Lebih 60 tahun lalu, seorang penoreh getah di Melaka memperoleh 9 orang anak termasuk yang sulung bernama Chiang Sang Sem.

Disebabkan kemiskinan, Chiang berpindah ke rumah bapa saudaranya di Penang ketika usia baru mececah 15 tahun untuk bekerja kilang beg tangan bapa saudaranya itu.

Maldives
HYPE
F&N SEASONS Mahu Taja Percutian Mewah Anda Di Maldives Dan Cherating. Biar Betul?
Baca lagi →

Di situ dia belajar melukis beg, menggunting, menjahit hingga siap sebuah beg tangan dengan upah RM15 sebulan.

Kemudian dia merantau ke Singapura pada tahun 1971 dan bekerja membuat beg di sebuah kilang yang lebih besar dengan gaji $60 sebulan.

Pada tahun 1974, dengan berbekalkan simpanan sebanyak $1,200 dan meminjam lagi $3,800 daripada saudara maranya, Chiang membuka sebuah kilang kecil di republik itu dengan tujuh pekerja.

3 daripadanya adalah adik-adiknya sendiri. Chiang bayar mereka sehari $1 dengan dia sendiri tidak bergaji untuk beberapa bulan.

Di kilang itu, Chiang beli sebuah mesin jahit terpakai, bekerja 15 jam sehari dan tidur di atas katil lipat di kilangnya. Dia sendiri hantar beg yang ditempah kepada pelanggannya dengan menaiki sebuah motorsikal.

Sejak itu Chiang tidak berpaling lagi. Dari hanya sebuah motorsikal, dia akhirnya dapat membeli sebuah kereta Datsun, kemudian Mazda akhirnya sebuah Mercedes-Benz!

Pada tahun 1978, dia bersama 80 pekerjanya berpindah ke Johor Bahru dan mula menghasilkan beg-beg tangan untuk syarikat-syarikat besar.

Menyedari potensi untuk menghasilkan beg jenamanya sendiri, Chiang berpindah pula ke KL dan sebelum membuka butik pertama mereka di Singapura dan seterusnya di kampung halamannya, Melaka.

“Pada tahun 1979, saya melawat Bologna, Itali. Dari situ terlintas dalam kepala saya. Bologna, Bologna. Ya, Bonia!,” katanya sewaktu diminta menceritakan bagaimana dia mengambil keputusan untuk menggunakan nama BONIA sebagai nama produknya.

Baca: Pengasas CalaQisya Berkongsi Bagaimana Kehidupan Beliau Sebelum Memiliki 3 Cawangan Butik

pengasas-bonia-2

Salah satu butik Bonia di Kuwait

Namun bagi Chiang, kejayaan yang dinikmatinya adalah hasil daripada kesukaran dan kepayahan yang dilaluinya selama ini.

Ketika berlaku krisis kewangan pada tahun 1997, dia terpaksa menutup kilangnya di Singapura dan menjual banyak hartanya semata-mata untuk membayar hutang.

Dia tidak boleh tidur berhari-hari mengenang nasib diri dan perniagaan yang dibangunkannya selama ini.

Sampai satu ketika, dia pernah ke padang golf semata-mata untuk melupakan sekejap masalah yang ditanggungnya. Tambah menyedihkan, salah seorang anaknya meninggal dunia kerana terlibat kemalangan jalan raya.

Semasa wabak SARS melanda pada tahun 1993 pula, jualan BONIA jatuh hampir 50 peratus!

Semua ini mengajar Chiang supaya lebih berhati-hati dengan pengaliran wang keluar masuk dan betapa pentingnya untuk mempunyai wang tunai yang besar.

Setelah melalui pengalaman yang cukup perit itu, Chiang nekad untuk bangun dan bekerja keras semula.

Baca: Pengasas TheLorry Dedahkan Kegagalan Startup Pertama

pengasas-bonia-3

pengasas-bonia-4

Hasilnya, Chiang kini dah pun mempunyai 3 buah kilang termasuk di China dengan tenaga kerja kesemuanya mencecah 7,000 orang!

Dia juga sudah mewujudkan 13 lagi jenama produk selain daripada BONIA, antaranya SEMBONIA dan CARLO RINO. Kini hasil jualan Bonia semakin menghampiri angka RM1 bilion setahun.  Salute Mr. Chiang!

Baca lagi: Tanpa Pelajaran Tinggi, Beliau Berjaya Bangunkan Padini Dan Vincci Hingga Terkenal

Artikel di atas disumbangkan oleh Syahril A. Kadir. Boleh ikuti beliau di sini.

Anda Mungkin Suka