Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Sebelum ini, pusat beli-belah eCurve Mutiara Damansara yang sudah lama beroperasi di Lembah Klang dilaporkan tutup sepenuhnya bermula 31 Mac ini setelah dilaporkan menerima pelanggan yang kurang sejak pandemik COVID-19 tiba. Namun bukan sahaja eCurve bahkan pusat beli-belah di negara lain juga dilaporkan terpaksa ditutup.

Siapa sangka, pusat beli-belah tertua di Amerika Syarikat iaitu Arcade Providence yang dahulunya terpaksa ditutup, kini dibangunkan semula menjadi sebuah kediaman apartment yang eksklusif dengan pembinaan 48 unit micro-apartment dan 17 unit premis kedai di sekitar ground floor.

Americas-Oldest-Mall-9

Sumber: Northeast Collaborative Architects

Menurut halaman The Mind Circle, Arcade Providence telah dibina sejak tahun 1828 dan bangunan ini dikatakan sebagai salah satu tapak warisan bersejarah atau National Historic Landmark. Namun pusat perniagaan ini terpaksa ditutup pada tahun 2008 memandangkan tiada pengunjung yang datang ke situ lagi.

Tidak mahu bangunan ini dibiarkan kosong begitu sahaja, pada tahun 2012, Evan Granoff, pemilik Arcade Providence berpendapat lebih baik bangunan terbiar ini dibangunkan semula sebagai sebuah bangunan perumahan apartment yang mempunyai premis perniagaan di sekitar ground floor.

Americas-Oldest-Mall-7

Sumber: Northeast Collaborative Architects

Setelah siap melakukan ubah suai, Arcade Providence dibuka semula pada tahun 2013 dengan penawaran pakej sewaan rumah dan jual beli kedai kepada orang awam. Kedai dalam Arcade Providence ini dikatakan boleh dibeli dengan harga $125,000 (RM514,000).

Americas-Oldest-Mall-8

Sumber: Northeast Collaborative Architects

Namun, berikutan mendapat bilangan penyewa rumah yang terlalu ramai, Evan Granoff berfikir lebih baik sebahagian daripada unit rumah tersebut dijualkan kepada penyewa atau orang awam yang ingin membeli rumah.

“Saya menjangkakan bahawa satu hari nanti apartment ini akan dibeli juga oleh penyewa. Berkemungkinan, bagi mereka menyewa rumah itu sesuatu merugikan dan lebih berbaloi jika rumah itu mereka beli.

“Untuk keputusan yang adil, rumah tersebut sebahagiannya saya akan jualkan dengan harga $130,000 (~RM530,000) kepada orang awam dan penyewa.

“Manakala penyewa yang ingin terus menyewa masih boleh dan saya tawarkan harga sewa antara $925 (~RM3,800) hingga $2,000 (~RM8,000) sebulan mengikut jenis keluasan apartment,” kata Evan menerusi artikel jurnal yang ditulis Madeline List.

Americas-Oldest-Mall-3

Sumber: Northeast Collaborative Architects

Menariknya, rumah apartment di dalam Arcade Providence ini dibina dengan ukuran saiz keluasan sekitar 225-450 kaki persegi. Paling mengujakan, anda tidak bersusah payah membeli kelengkapan rumah kerana pemajunya sudah pun melengkapkan rumah ini dengan kemasan kabinet dapur, katil, peti sejuk, dan microwave.

Uniknya, apartment ini juga dilengkapi dengan kemudahan fasiliti yang boleh dikongsikan bersama jiran-jiran setempat seperti ruangan bilik bermain game yang dilengkapi TV, kemudahan mendobi, ruang simpan basikal dan garaj kereta.

Americas-Oldest-Mall-4

Sumber: Northeast Collaborative Architects

Americas-Oldest-Mall-5

Sumber: Northeast Collaborative Architects

Americas-Oldest-Mall-6

Sumber: Northeast Collaborative Architects

Begitulah cara orang Amerika memanfaatkan peninggalan bangunan pusat beli belah yang terbiar lalu dijadikan sebuah apartment yang dijual dan disewa dengan harga yang mampu milik. Jika pusat beli belah eCurve dijadikan sebagai apartment dan pada masa yang sama ada kedai di dalamnya, adakah anda teruja untuk beli apartment dan menetap di eCurve?

Tiada siapa yang mahu menyewa rumah Datuk Aliff Syukri walaupun rumahnya terletak di atas pusat beli belah Pavillion. Baca lagi pada pautan berikutnya.

Gagal Cari Pembeli, Aliff Syukri Mahu Sewakan Rumah Berharga RM6 Juta

Drake Kongsi Rekaan Rumah Agam Mewah Persis ‘Shopping Mall’ Miliknya Di Kanada

Benarkah Pusat Beli Belah eCurve Akan Ditutup Sepenuhnya Pada 31 Mac Ini?

 

Anda Mungkin Suka