Ini cerita basi.

Walking
HYPE
‘Pembunuh’ Yang Datang Tanpa Diundang, Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Kanser
Baca lagi →

Tapi cukup memberi pengalaman yang bermakna.

Saya pernah berjualan baju raya ketika musim nak Raya.

Paling tepat, jualan paling rancak bermula sebelum Ramadhan lagi.

Kerana kaedah yang saya gunapakai adalah – PRE ORDER.

Ketika itu, saya berurusan dengan supplier yang berada di Indonesia dan urusniaga adalah 100% online.

Baik dengan pelanggan dan juga supplier.

Kaedah PRE ORDER – menggunakan duit pelanggan 100% namun RISIKOnya sangat tinggi.

Permulaan perniagaan ketika itu – order masuk macam pisang goreng panas.

Baju yang saya jual ketika itu adalah baju yang sedang IN waktu itu.

Tinggi permintaan.

Jadi, order yang masuk mencecah nilai RIBUAN RINGGIT.

Apa yang saya lakukan:

1. Kumpul dan submit order sekaligus kepada supplier untuk mengelakkan daripada menanggung kos penghantaran yang tinggi.
2. Pembayaran di terima 100% daripada pelanggan. Kos baju di bayar 100% kepada supplier.
3. Tempoh menunggu baju sampai seminggu.

Namun, langit tidak selalu cerah. Apa yang saya rancangkan, mungkin sudah terbaik.

Namun, yang saya tidak sedar, rancangan Allah lebih terbaik mengatasi rancangan saya.

Minggu kedua Ramadhan, saya menunggu baju yang sudah diposkan oleh supplier.

Dari berpuluh baju yang di order, yang sampai ke tangan saya cuma belasan unit sahaja.

Dan dari belasan unit itu, yang sampai boleh di katakan 80% salah order.

1. Salah warna. Lain yang di order, lain yang dapat,
2. Salah saiz. Order saiz M, dapat XL.
3. Salah pattern. Nak pattern A, dapat B.

Ketika itu juga, pelanggan sudah mula mengamuk. Di FB (saya guna Page), habis semua komen negatif.

“Mana baju saya?”
“Kalau baju saya tak dapat minggu ni, saya nak refund.”
“Kalau baju saya tak dapat, saya report polis.”

Kecut perut. Cuba bertenang. Sambil berfikir, “Apa sudah jadi?”

Dalam masa yang sama, saya gigih berhubung dengan supplier, untuk mendapatkan baju-baju yang betul sebelum berlabuhnya tirai Ramadhan.

Namun, jarak yang sangat jauh menyukarkan kerja-kerja menukar baju di buat dengan efektif.

Ada sesetengah pelanggan yang memahami – redha dengan baju yang tersalah pattern.

Ada sesetengah pelanggan mahukan refund – saya refund juga sehinggakan RAYA tahun itu, saya beraya dengan duit RM100, setelah di tolak duit refund yang diminta oleh pelanggan.

Ada sesetengah pelanggan yang tidak puas hati – terus viralkan dan masukkan kes ini ke dalam page scam.

Ini sebenar-benar pengalaman berniaga yang tidak dapat saya lupakan.

Ia bermula dengan pre order, dan berakhir dengan “nightmare”.

Yang menganggu tidur malam saya.

Yang membuatkan saya hampir terduduk kerana harus refund duit pelanggan beribu-ribu jumlahnya.

Dan menjalani perniagaan yang rugi, dikecam, adalah pengalaman paling berharga yang saya simpan kemas di dalam jurnal perniagaan saya.

Bertitik tolak dari situ – banyak perkara saya belajar.

1. Buat pre order, hanya apabila kita boleh pastikan baju yang di-order selamat sampai ke tangan pelanggan tanpa masalah.

2. Pegang rantaian pengeluaran. Jika mahu buat pre order juga, pastikan pengeluarannya adalah rantaian yang kita boleh kawal. Supaya kita boleh pastikan, yang order pasti boleh disiapkan.

3. Berikan option siap-siap kepada pelanggan. Ada SOP jika order tidak dapat disiapkan atau order terlewat, apa yang pelanggan perlu tahu?

Adakah refund dibolehkan.

Refund 100% atau 80% atau bagaimana.

Ini untuk mengelakkan kerugian berganda. Kerana, walaupun pre order, kos baju sudah pun kita bayar, tapi yang menjadi halangan dan dugaan adalah di peringkat supplier. Jika di beritahu awal-awal, pelanggan bersetuju sebelum meneruskan pembelian, akan membolehkan urusniaga ditangani dengan teratur.

4. Jangan larikan diri. Hadapi setiap tohmahan dan kecaman. Jawab setiap pertanyaan. Masa ini, bukan explanation yang pelanggan mahu tahu. Solusi. Mereka mahu tahu, apa yang kita sudah buat untuk mempercepatkan proses baju mereka.

Jika tidak boleh selesaikan, refund.

Jika tidak ada duit, minta tangguh.

Sesungguhnya, Allah tidak akan pernah menzalimi hambaNYA.

Untuk peniaga-peniaga industri apparel terkenal yang turut melalui ujian sebegini, saya doakan anda semua TABAH dan SABAR melalui jalan-jalan ujian ini.

Sesudah hujan, pasti ada sinar bahagia menanti.

BACA: Bengang! Order Barang Online Benda ‘Pelik’ Pula Yang Diterima. Ini Tips Agar Tidak Ditipu

Artikel di atas disumbangkan oleh Reni Rahmat. Usahawan. Boleh ikuti beliau di sini.

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group