Nota Editor: Pengalaman ini telah dikongsikan oleh Syahrulfikri Razin (atau dikenali sebagai Ajin) sewaktu beliau sedang mengembara di Istanbul. Menurut Ajin, beliau singgah di Istanbul selama 2 bulan sewaktu kembara hitchhike beliau di Eropah.

Untuk makluman ini adalah sebahagian daripada pengalaman yang ditimba sewaktu Ajin travel.  Ia bukanlah bermaksud Ajin mendalami ilmu sufi itu sendiri tetapi lebih kepada untuk melihat secara dekat bagaimanakah sufism diamalkan di Turki.

Belanjawan 2020
HYPE
5 Keistimewaan Belanjawan Selangor 2020 Yang Tidak Ada Di Negeri Lain
Baca lagi →

Kita ikuti perkongsian beliau di bawah.

sufism-istanbul-12

Semasa di Istanbul saya tinggal 2 minggu bersama sekolah sufi (tasawuf) di sana. Saya dapat tahu terdapat wujudnya pelbagai jenis cabang sufi. Dan sekolah sufi yang saya tumpang ni tidak mengamalkan whirling dance. Mereka lebih kepada muzik dan zikir dalaman.

Di Istanbul sekolah sufi telah diharamkan. Pada zaman gemilang, terdapat beribu sekolah sufi di Istanbul, sekarang hanya tinggal kurang 50 buah sekolah operasi secara sembunyi.

Sebelum saya teruskan cerita, ingin saya katakan, saya tidak bersetuju cara ritual mereka, tapi sy lebih berminat kepada falsafah dan pemikiran sufi.

Ketika berada di sekolah sufi inilah saya mula berjinak dengan penulisan Rumi. Rumi adalah ahli falsafah yang mencetuskan tarian sufi dari puisi-puisi beliau yang menegaskan the universe is in the center of your soul. Dari situlah mereka mula menari berputar-putar seperti orbit.

sufism-istanbul-2

Grandmaster Sufi menggunakan ipad.

sufism-istanbul-3

Sometimes sufism juga di seleweng terutama beberapa amalan yang digunapakai untuk tujuan hiburan semata. Sebab untuk prinsip sufism yang saya belajar situ is to lower your ego to be spiritually close to your Creator and its Creation.

sufism-istanbul-4

Semasa menumpang di sekolah sufi ni, selalunya saya akan di temani dengan seorang ahli sufi, student sufi yang senior – one on one. Dia yang akan selalu bawak saya berjalan, teman, bincang, dan diskus mengenai apa-apa.

sufism-istanbul-8

Bagi saya whirling dancing di Tuki sekarang semua nya hiburan semata-mata. Ada banyak jugak yang bukan sufism tapi persembahan sebab sufi betul bukan perlu dibayar duit. Ini yang saya dapat tahu daripada sekolah tu.

sufism-istanbul-5

Dengar je la grandmaster tu bercerita dan baca buku sufiism. Masa tu ada satu mamat Yahudi traveler sampai sehari atau 2 hari selepas saya. Dia more verbal dan persoalkan sufism. Dia sebenarnya American Jew.

Tapi sekolah sufi ni sangat terbuka. Petang-petang minum petang kami akan berbincang dan share opinion in random topic. Mamat Jew ni memang open dan akan verbal, tapi grandmaster sufism ni pandai jawab. Dari situ saya suka tengok cara pemikiran dan cara kawalan ego. Very diplomatic yet intellectual.

Baca: Kenangan Masa Kecil Bawa Lelaki Ini ‘Travel By Land’ 6 Bulan Dari Malaysia Ke Eropah

sufism-istanbul-6

Di loteng para pelajar lelaki bersama-sama berzikir sambil bermain muzik.

sufism-istanbul-7

Sekolah sufi ini menerima pelbagai murid dari seluruh dunia. Ketika saya tinggal ada satu mamat Peranchis tengah mendalami Islam. Dia travel ke negara-negara Islam berlainan mazhab untuk mengetahui perbezaannya.

Ada seorang profesor dari Itali yang sedang menuntut di situ. Dan ada seorang mamat Yahudi. Saya sekadar menumpang dan curious.

Di situ makan minum dari pagi ke malam semua ditanggung. Lepas setiap makan mesti ada light refreshement dengan chay. Ketika inilah Grandmaster Sufi akan berkenalan, berkongsi cerita dan pencerahan minda dengan pelajarnya.

Setiap malam Khamis mereka berzikir di tingkat atas sekali di loteng. Mula-mula sekadar mereka bermain muzik, dan lama kelamaan makin rancak dan zikir semakin laju tanpa henti sambil tangan menepuk dada.

Saya hanya terdiam di penjuru bilik tak tahu nak buat. Agak menyeramkan dan meremang bulu tengkuk.

sufism-istanbul-9

Mereka ada bawa saya keliling di kawasan penempatan lama Yahudi di Balat. Di sini mereka mempunyai sebuah perniagaan kafe.

sufism-istanbul-10

Kafe ini lebih berfungsi sebagai pusat komunity setempat. Di mana penduduk setempat dermakan barangan tidak di pakai, barangan untuk di beri dan juga duit sumbangan.

sufism-istanbul-11

Pasal kafe ni, masa saya di situ banyak dorang give away sumbangan ke kanak-kanak di kawasan tu. Budak-budak tu main ambik je apa dorang nak.

Ketika di sekolah sufi ini juga saya teringat akan Star Wars. Dan saya baru sedar Jedi adalah berasaskan sufi – dari segi pemakaian, falsafah, hieraki, a master and a student, the Force (boleh google sufi and Star Wars).

May the Peace be Upon You.

Anda boleh ikuti coretan pengalaman Ajin dengan lebih lanjut di Facebook Page Everyday, Everywhere dan Instagram Syahrulfikri Razin

Baca lagi kisah Ajin: Bagaimana Lelaki Ini ‘Hitchhike’ 9 Bulan Di Eropah Dan Lebih 2 Tahun Mengembara Tanpa Mempunyai Apa Apa

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

Anda Mungkin Suka