Filem animasi Mechamato yang berjaya mengutip RM10 juta dalam masa 6 hari tayangan nampaknya dianaktirikan oleh pawagam tempatan apabila waktu tayangan dilaporkan telah dipotong. Difahamkan bahawa waktu tayangan filem Mechamato terjejas akibat daripada kemasukan filem luar negara iaitu Avatar 2.

Menurut pengarah filem tersebut, Nizam Razak berkata bahawa hasil tinjauan beliau, tayangan filem Mechamato difahamkan tiada pada waktu malam dan kebanyakan pawagam memberi ruang kepada filem Avatar 2 yang baru sahaja ditayangkan di Malaysia dalam minggu ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

“Rabu malam saya sempat meninjau keadaan di pawagam sebelum bertolak ke Umrah. Tayangan Mechamato Movie tiada waktu malam. Hanya Avatar sahaja yang ada. Memang banyak show untuk Avatar.

“Ada 3-4 keluarga. Anak-anak sebut Mechamato berulang kali tetapi disebabkan tiada pilihan, mereka pilih Avatar. Opportunity loss dan saya rasa peluang untuk keluarga tersebut pergi menonton Mechamato Movie agak tipis. Bukan murah untuk tempah tiket untuk keluarga seramai 5-7 orang,” katanya di Facebook peribadi beliau sambil mengharapkan bahawa filem tempatan diberikan peluang. “Bukan tiada demand. Kami hanya perlu diberi peluang sama rata untuk bersaing.”

Perkara ini turut mendapat reaksi pengulas filem tempatan ZhafVlog, beliau melihat situasi ini adalah satu ancaman kepada filem tempatan kerana dianaktirikan oleh pawagam di negara sendiri. Beliau turut menegur pihak pawagam yang lupa siapa yang banyak membantu sewaktu perniagaan mereka terkesan akibat COVID-19.

“Walaupun Mechamato berjaya kutip 10 juta dalam masa 6 hari, kini mereka diancam dengan keluarnya filem Avatar 2. Seperti biasa, filem tempatan dianaktirikan oleh panggung wayang tempatan. Showtime #MechamatoMovie telah cut down sehingga almost SEPARUH sedangkan Avatar telah memenuhi showtime bermula hari ini.

“Kelmarin sewaktu cinema merana dek PKP, punyalah merayu kehadiran penonton TEMPATAN setelah industri dibuka semula. Tetapi cambiaso, filem tempatan juga yang jadi mangsa ketamakkan panggung wayang.

“Sedangkan durasi Mechamato boleh dimuatkan 3 showtime (2jam) di dalam 2 showtime Avatar (3jam). Tetapi apakah daya, filem tempatan sendiri sukar menang di pasaran lokal dek kerana kerakusan pihak cinema,” katanya di laman Twitter miliknya.

Untuk rekod, siri animasi Mechamato yang diterbitkan oleh studio animasi tempatan Monsta bukan sahaja berjaya menembusi pasaran global di samping turut tersenarai di dalam kalangan 100 Karya Anime Terbaik menerusi Festival Anugerah Anime Tokyo 2023.

Mechamato kini menduduki tangga ke-4 di dalam carta sekaligus berjaya berdiri sebaris dengan siri animasi Jepun terkemuka yang lain seperti SPYxFamily dan Demon Slayer.