbesar di Filipina dan menduduki tangga ke 11th terbesar di dunia. Ianya dibuka pada tahun 2006 yang mana ketika itu SM Mall ini adalah terbesar di Filipina. Belakang SM MOA ini terletaknya Manila Bay. Korang boleh menikmati suasana sunset di situ. Memang besar mall ini, sampai ke malam kami berjalan-jalan pusing dalam mall ni. Pengunjung pun sangatlah ramai. Meriah betul. Kami hanya melihat pelbagai ragam manusia dan rakyat Manila di sini.

Selain berjalan-jalan di mall tersebut, Kami turut mengambil foto Globe yang mana merupakan Mercu Tanda SM Mall of Asia dan menikmati Sunset di Manila Bay. Indah sekali.

Menikmati keindahan Night Life Manila dan lepak di persekitaran The MOA EYE. Lebih kurang seperti Eye of Malacca. Lampunya bemergelapan membuat kami terpukau melihatnya.

Kami tidak berbelanja langsung sepanjang kami berada di Mall tersebut, hanya makan biskut oat yang kami bawa dari Malaysia dan hanya membeli air botol berperisa yang berharga 35 peso.

9.00 pm :
Request Grab Car menuju balik ke Chillout GuestHouse. Tambang hanya 150 Peso. Murah dan sangat selesa, maklumlah kereta Mitsubishi. Huhu.

9.30 pm :
Tiba di Chillout GuestHouse.

Berjalan kaki ke Mabini Street hanya 6 minit sahaja dari GuestHouse. Apa yang ada di Mabini Street? Korang google la sendiri. Hahahha. Sebenarnya kami sangkakan Mabini Street seperti Petaling Street, ada jual-jual barang pelbagai semua, tapi sangkaan kami meleset jauh. Hanya pub dan kelab malam berderetan di sepanjang Mabini Street tersebut. Nasib masih ada iman di dada kami. Alhamdulillah terselamat daripada godaan perempuan seksi yang berlambakan sepanjang jalan tersebut. Hahahaha.

11.00 pm :
Pulang ke GuestHouse dan tidur

KOS KERUGIAN HARI PERTAMA :

Pick up dari NAIA terminal 3 ke Chillout guestouse 1000 peso (500peso/ pax)
Sim Card LTE 40 Peso
Prepaid tambah nilai 199 Peso
Air mineral 10 Peso
Grab Taxi ke SM Mall of Asia 200 Peso (100 Peso/pax)
Air Botol Berperisa 35 Peso
Grab car to Chillout GuestHouse 150 Peso
Air Mineral 10 Peso
TOTAL : 1644 Peso (870 Peso per pax)

Baca: Itinerari Travel 6 Hari Ke El Nido Dan Pulau Palawan, Filipina

Tarikan utama di pulau ini adalah tiang Acropolis dan Grecian terletak betul-betul di puncak bukit pulau Fortune. Terdapat juga patung San Diego Galleon.
Air laut yang hijau sedap mata memandang. Sedap lagi bermandi manda sambil melihat karangan laut dan ikan di sini.

Inilah bot ke Fortune Island. Harga 4000 Peso return (pergi ramai-ramai murah la boleh tong-tong duit).
Ini bas kami pergi ke Terminal Nasugbu selama 4 jam.
View dalam bas.
Inilah Jeepney. Cantik kan? Ramai org awam naik jeepney sebab murah tambangnya.26 Februari 2017 (Hari Kedua)

6.30 am :
Kami bersiap awal pagi kerana mahu pergi ke Fortune Island di Nasugbu, Batangas. Mesti bangun awal kerana perjalanan ke Fortune Island mengambil masa yang agak lama iaitu 4 jam – 5 jam. Sarapan biskut Chocolate Oat dan Air Milo (semua ni kami beli dari Malaysia).

8.00 am :
Request Grab Car menuju ke Station Bus Pasay, Manila dan mengambil masa 20 minit untuk tiba ke sana. Tambang Grab Car adalah 175 peso. Terus naik bas yang menuju ke Nasugbu. Tambang hanya 155 peso seorang.

9.00 am :
Bas mula bergerak ke Nasugbu. Masa perjalanan ke Nasugbu lebih kurang 4 jam. Masa ni korang jangan tidur dulu, layan dulu suasana dan ragam rakyat Manila di sini. Huhuhu..

1.00 pm :
Tiba di Terminal Bas Nasugbu. Kami ambik Tricycle (lebih kurang macam beca tapi pemandu naik motor la) dan menuju ke Jetty untuk menaiki Boat ke Fortune Island. Dari Terminal Bas Nasugbu ke Jetty tersebut hanya mengambil masa 10 – 15 minit sahaja. Tambang Tricycle hanya 10 Peso seorang. Beli air botol Mineral (2 botol) 40 Peso.

1.15 pm :
Tiba di Jetty, kami mencari driver boat di situ. Maka berlakulah tawar-menawar harga tambang bot ke Fortune Island iaitu 4000 Peso RETURN. Aku memang sudah tahu harga sebegitu rupa hasil bacaan aku sebelum ini tetapi aku sangkakan ramai orang yang datang ke pulau Fortune ini.

Kalau ramai bolehlah tong-tong duit (kongsi bayar sama-sama). Ber huhu lah kami berdua. Terpaksa juga bayar alang-alang dah sampai. Biasalah, trip redah haruslah redha apa jua yang mendatang. Nasib kami bawa bajet lebih. Huhuhu.

Bayaran masuk 300 Peso seorang. Terus menuju ke Fortune Island. Masa diambil untuk tiba ke sana lebih kurang 1 Jam.

2.30 pm :
Tiba di Fortune Island. MasyaAllah. SubhanaAllah. Allhuakhbarr. Itulah ungkapan kami apabila melihat kecantikan air lautnya yang membiru dan juga menghijau. Hahaha. Cantik dan indah sekali. Pulau dia tiadalah besar sangat, tapi sangat unik sekali.

Fortune Island juga dikenali sebagai Greece Batangas kini menjadi satu lokasi pelancongan terbaik. Tarikan utama di pulau ini adalah tiang Acropolis dan Grecian terletak betul-betul di puncak bukit pulau Fortune. Terdapat juga patung San Diego Galleon. Memang mercik hawau. Kalau buat wedding photoshoot memang terbaiklah.

1 jam kami bermandi-manda di situ sambil melihat batu karang dan ikan-ikan seperti dalam filem Finding Nemo. Tersangatlah banyak dan cantik. Kami berasa sangat kesal kerana tidak mempunyai GoPro. Kalau tidak bolehlah kami merakam saat-saat indah ketika menyelam di situ.

1 jam lagi kami gunakan untuk menikmati keindahan pulau itu dan mengambil banyak foto untuk kenangan. Tidak ramai pun pengunjung yang datang, lebih kurang 5-6 orang sahaja. Mungkin kerana kami datang pada waktu tengahari. Huhuhu. Jadi sesi fotografi kami tidaklah terganggu dan semuanya berjalan dengan lancar.

4.30 pm :
Menaiki boat dan bertolak balik menuju ke Jetty.

5.30 pm :
Tiba di Jetty. Kami mandi bersihkan badan dan menyalin pakaian dalam bilik air yang ada di situ.

5.45 pm :
Naik Tricycle menuju ke Terminal Bas Nasugbu. Tambang tricycle 10 peso seorang. Beli air botol mineral (2 botol ) 40 Peso.

6.00 pm :
Naik bas yang menuju ke Terminal Bas Pasay, Manila. Tambang bas hanya 155 peso seorang. Perjalanan pulang mengambil masa 4 jam.

10.00 pm :
Tiba di Terminal Bas Pasay, Manila.

Kami berjalan kaki menuju ke Baclaran Market. Lebih kurang 20 minit jugalah kami berjalan di situ sambil melihat ragam orang ramai. Dan untuk pengetahuan kamu semua, Baclaran merupakan tempat majorotinya adalah Muslim.

Jadi tidak hairanlah penjual wanita kebanyakannya bertudung. Kami bertegur sapa memberi salam tiap kali bertemu dengan penjual muslim. Mereka pasti akan melayan korang dengan baik.

Hasil tangkapan kami sepanjang berjalan di pasar tersebut, kami hanya beli lighter rare bak hang, kepala harimau gigi taring hanya 100 Peso. Kami tercari-cari juga baju-baju yang dengan design I LOVE MANILA dan apa-apa ajelah yang ada mercu tanda Filipina, tetapi hampa kerana semuanya hanya jual baju trend terkini. Pasar di sini lebih kurang macam UpTown gitu.

Sebenarnya, kami saat ini tengah lapar. Puas kami mencari warung muslim tetapi sudah tutup.

11.00 pm :
Puas berjalan kami terus request Grab Car menuju pulang ke guest house kami. 20 minit masa diambil untuk tiba ke guest house. Tambang Grab Car hanya 168 Peso sahaja.

Tiba di guest house kami terus makan maggi akibat terlalu lapar. Terus habiskan 3 bungkus maggi. Hahaha. Sambil makan kami melayan kepala dengan Mat Saleh dari Peranchis yang juga merupakan Guest yang menginap di Chillout GuestHouse tersebut.

KOS KERUGIAN HARI KEDUA :

Grab Car dari Chillout GuestHouse ke Terminal Bas Pasay,Manila 170 Peso (85 Peso/pax)
Bus ke terminal Nasugbu,batangas 155 Peso/pax
Tricycle ke Jetty 10 Peso/pax
Bot RETURN ke Fortune Island 4000 Peso (2000 Peso/pax )
Entrance Fee Fortune Island 300 Peso/pax
Tricycle ke Terminal Bas Nasugbu 10 Peso/pax
Bas ke Terminal Bas Pasay,Manila 155 Peso/pax
Air Botol Berperisa 30 Peso
Grab Car dari Baclaran Market ke Chillout GuestHouse 168 Peso (84 Peso/pax)
TOTAL : 2829 Peso per pax

Naik beca pusing-pusing Intramuros. Abang beca inilah yang claim 1 jam 30 minit. Padahal baru 1 jam.
Puerta Real di Intramuros.
San Diego di Intramuros.
Pintu masuk San Diego.

Casa Manila, Intramuros.

Manila Cathedral.
San Agustin.
Manila Cathedral.
Palacio Del Gobernado.
Train di Rizal Park

Rizal Park.
Monumen Rizal Park.
Ini antara kereta Grab Car yang kami naik. Hehe.
Jangan lupa beli sim card ni. Laju internet dia. Sim Card Globe.
Inilah Chillout Guesthouse. Dari luar nampak ringkas. Bila kat dalam memang puas hati weh.
Jangan lupa bawa travel adapter. Senang nak caj korang punya powerbank dan smartphone.
Bahagian dapur dalam guesthouse.
Jeng jeng. Siap masak maggi dan nescafe.
Ruang tamu ni korang boleh tengok tv dan lepak hisap rokok. Tak ada masalah.

27 Februari 2017 (hari terakhir)

7.00 am :
Bersiap termasuk kemas barang. Check out guest house, puas hati dengan layanan dari staff guest house. 10 bintang kami bagi.

9.00 am :
Request Grab Car menuju ke Rizal Park. Hanya 11 minit sahaja masa diambil untuk ke sana. Tambang Grab Car hanya 83 Peso sahaja.

Apa yang awesome di Rizal Park adalah Rizal Monument, bendera negara terbesar dan pelbagai lagi. Rizal adalah pahlawan Filipina ketika di zaman kolonial Sepanyol. Untuk masuk ke taman ini percuma sahaja, banyak burung merpati.

Namun ada bahagian tertentu yang berbayar iaitu Chinese Garden dan Japanese Garden di sebelah kanan. Di sebelah kanan juga ada Muzium Pambata dan Museum of The Filipino People. Hujung dari taman ini ada Manila Ocean Park yang lokasinya terletak di pinggir Manila Bay. Lokasi ini sangat sesuai untuk menikmati sunset.

10.00 am :
Menuju ke Intramuros dengan menyewa abang beca. Harga 200 Peso untuk 30 minit seorang setelah tawar-menawar. Harga asal 400 Peso 30 minit. Pakej ini abang beca akan bawa kami melawat tempat-tempat bersejarah di Intramuros.

Intramuros merupakan kota peninggalan 400 tahun sejarah dan budaya. Kota ini adalah rumah bagi Fort Santiago, San Agustin Church (UNESCO World Heritage Site), Manila Cathedral, Palacio del Gobernador, Plaza de Roma, dan pelbagai peninggalan Sepanyol.

Berjalan-jalan di sekitar Intramuros seperti kembali ke masa lalu, mengelilingi kota tua ini dengan melihat bangunan lama dan gereja tua. Binaan yang sangat gah dan unik sekali. Korang pasti akan puas hati dan tidak akan menyesal jika berkunjung ke kota lama ini.

San Diego kena bayar jika mahu masuk, aku cakap masih student, jadinya kami dapat dengan harga student. Hanya 50 Peso sahaja. Kalau bukan student harganya 75 Peso.

Korang boleh beli souvenir di Souvenir Shop di dalam Casa Manila. Akhirnya kami dapat juga beli souvenir dari Manila untuk dibawa balik ke Malaysia. Aku beli fridge magnet 2 keping berharga 500 Peso dan 4 keychain berharga 250 Peso.

Di souvenir shop inilah kami mengambil masa yang agak lama. Risau aku dibuatnya kerana masih dalam tempoh servis abang beca, nanti kena caj lebih.

Sebenarnya 3 jam berjalan di Intramuros memang tidak cukup. Apatah lagi kami berkejaran masa kerana ambil pakej abang beca tu. Kalau korang tak nak kena tipu di Manila memang tidak sah.

Ikutkan kami ambil servis abang beca hanya 1 jam sahaja, tetapi abang beca itu claim 1 jam setengah. Panas sungguh hati ini. Aku terus cakap berhenti sekarang, tak mau teruskan lagi.

Ikutkan lagi 4 tempat kami belum lawati. Tapi cukuplah kami ambil servis dia. Kami sanggup berjalan kaki daripada bayar lebih. Geram betul. Bukan main ramah abang beca tu last-last kena lipat. Jadinya total kami kena bayar adalah 600 Peso seorang. Hurmm.

Kami meneruskan perjalanan menyelesaikan tempat-tempat yang belum dilawati dan berjalan kaki menuju ke Quirino Grandstand untuk berfoto.

2.00 pm :
Request Grab Car menuju ke Airport NAIA terminal 3. Masa diambil hanya 24 minit untuk sampai ke sana. Tambang Grab Car termasuk tol adalah 259 Peso.

2.30 pm :
Tiba di NAIA terminal 3 dan terus check in. Beli air botol berperisa (2 botol) 120 Peso. Beli air Coppucino Starbuck 160 Peso. Menunggu dan berehat dalam gate.

4.20 pm :
Bertolak ke KLIA2 , Air Asia Airlines.

8.30 pm :
Selamat tiba di KLIA2, Alhamdulillah. Satu pengalaman yang menarik dan bermakna buat diri kami terutamanya sahabat aku tu yang merupakan kali pertama dia travel. Riak wajahnya sangat puas dan gembira.

KOS KERUGIAN HARI KETIGA :

Grab Car dari Chilllout Guest House ke Rizal Park 83 peso (42 peso/pax )
Entrance Fee San Diego 50 peso/pax
Souvenir Fridge Magnet 2pcs dan Keychain 4pcs 750 peso
Servis tricycle around intramuros 1 hour 30 minit 600 peso/pax
Grabcar dari Quiniro Grandstand ke NAIA Terminal 3 include toll 259 peso (130 peso/pax)
Air Botol Berperisa 2 botol 120 peso (60 peso/pax )
Kopi coppucino 160 peso/pax
TOTAL : 1792 peso per pax

TOTAL KESELURUHAN 3 HARI :
870 PESO + 2829 PESO + 1792 PESO = 5491 PESO PER PAX (RM487 seorang).

Baca lagi: 33 Tip Penting Jika Anda Travel Ke Pulau Boracay, Filipina