Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Bagi pasangan yang baru mendirikan rumahtangga, dapat berbulan madu dengan suasana romantis pastinya sesuatu yang sering diimpikan.

Tapi ada kala bukan semuanya begitu. Ada yang memilih lokasi bulan madu kerana minat dan hobi mereka. Tidak romantis pun tak mengapa, asalkan dapat luangkan masa berdua.

Itulah yang telah dilakukan oleh pasangan Haqim Zolkefli dan Sharifah Zainon. Pasangan ini telah mengambil keputusan untuk mendaki Gunung Fuji sebagai lokasi bulan madu mereka.

Ikuti perkongsian Haqim di bawah.

Skuad Malaysia sebelum memulakan pendakian

Kenapa Pilih Gunung Fuji Sebagai Destinasi Bulan Madu

Rasanya dalam bulan December tahun lepas, saya terlihat ada teman hiking up event untuk trekking Mt Fuji. Tak pernah terlintas dalam hati pun untuk sampai tahap ke Jepun hanya untuk trekking.

So I thought this would be a great opportunity to go to Japan, and more awesomely, conquering Mt Fuji. So, without any hesitation I click “going” and asked my then fiancé (Sharifah Zainon) to tag along.

Kami pernah daki Gunung Kerinci di Indonesia sama-sama sebelum ni, so saya cukup yakin untuk sekali lagi bersama-sama isteri menakluk Gunung Fuji.

Skuad Malaysia di Gunung Fuji

Tempoh Travel di Jepun

Total days spent in Japan adalah 11 hari. 4 hari pertama tu kami spent di Kawaguchiko (Yamanashi Prefecture), lokasi yang perlu dilawati untuk mendaki atau sekadar melawat Mt. Fuji.

Hari pertama adalah traveling day dimana kami bertolak dari Narita Airport dan bertukar-tukar train dan bila sampai ke lokasi guest house, hari pun dah gelap.

Malam pertama disana, kami buat preparation untuk mendaki pada malam hari ke-2. Saya dan isteri partner up dan bahagi-bahagikan barang untuk dibawa seperti jajan (ration makanan dan minuman), walking sticks, pakaian untuk cold-climate, peralatan mendaki lain seperti kasut hiking, glove, dan lain-lain.

Pada waktu siang hari ke-2, aktiviti kami adalah free and easy dan kami dibawa untuk sightseeing di sekitar kawasan Kawaguchiko. Dengan rehat yang tak berapa cukup, malam hari ke-2 sekitar jam 7.30 malam, kami dijadualkan untuk memulakan 9 jam trekking menuju puncak Fuji.

Trek turun dari puncak Gunung Fuji

Hiking Dan Backpacking

Pada mulanya selama 4 hari di Jepun, saya dan isteri bersama 12 peserta lain selamat mendarat di Narita Airport dan terus ke Kawaguchiko dan tinggal di sini selama 4 hari.

Trip Mt Fuji adalah di bawah kelolaan seorang GOGO (gelaran bagi organizer trip-trip outdoor/ hiking). Beliau yang bertanggungjawab untuk menyusun atur itinerary Mt Fuji & penginapan kami sepanjang trip.

Selepas hari ke-4 kami berpecah kepada beberapa kumpulan dan membawa haluan sendiri. Saya dan isteri mengikut perancangan asal di mana kami menggunakan domestic flight ke Osaka dari Narita Airport, dan seterusnya menaiki tren ke Kyoto.

Saya dan isteri telah membuat keputusan untuk tinggal dan berbackpacking di Jepun (TOKYO – KYOTO OSAKA) selama 11 hari, tambahan 7 hari selepas trip pendakian Mt Fuji tamat.

Tempoh tambahan 7 hari adalah dibawah perancangan sendiri oleh saya dan isteri. (Mostly isteri, dia lebih teliti bab perancangan perjalanan dan bajet. Haha!)

Bajet keseluruhan

Roughly, selama 11 hari disana kami telah berbelanja sebanyak RM3,500 seorang. Kos ini adalah termasuk tiket penerbangan pergi/ balik, makanan dan minuman (yang dibawa dari Malaysia dan yang dibeli di sana), bayaran trip Mt Fuji, dan transportation cost.

Kami tak menggunakan JR Pass dan seboleh-bolehnya menjimatkan kos dengan menggunakan daily/ weekly pass untuk pengangkutan awam seperti bas & train disana.

Di Jepun, jangan sekali-kali menaiki teksi. Jarak destinasi 500M boleh mengakibatkan seseorang traveler (Malaysian) dicas sebanyak RM200 lebih.

Beribu orang di puncak Gunung Fuji

Perasaan Dapat Hiking Gunung Fuji

Perasaan? Saya dan isteri tak pernah terfikir untuk mendaki jauh sampai ke Jepun. Apatah lagi untuk mendaki dan menakluk gunung ikonik yang dikenali di serata dunia, Mt. Fuji.

Sebelum ni hanya dapat dilihat di televisyen atau di majalah-majalah. Setiap kali ketika kami mendaki, dan teringat bahawa gunung yang kami sedang daki adalah Mt. Fuji, kami akan berkata pada satu sama lain “We are actually hiking Mt. Fuji!”.

Perasaan ketika selepas 9 jam berpenat lelah, hampir berputus asa, dan akhirnya puncak ditakluk, kami hanya duduk senyap di tangga yang ada disediakan di entrance puncak Fuji. Saya dan isteri hanya terduduk senyap, sambil tersenyum, hampir menangis.

Walaupun ketika itu amat ramai pendaki lain di keliling kami, kami hanya duduk melihat horizon menanti matahari terbit. Mungkin kerana penat, teruja, atau puas, kami tak banyak bercakap. Kebanyakan masa hanya mampu tersenyum dan merenung ke arah horizon yang makin menjingga.

Oh ya, masa kami duduk diam ditangga itu, ada seorang pakcik Jepun, umur mungkin awal 50-an, keseorangan melangkah ke entrance puncak, di tempat kami sedang duduk melepas lelah.

Kebetulan, pakcik itu berhenti betul-betul di sebelah saya. Dia berhenti, pusing ke arah matahari yang sedang terbit, dan menangis teresak-esak. Satu macam perasaan yang saya rasakan ketika itu, lantas saya capai kakinya, dengan niat menegur.

Dan saya hulurkan tangan sambil mengucapkan “congratulations”. Tujuan asal nak high-five, tapi tiba-tiba dia tarik tangan saya dan genggam, sambil menangis. It might be just some small random thing that happened, but it is now definitely forever latched on my head as a good memory.

gunung-fuji-4

Tak pernah sekali terlintas yang aku akan pernah ke Jepun untuk menakluk Gunung Fuji. I now have one more interesting story to tell my grandchildren, when the time should come.

It was indeed a very exciting, yet grueling experience, to climb Mt. Fuji. Mula trekking pada jam 7 malam untuk sampai ke puncak sekitar jam 4.15am. Segala perit jerih selama 9 jam trekking, dengan suhu sekitar 4•c, dibayar dengan sunrise dari negara matahari terbit, dari puncak tertinggi Jepun.

Selepas beberapa saat matahari terbit, para hikers Jepun yang ada bersama-sama di puncak lantas menyanyikan lagu kebangsaan Jepun, memberikan ucapan-ucapan semangat dan diakhiri dengan laungan “BANZAI”!

I was there. I am part of this experience. Self pat on the back.

Cabaran Dan Kesukaran Yang Dilalui

Kali terakhir saya dan isteri mendaki secara serius sebelum Mt. Fuji adalah pada bulan Oktober 2014 (Mt. Kerinci, Indonesia). Tanpa sebarang latihan dan aktiviti fizikal, pendakian Fuji adalah agak sukar dan berat bagi kami berdua.

Pendakian yang bermula selepas berjam-jam berjalan (sightseeing tour di Kawaguchiko) tanpa ada rehat yang mencukupi memang memberi kesan kepada pendakian kami.

Isteri saya hampir mengalami hypothermia kerana tertidur di 8th Station; checkpoint terakhir sebelum menuju puncak Fuji, (Ketinggian sekitar 3000M, suhu 4°C).

ISTERI KESEJUKAN DI PUNCAK FUJI

Isteri saya sedang kesejukan sewaktu mendaki Gunung Fuji

Dia memang tak tahan sejuk, cepat sinus lepas tu migrain. Nasib baik ada disediakan rumah rehat dan kafe kecil. Saya terus belikan hot chocolate (tak sampai 3 teguk, RM15) untuk panaskan dia dari dalam.

Lepas tu kami menyelit duduk di tengah-tengah hikers Jepun yang sedang menerima briefing pendakian untuk dapatkan concentrated heat.

Saya mengalami leg cramps, sebaik saja memulakan pendakian dari 8th Station. Masa ni pula, isteri dah mula recover dari kesejukan melampau tadi. Giliran dia pula untuk berikan saya semangat sedangkan baru saja 15 minit sebelum itu, dia seakan-akan hampir tidak berdaya meneruskan pendakian.

Kedai cenderahati di puncak Gunung Fuji

Kami dah bertukar peranan pada masa ini. Giliran saya pula untuk dijaga oleh isteri yang langsung tak membuka peluang untuk saya give-up. Leg cramp yang terfokus di bahagian crotch memang tersangat sakit, sampai kami terpaksa berhenti berkali-kali dan berlindung dari tiupan angin yang semakin kuat.

Ditambah pula dengan traffic jam kerana tempoh mendaki Gunung Fuji hanya dibuka ketika musim panas; sekitar July – August.

Trekking yang sangat menjerihkan untuk 700M terakhir; perlu berhenti selang 2-3 tapak melangkah. Suhu ketika ini adalah sekitar 3°C.

Torii Gate di Puncak Gunung Fuji

gunung-fuji-5

Pemandangan matahati terbit di Gunung Fuji

Pemandangan Puncak Gunung Fuji

Puncak Mt Fuji amat berbeza dari mana-mana puncak gunung yang pernah kami daki. Kami disambut dengan Torii Gate (pintu gerbang) yang besar dan perlu menaiki beberapa anak tangga sebelum sampai ke puncak.

Diatasnya terdapat tandas, kedai cenderamata, kedai makanan ringan, dan stesen kaji cuaca.

Disamping itu, memandangkan musim pendakian hanya dibuka July – Aug sepanjang tahun, beribu-ribu pendaki, khususnya warga Jepun akan berada di puncak pada satu-satu masa.

Jika Ada Peluang, Mahukah Pergi Ke Sana Lagi?

Mt. Fuji mungkin tidak lagi, cukup sekali dulu buat masa sekarang. Tetapi jika Jepun secara keseluruhannya, HELL YES.

I was amazed by every single inch of Japan, in every manner. Rakyatnya, kebersihannya, dan yang paling penting sekali, scenery di Jepun. Kami dah experience SUMMER di Jepun. Ada 3 lagi musim yang perlu kami alami. Haha!

Dilema pendaki gunung di setiap gunung yang didaki

Baru nak start trekking: Nak terberak 5-6 kali. Dah start trekking: Menyesal tak training.
Tengah trekking: Apsal aku tak duduk rumah tengok tv.
300m sebelum puncak: Tak boleh dah. Tak boleh (kalau boleh nak ajak semua orang gaduh)
Puncak: High five semua orang depan mata, tak kenal pun takpa. Sambil pass-pass air kemenangan.
Trekking turun dari puncak: Apsal aku tak duduk rumah tengok tv.
Sampai kaki gunung: Okay. Ni gunung last. Tak mahu daki mana2 lagi dah.

Sehari selepas trekking: Weh. Lepas ni trip mana? Every single time.

Melawat sekitar sawah padi di Kampung Kecil di Lake Biwa

Perbezaan Travel Bujang Dan Selepas Berkahwin

Kalau masa bujang dulu, saya hanya perlu fikirkan cuti, destinasi, bajet, dan lain-lain berkaitan travel hanya untuk diri sendiri. Sekarang, keputusan perlu dibuat bersama.

Tak boleh terus setuju dengan mana-mana tarikh yang dikemukakan kawan-kawan (sekiranya ada trip hiking / diving), perlu rujuk dengan isteri untuk memastikan dia juga available untuk bersama-sama dalam tarikh tersebut.

Dan lagi, keputusan ketika traveling juga dah ada 2 orang yang memikirkan bersama-sama. Lokasi hostel/ homestay, mode of transportation, hatta menu makanan yang perlu dibawa ketika travel juga lebih teratur perancangannya berbanding travel ketika bujang.

Saya pernah solo travel ke Korea selama 4 hari berbekalkan roti & ikan bilis goreng sahaja. Sekarang dah ada isteri yang pandai masak, 11 hari kat Jepun mewah makan dia. Haha!

Pemandangan sawah padi di Lake Biwa

Lokasi Lain Yang Turut Diterjah Selain Daripada Gunung Fuji

Saya dan isteri menginap di Kyoto selama 5 hari dan kemudian ke Makino untuk camping di pantai Tasik Biwa (Tasik air tawar terbesar di Jepun). Not much to say about Kyoto kerana Kyoto adalah sebuah bandar besar yang pernah menjadi ibukota Jepun, sebelum Tokyo.

Kyoto was so packed with tourists, and the attractions though interesting to some, was not for both of us. Hence, we decided to go to Lake Biwa for a camping trip. That was the best decision we’ve ever made in our trip to Japan.

Lake Biwa is definitely love at first sight. Ada banyak camping ground sedia untuk disewa di sekitar tasik air tawar terbesar di Jepun ini, dan kami memilih untuk camping di pantai Makino Sunny Beach.

1 hour plus train ride from Kyoto Station. Lokasi tapak khemah kami adalah betul-betul di tebing sebatang sungai yang airnya mengalir terus ke tasik.

Sungai ini walaupun dikelilingi kawasan perkampungan, pekan-pekan kecil dan jalan raya utama, airnya teramat jernih dan dipenuhi ikan-ikan dari sebesar jari hingga sebesar peha. Just 5 meters away from our tent.

Tasik ini hanya dibuka untuk perkhemahan sepanjang July – Aug (musim panas). Walaupun beribu pengunjung hadir setiap hari, tasiknya, tapak perkhemahannya, masih terjaga rapi dan hampir tiada sampah kelihatan.

Setiap pengunjung yang mendaftarkan diri akan diberi satu plastik sampah yang perlu dibawa pulang selepas dipenuhkan. Tiada tong sampah dilihat di sekitar camp ground.

Kawasan camp ground Sunny Beach Camp Site dikelilingi pantai, tasik, perkampungan tradisional Jepun dan sawah padi yang sedang menguning. Kami berkhemah selama 2hari 1 malam sebelum bertolak ke Osaka pada hari seterusnya untuk flight pulang.

Sungai jernih mengalir ke Lake Biwa

Gambar abstrak konon di Kampung Kecil Lake Biwa

Peristiwa Kelakar

Antara perkara yang saya rasakan kelakar (pada masa yang sama menyedihkan) adalah ketika kami membuat pendaftaran camp ground di Lake Biwa. Sebagai traveler bajet ciput, ketika kami bertanyakan tentang sewa untuk satu tapak khemah, kos nya adalah 5400¥ (sekitar RM150) untuk satu malam.

Spontan kami memberitahu bahawa kami tidak punya wang untuk membayar sebanyak itu. Surprisingly, penjaga kaunter bertanyakan kepada kami berapa yang mampu untuk kami bayar dan beliau bersetuju dengan harga 1000¥ (sekitar RM30) sahaja.

Apabila kami dibawa ke tapak khemah, disekeliling kami dipenuhi dengan kereta-kereta mewah seperti Alphard, Estima, Honda Odyssey, (cara orang Jepun berpiknik adalah dengan memarkir kereta di tapak khemah, dan mendirikan 2-3 khemah sekaligus di satu tapak) dan kami hanya berbekalkan alas tidur, dan bagpack kami sebagai bantal.

Tersangatlah kekok keadaan tersebut kerana tapak khemah yang disediakan memang besar dan saya hanya berdua bersama isteri, TANPA KHEMAH ATAU KENDERAAN UNTUK MEMENUHI TAPAK KHEMAH.

PASANGAN LEGAM DI CAMP GROUND LAKE BIWA

Pasangan legam di camp ground Lake Biwa

Dah lah masing-masing tengah selekeh, dengan kulit sunburn, plastik makanan kiri kanan lagi.

Memandangkan kami tidak punya khemah, saya menuju semula ke kaunter daftar dan bertanya sekiranya boleh untuk kami menyewa khemah disitu.

Penjaga kaunter memberitahu bahawa tiada khemah boleh disewa (perlu dibawa sendiri). Saya dengan hampa keluar dari ofis tersebut, tetapi dipanggil semula oleh penjaga kaunter itu.

Atas belas kasihan mungkin, beliau menawarkan khemah beliau sendiri dengan kos sewa 1000¥ sahaja, siap dipasang lengkap. Bayangkan, 2000¥ untuk tapak BESERTA khemah yang boleh memuatkan 4 orang sekaligus. SIAP PASANG.

Dari hanya berbekalkan alas tidur dan bagpack untuk camping semalam disitu, atas belas ihsan penjaga kaunter tersebut, kami selesa tidur didalam khemah dan selamat dari kesejukan dan gigitan nyamuk.

Lake Biwa, the largest lake in Japan. Petang-petang kayuh basikal keliling Shiga Prefecture. Malas nak jalan jauh-jauh, hari ni hari berehat dari kesemakan Jepun

Peristiwa Romantis

I don’t know if this can be considered as a romantic moment, tapi masa isteri saya tengah struggle dengan kesejukan sampai menggigil-gigil di 8th Station tu, saya yang juga tengah keletihan dan kesejukan, bergegas masuk ke guest house dan belikan hot chocolate berharga 500¥ (RM15) yang tak sampai 3 teguk tu, untuk panaskan badan isteri saya.

Penjaga guest house tak benarkan non-resident untuk masuk ke dalam, so kami kekal menahan kesejukan di luar guest house. Nasib baik juga saya bawakan selimut IKEA yang pada mulanya isteri saya tak benarkan takut overload beg hiking.

Tapi sebab saya tahu isteri saya memang tak boleh tahan sejuk, saya sumbatkan juga dalam beg. Lepas tu saya biarkan dia tidur sekejap, sambil duduk berpelukan celah-celah orang ramai tu, sama-sama menggigil dengan suhu sekitar 3°C. Nasib baik dah kahwin. Haha!

Pasangan Jepun yang membantu ketika sesat jalan.

Pandangan Dan Pemerhatian Tentang Masyarakat Jepun

SUPER HELPFUL

Kami berkali-kali sesat ketika menuju ke beberapa destinasi. Apa yang kami kagumi adalah sifat masyarakat Jepun yang senang didekati sekiranya kami memerlukan bantuan.

Ada sekali ketika kami tersalah menaiki tren dan bertanyakan pada seorang lelaki yang duduk disebelah kami, tetapi atas sebab language barrier, dia tak dapat memberikan jawapan yang membantu.

Rupa-rupanya dalam diam, gelagat kami diperhatikan oleh satu pasangan duduk bertentangan kami. Bila kami turun di station seterusnya, pasangan ini juga mengekori kami dan terus bertanyakan destinasi yang kami ingin tujui.

Mereka berdua menghabiskan lebih kurang 30minit seterusnya untuk membantu kami, dengan membaca train route, turun naik station untuk berbincang dengan pekerja station (menjadi penterjemah) dan memberi penerangan berkaitan route & jenis tiket train yang perlu dibeli.

Yang paling membuatkan kami terharu, adalah pertolongan ini datang tanpa diminta.

SUKAKAN KETENANGAN

Di shopping malls, di dalam tren, hatta di airport sekalipun, tak akan terjumpa warga Jepun yang bercakap atau ketawa terlalu kuat. Di dalam tren khususnya, walaupun mereka beramai-ramai menaiki tren, kesemuanya akan senyap dan fokus kepada gadget / bahan bacaan yang dibawa.

Pesanan Kepada Yang Nak Hiking Di Gunung Fuji

Mt. Fuji tidak tersenarai antara gunung yang sukar untuk didaki. Tetapi ia tetap memerlukan ketahanan mental dan fizikal yang kuat. Trek yang panjang dan berulang-ulang, pace trekking yang teramat perlahan (terlalu ramai pendaki sehingga traffic jam diatas trek), dan cuaca sejuk beserta angin dingin yang bertiup ketika hampir sampai ke puncak.

Ini adalah antara faktor-faktor yang amat penting untuk diambilkira sekiranya ada hajat untuk mendaki Mt. Fuji. Sediakan juga sekurang-kurangnya 2000¥ untuk penggunaan tandas yang disediakan di setiap station (ada 8 station sepanjang pendakian). Setiap tandas memerlukan “donation” sebanyak 200¥. Hah!

gunung-fuji-2

Tip Tambahan

Jepun adalah destinasi yang super mahal. Purata barangan yang dijual adalah dari 100 Yen keatas. Sekitar RM3.00. Dari segi pengankutan, tiket bas bandar untuk destinasi A ke B bermula dari RM6.00.

Walaupun transportation system di Jepun adalah yang tercanggih dan sistematik, kos yang terlibat untuk pelawat dari negara bermata wang rendah seperti Malaysia, adalah tinggi.

Ini disebabkan pada satu-satu masa, untuk ke satu-satu lokasi, memerlukan lompatan kenderaan beberapa kali. Kesimpulannya, adalah tidak wajar untuk datang ke Jepun tanpa persediaan yang rapi, terutama dari segi belanjawan.

Saya dan isteri sepakat beli stove, gas (beli kat sini sebab tak boleh bawa naik flight), dan bahagikan dan sukat “mudah masak” yang lain seperti sardin, telur, Brahim’s demi untuk menjimatkan kos.

Memandangkan durasi sesuatu perjalanan di Jepun mengambil masa yang banyak, adalah normal untuk makan maksimum 2 kali sehari.

Sebelum ke Jepun, rancang pemakanan, menu harian, belanjawan transport, destinasi dan route yang termurah (kos yang murah bermakna banyak bertukar kenderaan).

Kalau nak main redah, Jepun bukan tempatnya. Unless kalau sanggup habis beratus/ beribu hanya untuk transport. Dan kalau punya kaki serupa besi tak pernah penat.

Baca lagi: 9 Lokasi Selesa Dan Sesuai Untuk Solat Jika Anda Travel Ke Jepun

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

Anda Mungkin Suka