Setiap kali hampirnya Aidilfitri, orang ramai terutamanya yang beragama Islam akan membuat persiapan raya dengan membeli-belah barang keperluan baharu seperti pakaian, langsir, biskut dan sebagainya.
Umum mengetahui, penularan wabak pandemik COVID-19 telah membuatkan kita terpaksa hidup dalam norma baharu dan kes jangkitan ketika ini masih tinggi. Akan tetapi, ada segelintir rakyat Malaysia yang sudah seperti tidak peduli dengan SOP.
Terbaharu, tular di media sosial sebuah foto dimana memaparkan pengunjung bersesak-sesak tanpa penjarakan sosial di sebuah gedung kain terkenal terletak di Bangi.
đJAKEL Bangi.
Teratur follow s.o.p @KKMPutrajaya @PDRMsia boleh buat lawatan nie pic.twitter.com/Wza6WmeyOj
— Jabatan Netizen Malaysia đ˛đž (@jnmalaysia) April 25, 2021
Perkongsian tersebut mendapat perhatian netizen dan rata-rata netizen menzahirkan rasa bimbang kerana tiada penjarakan sosial ketika membeli-belah dapat dilihat dalam gambar tersebut.
Malah, para netizen turut kecewa dengan sikap segelintir pengunjung yang tidak patuh SOP ditetapkan kerajaan dimana boleh mengakibatkan peningkatan kes penularan wabak pandemik justeru muncul kluster membeli-belah kelak.
Nasib baikla my family x gila shopping mcm ni, none of them heard about online shopping ke. Ke depa lupa tgh pandemic đ¤ https://t.co/3SF9iRCWgV
— violetđ¸đ˝ (@Zureensya) April 26, 2021
https://twitter.com/IzyanDyana/status/1386328839870058502
Korang tahu tak, sibuk shopping raya, kalau begini gayanya, jangan harap kita beraya. Hah duduk je la dekat rumah. Jangan merungut atau complaint. Satu soalan untuk orang macam ni, korang kalau duduk rumah, sesak nafas macam ikan tak dapat air ka?
Covid-19 angka 2000 lebih! đ https://t.co/Xc5qTVSuhi
— Mat Hades (@hadesmelayu) April 25, 2021
Apa la semua macam hilang akal ni. Raya ala kadar dah la. Kang zon merah pkpd kang. Semua duduk rumah sorang je boleh keluar. https://t.co/au8LbyQYI2
— fendyzaidan (@fendyzaidan) April 25, 2021
Justeru itu, ada netizen yang menyarankan agar pihak berkuasa menjalankan pemeriksaan dari masa ke semasa di tempat membeli-belah yang menjadi tumpuan orang ramai.
Pastinya dengan penularan gambar ini membuatkan ramai orang berasa kecewa terutama sekali mereka yang mengamalkan SOP dan mengecam tindakan mereka serupa seperti golongan influencer dan golongan atasan yang ‘bebas’ melanggar SOP. Apakah pendapat anda akan isu ini?
Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel berkaitan pelanggaran SOP pada pautan di bawah ini.
Peguam Ini Jelaskan Mengapa Wujud Perbezaan âLayananâ Buat Individu Yang Melanggar SOP
Saman RM1,500 Langgar SOP, Exco Perak Yakin Pelajar Matrikulasi Mampu Bayar Saman