“You don’t know how strong you are until being strong is only your choice”– Bob Marley

Sudah hampir 5 bulan aku mengembara dari satu negara ke satu negara dan kali ini pengalaman aku di negara Kimchi.

Masuk hari ini sudah masuk 45 hari aku di Negara Kimchi (Korea Selatan).  Pengalaman aku di Korea lebih menarik dari Negara Jepun kerana di Korea ia benar-benar mengajar aku erti kehidupan.

Masjid Al Fatah Busan.
bekerja-di-korea-1
Bermalam di tepi pantai selama 5 hari. — in Jeongeup.
bekerja-di-korea-2
Makcik Korea ni pun backpacker juga! Gurau je. — in Jeongeup.

Masuk hari ke 15 aku di Korea aku kehabisan duit dan apa yang mampu aku buat semasa di Busan.

Aku pergi ke Masjid Al Fatah dan meminta kebenaran untuk tinggal di masjid selama seminggu dan buat volunteer masak juadah berbuka.

Di sana aku tidak perlu risau tentang makanan dan tempat tinggal. Selepas seminggu aku membuat keputusan untuk camping di Busan selama seminggu.  Aku camping di Haeundea Beach dan Songjeong Beach selama 5 hari.

Aku terpaksa kembali ke masjid semula dan di masjid aku bertemu dengan orang Malaysia yang datang ke Korea atas urusan kerja dan mereka memberikan aku sedikit duit.

Dengan duit tu aku pergi ke Sasang. Di Sasang aku bertemu dengan beberapa orang Pakistan.

Salah seorang daripada mereka boleh berbahasa Malaysia sebab pernah tinggal di Malaysia beberapa tahun.

Dia memperkenalkan aku dengan seorang warga Malaysia yang bekerja di sana. Aku tinggal di Sasang selama seminggu dengan perancangan untuk mencari kerja.

Aku pergi kilang ke kilang bertanya peluang kerja tetapi gagal kerana masalah komunikasi.

Seorang warga Pakistan bagi cadangan supaya aku pergi ke Jeongeup-si, 6 jam perjalanan dari Busan.

Dengan sedikit duit dan segunung harapan untuk mendapatkan kerja aku ke Jeongeup.

Sampai di sana aku di temukan dengan seorang warga Pakistan yang sudah 37 tahun tinggal di Korea (dia dah jadi warga negara Korea).

Aku pun bagi tahu dia aku nak cari kerja untuk teruskan pengembaraan aku dan dia bagi aku duduk bilik dengan kadar sewa 100k Won sebulan( dalam 400 ringgit). Dia juga bagi tahu dia akan cuba usaha carikan kerja untuk aku.

Tiket dari stesen bas Sasang Bbusan ke Jeongeup si – 20k Won.

Masuk hari ke 5 aku di Jeongeup-si masih tak dapat kerja. Aku nekad bertanya sesiapa saja jika ada kerja kosong di sini dan kebetulan sebelah rumah aku adalah orang Uzbekistan.

Dia bagi tahu aku ada kerja dan minta aku tunggu depan rumah esok 5.30 pagi. Aku ucapkan terima kasih kerana akhirnya aku dapat kerja tetapi masih dilema kerana tak tahu aku kerja apa.

Seperti yang di janji kan semalam aku pun ikut Sabo (nama dia Sabo). Sabo bawa aku ke agensi kerja (samusil dalam Bahasa Korea).

Rupanya cara kerja di Korea adalah menggunakan agent kerja. Boss akan datang kat office dan ambil pekerja.

Hari pertama kerja, aku dibawa menaiki lori dengan beberapa orang Korea yang lain.

Aku masih bingung kerja apa dan bagaimana. Kami dibawa ke sebuah ladang sayur yang luas dan dalam hati aku cakap – “huh kalau kerja kutip sayur tak ada lah susah mana”.

Tapi jangkaan aku meleset. Di hadapan aku sebuah kontena penuh dengan besi paip yang besar dan kami dipaksa untuk angkat besi paip.

Dari pukul 7 pagi hingga 6 petang kerja aku angkat batang besi yang berat dan tengah panas.

Ya memang panas sekitar 33-35 degree beb dan hari tu hari pertama aku pulak. Sejujurnya mental aku koyak habis.

Aku rasa nak give up tetapi hati aku kata kena teruskan Kerol kau dah tak ada pilihan.

Dan kalau sesiapa pernah bekerja di Korea mereka tahu macam mana cara Korea bekerja.  Semuanya nak cepat dan perah sehabis-habisnya tenaga manusia tanpa belas kasihan.

Hari pertama berlalu dengan satu badan aku sakit hingga mandi pun duduk tak larat nak bergerak.

Hari pertama kerja, semasa atas lori masing-masing muka penat sebab kerja angkat besi.

Hari ke 2 bekerja, alarm telefon pintar aku berbunyi dengan lagu Marjinal dan aku terjaga.  Badan aku masih sakit-sakit dan bengkak.

Aku fikir aku tak nak kerja tapi hati aku bagi tahu kena kerja kalau tak aku tak ada duit.

Ye sehari dia bayar gaji 90k Won (RM 300 ringgit Malaysia) tapi kerja macam nak mati.

Sampai di office agent, dia pun bayar aku gaji semalam. Hari ini boss lain pulak aku kena ikut.

Semasa dalam perjalanan kami berhenti di ladang buah. Aku fikir kerja petik buat okay lah tapi sekali lagi sangkaan aku meleset.

Hari ini aku bekerja sebagai buruh kasar binaan dan kerja aku angkat besi konkrit.

Memang mental aku koyak untuk hari ke 2 bekerja dan habis kerja, balik rumah aku terus tertidur sebab terlalu penat bekerja dan asyik kena maki.

Kena maki tu perkara biasa bagi pekerja baru macam aku sebab masalah komunikasi.

Hari ke 2 jadi buruh kasar binaan dan kerja aku angkat besi konkrit yang dalam gambar ni.
Besi inilah aku angkat, kau bayangkan sendiri lah.
bekerja-di-korea-3
Besi ini juga aku potong.
Ini aku bekerja sebagai pembancuh simen yang berjaya. — in Jeongeup.

Hari ke 3 bekerja, masuk hari ke 3 badan aku dah biasa dan terasa sedap.  Mental aku tak koyak sebab fizikal aku dan boleh terima kerja-kerja berat.

Dan begitulah hari-hari seterusnya dan hari ini sudah masuk hari ke 8 aku bekerja.

Semua kerja aku buat di negara Kimchi ini. Dari buruh kasar, angkat besi, potong besi, kerja kebun sayur, kerja sawah padi hingga kerja buat taman.

Aku dah boleh cakap Korea sedikit dan mula faham apa yang mereka cakap. Hari ini sudah masuk hari ke 8 aku bekerja tinggal lagi 12 hari untuk aku tempuh.

Bagi aku ini adalah pengalaman bermakna dalam hidup aku. Bertemu dengan orang baik-baik yang sanggup tolong aku dan belajar tentang kehidupan bahawa aku perlu lebih menghargai dalam semua perkara dalam kehidupan.

Dan terasa kehidupan aku lebih bermakna.  Juga terasa dekat dengan budaya dan orang Korea sendiri.

Sebab aku sendiri menjalani kehidupan seperti mereka dan sekarang aku tahu sebab apa Korea antara negara paling ramai orang bunuh diri.

Pemandangan biasa selepas balik kerja.
Ye kerja ladang ni nampak senang tapi bayangkan tengah-tengah panas dan boss kau asyik suruh cepat je. — in Jeongeup.

Aku tak pernah menyesal memilih cara hidup sebagai pengembara kerana itulah yang aku inginkan dan dalam pengembaraan inilah aku belajar banyak benda dan pengalaman.

Tuhan aturkan hidup kita berbeza tetapi sangat indah dan penuh dengan pelajaran. Terima kasih tuhan kerana membuka mata aku dan mengajar aku erti kehidupan.

“Be a traveler cannot make your pocket full but it make your wander what is mean of life?”

Baca lagi pengalaman aku sewaktu di Jepun: 9 Tip ‘Hitchhiking’ Di Jepun Serta Negara Lain