Sekali lagi, ESCAPE Penang berjaya menampilkan keunikannya tampil perkenalkan dua permainan baharu iaitu ski dan juga ‘dead sea pool’. Selepas memiliki 2 permainan diiktiraf Rekod Dunia Guinness, ESCAPE Penang tidak berhenti di situ kerana terus maju untuk tambah lagi permainan unik untuk pengunjungnya.

Pada 3 November 2022, ESCAPE Penang secara rasmi telah melancarkan dua permainan baharu iaitu ski dan ‘dead sea pool’, majlis telah dirasmikan oleh EXCO Pelancongan Kreatif Negeri Pulau Pinang, YB Yeoh Soon Hin, bagi pihak Ketua Menteri Pulau Pinang serta dihadiri oleh Dato’ Sim Choo Kheng, pengasas dan pengerusi eksekutif Sim Leisure Group.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Ketika majlis perasmian, pemain ski Alphine Olimpik Malaysia yang berusia 18 tahun, Aruwin Salehuddin turut hadir untuk meluncur ski sebagai gimik pelancaran. Majlis perasmian dan sambutan ESCAPE Penang ke-10 ini dihoskan oleh pengacara dan pelawak veteran tempatan, Harith Iskander.

Susulan perasmian tersebut, saya mewakili team The Vocket telah menjadi antara yang pertama mencuba permainan ski ini dan secara jujur ianya sesuai untuk ‘beginner’. Walaupun anda jatuh banyak kali tetapi anda tidak akan berasa sakit.

@mimieyuzi

can give A+ for efforts right ⛷️ #skiing #skiinginmalaysia #escapeparkpenang #newbie #xyzbca #foryourpage #fyp #enjoylife #fyp #love #thingstodiinpenang #escapeparkpenang

♬ Andrei King – Andrei King

Untuk pengetahuan anda, ‘ski slope’ ini dihasilkan daripada bahan khas dimana ia membolehkan papan luncur untuk meluncur dengan mudah meskipun tiada salji. Malah, barangan lengkap untuk meluncur turut disediakan dan anda akan diberikan penerangan terlebih dahulu sebelum mencuba untuk meluncur.

Pastikan anda berhati-hati dan elakkan daripada terjatuh ke hadapan kerana ia akan sedikit merbahaya. Malah, ada juga yang terjatuh lalu mengakibatkan papan luncur patah.

Bagi ‘dead sea pool’ pula, saya tidak sempat untuk mencubanya tetapi disebabkan ketumpatan garam dalam kolam tersebut, anda akan sentiasa terapung secara natural seperti berada di lautan mati Jordan. Malah, anda juga perlu memakai ‘goggles’ bagi melindungi mata anda. Tunggu apa lagi? Jom cuba pengalaman unik ini segera.