Jika anda mengikuti scene barangan vintaj, anda pasti tahu nilai sesebuah seluar vintaj terutamanya dari jenama Levi’s. Dalam dunia bundle, seluar jeans vintaj sering dilabel sebagai blue gold (emas biru) kerana jika kena pada jenisnya, nilainya boleh mencecah ribuan ringgit.

Dalam perkongsian saudara Jeroong Wia, beliau telah membantu seorang collector jeans jenama Levi’s dari Malaysia untuk membeli 3 helai seluar jeans vintaj di Jepun. Beliau yang hanya mahu dikenali sebagai Mat (mahu identiti dirahsiakan) memang sudah bersedia untuk membeli seluar jeans ini bagi melengkapkan koleksi seluar jeans Levi’s vintaj miliknya.

Untitled-2-671×455
HYPE
Ini Sebab Utama Wanita Meluat Dengan Lelaki Kaki Kereta
Baca lagi →

Wia kemudiannya membawa Mat ke butik vintaj yang dimaksudkan, Barbejin. Sampai sahaja di sana, selepas satu perbincangan yang membawa kepada kata sepakat, Mat telah membeli 3 helai seluar pada hari tersebut dengan berharga RM300,000, semuanya secara wang tunai!

jeans 3

Jeans 4

Harga keseluruhan 3 jeans yang dibeli oleh saudara Mat

Jeans 2

Saudara Mat bersama director Barbejin, Yutaka Fujihara

Kisah 18: Seluar Jeans RM300,000."Esok boleh tolong bawak kawe ke sini?" Mat (bukan nama sebenar) memberikan lokasi…

Posted by Jeroong Wia on Tuesday, 1 May 2018

“Kawe mari ke Jepun ni ada tujuan dan misi. Kawe nak beli seluar jeans untuk cukupkan koleksi kawe,” cerita mat kepada Wia. Jika sudah minat, wang bukan penghalang. Biasanya collector tegar barangan vintaj seperti Levi’s ini hanya ada di luar negara. Rupanya tidak; negara kita juga ada collector yang hebat!

Sebelum ini kita ada Hatu Guni, collector tegar Nike vintaj. Sekarang kita ada pula saudara Mat. Inilah harga yang sanggup dibayar untuk sesuatu barangan vintaj. Buat anda yang mungkin fikir barangan bundle tiada standard, harap cerita seluar jeans vintaj ini akan membuka mata anda.

Anda Mungkin Suka