Selepas beberapa kali namanya disebut Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam sidang media sebelum ini, Youtuber S. Pavithra pada semalam akhirnya berjaya bersemuka dengan individu yang sedikit sebanyak menaikkan popularitinya sebelum ini.

Pertemuan antara Pavithra dan perdana menteri itu dilaporkan berlaku dalam  Majlis Pelancaran Rukun Negara ke-50 di Putrajaya pada semalam yang juga merupakan pertemuan kali pertama antara kedua-duanya.

IMG_0539 2
HYPE
HUAWEI WATCH FIT Dan FreeLace Pro, Dua Gadget Terbaru Yang Anda Perlu Dapatkan Untuk Melengkapkan Aktiviti Sukan Anda
Baca lagi →
ssss

Pavithra ketika menerima hadiah daripada perdana menteri sebelum ini

Walaupun namanya sudah menjadi sebutan dan dikenali di seluruh negara, namun perkara itu langsung tidak berjaya menghilangkan perasaan gugup wanita berusia 28 tahun itu apabila disapa perdana menteri.

Menurut laporan Bernama, beliau dilaporkan sedikit gugup dan tergamam apabila disapa oleh perdana menteri dalam majlis tersebut dan ketika ditanya ‘Pavithra, tak masak ke?’

“Tadi beliau juga tanya saya tak makan ke? Saya rasa terlalu gementar sehingga saya hanya kata ah, ah ya…

“Perkataan saya tersekat sikit,” jelas Pavithra yang terkenal dengan video masakannya di YouTube sebelum ini.

Hubungan baik antara perdana menteri dan pasangan suami isteri yang menjalankan saluran YouTube Sugu Pavithra itu bukanlah sesuatu yang baru dan sememangnya diketahui umum.

Nama mereka bukan saja sering disebut ketika sidang media sepanjang berlangsungnya siri perintah kawalan pergerakan sebelum ini, malah mereka juga turut menerima hadiah daripada perdana menteri.

Pasangan tersebut mula menarik minat masyarakat selepas menghasilkan video-video masakan dan turut berkongsi resepi tradisional dalam saluran YouTube mereka yang kini sudah pun mencatatkan 767,000 subscribers dan semakin menghampiri video ke 100 mereka di platform tersebut.

Dek kerana populariti yang diraih mereka, keputusan mereka untuk berpindah rumah sebelum ini dan memfokuskan kepada YouTube juga turut menerima reaksi daripada netizen. Baca pautan di bawah untuk mengetahui dengan lebih lanjut. 

Berhenti Kerja Dan Fokus YouTube, Netizen Harap’ Sugu Pavithra’ Sudah Ada Perancangan

Tampil Seperti Model Dan Nafi Beli Rumah Baru, Ini Perkembangan Terbaru ‘Sugu Pavithra’

Sugu Pavithra Dilaporkan Terima Hadiah Dan Kad Ucapan Daripada Perdana Menteri

Anda Mungkin Suka