Pada malam Sabtu yang lalu, penyanyi dan pengacara Adibah Noor dilaporkan meninggal dunia dan berita tersebut mengejutkan dunia hiburan terutamanya rakan-rakan artis dan peminat.

Dalam ahli keluarga, rakan-rakan artis dan juga peminat masih berduka dengan pemergian Allahyarhamah Adibah Noor, ada segelintir netizen yang meninggalkan komen tidak sewajarnya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Akan tetapi, komen seorang netizen di Facebook iaitu Ibnu Ahmad Ar-Rayyan yang mempersoalkan tentang aurat Allahyarhamah Adibah Noor menjadi bualan orang ramai.

“Dah tahu wajib tutup aurat tapi tak buat. Sebab kepala batu keras hati. Menjawab la dalam kubur. Nauzubillahiminzalik, moga keturunan aku tiada seperti ini. Selamat menjawab soalan di alam barzakh. Good luck.” ujar individu tersebut

Komen yang dilontarkan individu tersebut di ruangan komen Facebook media tempatan mencetuskan kemarahan netizen dan rata-rata netizen berpendapat individu itu tidak menghormati keluarga arwah.

https://twitter.com/Suhaylala_A/status/1538711450453086212

Bukan itu sahaja, para netizen juga mengatakan sepatutnya individu terbabit menjaga percakapan dan tidak mencela orang yang sudah meninggal dunia. Malah, segelintir netizen juga ‘korek’ posting lama milik individu itu yang merupakan aib individu terbabit.

Sementara itu, pemilik rumah Amanah sedia untuk jaga kucing peliharaan Allahyarhamah Adibah Noor. Klik pautan di bawah untuk ketahui lanjut.

Pemilik Rumah Amanah Sedia Jaga 40 Ekor Kucing Peliharaan Allahyarham Adibah Noor

Pelakon Dan Penyanyi Berbakat, Adibah Noor Meninggal Dunia