Ramadhan di Wellington

Harini rasa macam nak berkongsi pengalaman sendiri 3 tahun berpuasa di perantauan, di bumi Wellington, New Zealand. Puasa jauh dari keluarga. Hasratnya cuma nak berkongsi pengalaman berbeza berpuasa ketika zaman degree dulu di tanah asing, sebagai minoriti.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

1. Ramadhan 2012, tahun pertama berpuasa di New Zealand, paling menarik bila pertama kali tahu sistem pengumuman Ramadhan cuma pakai laman web rasmi Fianz dan melalui sms daripada Presiden VicMuslim (Persatuan Islam di Victoria University).

Tak ada penyimpan mohor besar Raja buat pengumuman di TV, tak ada pengumuman di radio, nothing (well maybe ada jugak laporan berita pasal Ramadhan ni haha tapi tak pernah tau pulak).

Pengumuman raya pun pakai website ni jugak, sampai terjadinya satu pengalaman epic. More on that later.

2. Sepanjang 3 tahun Ramadhan kat sana, kami puasa dalam musim sejuk. Yang bestnya waktu di musim sejuk, siang pendek dari malam, jadi pukul 5 lebih dah berbuka.

Masa sahur lebih kurang macam Malaysia, sebelum jam 6.00 pagi waktu imsak. Cuaca pulak sejuk jadi tak dahaga or lapar sangat.

Maghrib awal, Isyak pun awal, kadang kadang pukul 7.30 malam tu dah settle terawih dah. Lepas tu 8.00 malam dah mengantuk.

Itu la junior junior tengah rasa sekarang kat sana bahahaha. Yang mana ada kelas atau yang exam masa waktu berbuka memang akan bekal kurma atau coklat dalam beg.

Azan tak ada berkumandang, jadi memang tengok jam waktu Maghrib dari internet je. Kalau call keluarga atau update status kat FB selalu berjaya buat orang Malaysia jeles sebab biasanya pukul 1.00 tengahari waktu Malaysia kami dah berbuka dah kat sana sebab beza 4 jam.

beraya-di-wellington-new-zealand-6
Iftar kami satu rumah, makan dalam talam.

3. Masa tahun pertama kami biasa terawih di universiti dengan pelajar Islam dari negara lain macam India, Pakistan, Sri Lanka, Arab Saudi, just to name a few. Jadi kalau mereka-mereka yang jadi imam terawih, biasanya tak ada bacaan selawat di celah rakaat seperti kita di Malaysia.

Lepas 2 rakaat terawih, terus ke rakaat seterusnya. Tapi disebabkan unihall (tempat tinggal masa tahun pertama) di tahun pertama agak jauh dari Universiti, aku dan rakan rakan sama batch kadang-kadang solat di unihall saja.

Disebabkan batch kami 3 lelaki, 11 perempuan, yang lelaki gilir-gilir jadi imam dan bilal. Disebabkan terlalu rindu suasana terawikh di Malaysia, aku hafal selawat-selawat dan baca juga ketika kami terawikh di unihall. Lepas tu moreh ramai-ramai. Haih rindu.

Baca: Lelaki Ini Menceritakan Suasana Bulan Ramadhan Di Mesir

beraya-di-wellington-new-zealand-9
Gambar ni depan masjid Kilbirnie, satu-satunya masjid di Wellington. Lepas solat sunat hari raya.
beraya-di-wellington-new-zealand-8
Ni masa iftar bersama komuniti Islam kat masjid Kilbirnie

4. Persatuan Pelajar di Wellington agak aktif untuk buat iftar jami’e. Disebabkan pelajar Malaysia di Wellington agak kecil jumlahnya jadi memang seronok kalau boleh kumpul ramai-ramai berbuka.

Kadang-kadang juga kami berbuka di Masjid Kilbirnie (20 minit dari rumah, kena naik bas) sebab kat sana setiap kali weekend akan ada komuniti Islam luar negara akan buat iftar jami’e ikut makanan tradisi negara masing masing.

Masa tu boleh la rasa masakan Somalia, India, Pakistan. Hujung minggu biasanya makan free je. Huhu.

Hari-hari biasa aku memang akan beli ayam goreng halal kat kedai, balik makan dengan nasi. Kadang-kadang masak sendiri la huhu lauk bujang, takpun makan kat restoren Malaysia kat sana.

5. Member-member Kiwi semua sangat menyokong masa di bulan puasa. Ada pensyarah dan rakan sekelas tanya-tanya pasal Ramadhan and soalan paling popular “not even water?” Haha.

Ada jugak yang cuba puasa dengan kami dan teruja berkongsi pengalaman puasa dia orang. Ada yang mula puasa makanan saja, kemudia air.

Salah satu cara nak sebarkan kesedaran pasal Ramadhan, aku pernah buat 1 assignment writing (sebab pensyarah bagi kebebasan untuk pilih apa-apa topik yang kami suka), jadi aku pilih untuk tulis tentang ‘The Beauty of Ramadhan, walaupun agak payah sebab kene cari reference and its a bit tricky sebab kena dapatkan sumber yang betul-betul reliable.

Alhamdulillah berjaya dapat – untuk assignment tu. Ok laa tu haha. Paling tak boleh lupa, masa tahun ke 2 ada seorang classmate kami, Benjamin Mrowinski berminat pasal puasa and banyak tanya pasal Ramadhan dari kawan aku, Asma.

Satu hari tu Asma bagitau hari ni Ben puasa dan kami berbuka puasa berenam di rumah Asma pada hari tu. Masa tengah berbuka, Ben tanya banyak soalan tentang Islam dan dia teringin nak baca Terjemahan Al-Quran in English.

Jadi kami bagi, dan alhamdulillah dia berpuasa lebih kurang setengah bulan Ramadhan tu. Dan kami ajak dia sambut Aidilfitri sama-sama pada tahun tu.

Dipendekkan cerita, lebih kurang sebulan lebih lepas tu dia mengucap 2 kalimah syahadah.

beraya-di-wellington-new-zealand-5
Ni la gambar masa Benjamin berbuka puasa bersama kami buat pertama kali.
beraya-di-wellington-new-zealand-4
Ni kat masjid Kilbirnie lepas Ben ucap kalimah syahadah.

6. Masa tahun kedua aku berpuasa di perantauan, ada satu peristiwa besar yang berlaku di bandar Wellington. Aku ingat lagi di hari Ahad sekitar jam 5.09pm, lebih kurang 10 minit sebelum waktu berbuka, terjadinya gempa bumi kuat berukuran 6.5 (bacaan awal 6.9) scale richter.

Masa tu member serumah, Ijat tengah goreng udang atas dapur. Dia kata udang tu meloncat, wallahualam. Tapi disebabkan gempa terlalu kuat, kami nampak TV rumah kami macam nak jatuh jadi dengan lurus bendulnya kami dua-dua pegang TV bagi mengelakkan pecah walaupun kami sepatutnya berada di bawah meja bagi menyelamatkan diri sendiri dulu.

Kami fikir kalau TV pecah macam mana housemates lain nak main PS. Begitulah semangat setiakawan kami. Malam tu apartment kami kena dikosongkan jadi kami lepak rumah member sambil terketar-ketar update status kat FB dari bawah meja sebab aftershock (gempa selepas gempa besar) banyak gila malam tu.

Bangun sahur kami bukak Buletin Utama online sambil tengok berita pasal Wellington kat TV3. Esoknya universiti bagi cuti. So yeah, blessing in disguise. Eh?

beraya-di-wellington-new-zealand-7
Masa kat bawah apartment sejurus selepas gempa bumi.

7. Salam perantauan. Benda paling orang Welly (baca : aku) semangat nak hantar. Sebabnya Ma dan geng-geng kedai keropok akan setia bertanya biae masuk suratkabo.

Sampaikan kami rakam video, tangkap gambar atas salji pakai baju melayu wayyy before Ramadhan lagi. Siap ucap Selamat Hari Raya dalam video tapi puasa pun belum. Haha.

Tapi seronok sebab ada member-member wartawan yang selalu bagi peluang untuk kami cerita pengalaman puasa jauh dari keluarga. Ma pun tak ada FB, whatsapp jauh sekali. Masa tu je la boleh hantar gambar hensem diri sendiri nak tunjuk kat dia huhu.

8. Last dah ni. Ni mungkin yang paling epik la kot. Ramadhan 2014. Seperti biasa kami tunggu pengumuman Syawal dari website Fianz, biasanya lepas waktu berbuka sikit dah keluar pengumuman.

Masa ni tengah sibuk jugak sebab kena uruskan persiapan solat sunat Aidilfitri kat Student Islamic Centre kat universiti kami. Jadi malam tu aku dan geng-geng WMSO (Persatuan pelajar kami) dad sedia buat photobooth, ada yang masak mee dan ada satu group pergi bersedia di rumah Ustaz Erfino Pengarah EMNZ ketika tu untuk bacaan takbir raya.

Tapi sampai pukul 8.00 malam masih tak ada pengumuman esok raya, akhirnya kami baca pengumuman lewat haritu Fianz bagitahu anak bulan tidak kelihatan jadinya esok puasa lagi sehari.

Mana yang ready nak takbir semua jadi solat terawih. Kami terus balik rumah (walaupun tiba-tiba tayar kereta pancit tepi jalan). Tiba-tiba pukul 1.00 pagi member kejut cakap Fianz tukar pengumuman tengah malam cakap esok raya sebab negara sebelah, Fiji nampak anak bulan.

Apa lagi, kelam kabut la kami gosok baju melayu, yang perempuan kena sediakan mee goreng, aku kena selesaikan teks khutbah solat sunat raya (baca : cari di internet).

Sampai pukul 4.00am baru tidur balik dan bangun subuh terus beraya. Alhamdulillah semua berjalan dengan baik haritu walaupun drama kejap di malam raya.

beraya-di-wellington-new-zealand-3
Bergambar di photobooth raya
beraya-di-wellington-new-zealand-2
Gambar raya

Pengalaman macam ini sebenarnya yang paling diingat sampai sekarang. ‪#‎TidakMoveOn‬. Alhamdulillah.

Baca lagi: Pelajar Malaysia Kongsi Pengalaman Berpuasa 20 Jam Sehari Di Perantauan