Semalam dunia dikejutkan pula oleh kematian Anthony Bourdain, salah seorang chef yang terkenal di seluruh dunia. Beliau dikatakan membunuh diri di usia 61 tahun akibat masalah depresi.

Saya tidak mahu menyentuh tentang kenapa beliau membunuh diri tetapi saya ingin berkongsi tentang kehebatan chef bernama Anthony ini. Tidak seperti chef rendang crispy yang seolah-olah tahu tentang makanan nusantara, Anthony pula adalah penggemar makanan nusantara.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Di Astro, saya selalu menonton rancangan travel makanan beliau ‘No Reservations’ di mana beliau mengembara ke setiap pelusuk Asia Tenggara untuk mencari makanan terbaik di setiap negara. Beliau juga terkenal sebagai seorang yang sukakan street food .

Jika perlu pilih satu chef yang bijak tentang makanan Asia Tenggara, Anthony adalah antara orangnya. Rasanya hanya beliau chef yang berani ajak bekas presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama lepak makan di kedai tepi jalan.

Anthony juga mempunyai hubungan yang baik dengan makanan dari Borneo terutamanya. Beliau pernah merancang untuk membuka satu restoran di Amerika Syarikat di mana beliau mahu membawa makanan terbaik yang pernah dimakannya dari seluruh dunia duduk di bawah satu bumbung.

Salah satu daripada top ten makanan paling beliau ingin orang Amerika Syarikat rasa adalah laksa sarawak. Beliau sangat gemarkan laksa Sarawak ini dan setiap kali beliau berkesempatan ke Sarawak, beliau akan singgah ke Choon Hui Kopitiam di Kuching untuk makan laksa sarawak di sana.

“Di Mexico, ketika peniaga menyerahkan taco yang anda pesan, ketika itu satu pertukaran budaya berlaku. Itulah apa yang diajar oleh ibu dan ayah saya. Ini apa yang saya buat, ini apa yang saya tahu buat dan inilah diri saya yang sebenar dan saya mahu kongsinya dengan semua,” kata beliau dalam kongres World Street Food di Manila tahun lalu.

Street food adalah sangat penting. Saya sukakannya. Kadangkala chef yang terbaik di dunia tidak mempunyai syif dan tidak suka duduk di restoran bertaraf bintang. Mereka enjoy dengan kehidupan mereka dan masakan mereka juga lebih sedap,” terang Anthony.

Dalam bab makan, Anthony sanggup buang status selebriti yang ada pada dirinya untuk menikmati makanan terbaik di seluruh dunia. Beliau adalah contoh chef yang menghargai setiap makanan yang beliau cuba, tidak kira jika ianya hanya sekadar makanan di gerai tepi jalan.

Masalah depresi adalah sesuatu yang serious dan bunuh diri bukan caranya. Jika anda mempunyai masalah depresi, kongsikan bersama doktor yang bertauliah. Mereka pasti dapat membantu. Selamat jalan, Anthony Bourdain.

Sumber