Nama Amber Heard secara tiba-tiba kembali panas selepas isu Johnny Depp dipaksa letak jawatan daripada memegang watak Gellert Grindelwald untuk filem Fantastic Beasts.

Sehubungan itu, satu petisyen yang dibuat oleh peminat supaya Amber Heard digugurkan daripada filem Aquaman 2 kini sudah mendapat lebih satu juta tanda tangan.

Realme-7-Pro-Sun-Kissed-SpecIal-Edition
HYPE
Serba Lengkap, Unik Dengan Vegan Micrograin Leather, Ini 5 Sebab realme 7 Pro Special Edition Berbaloi Untuk Dimiliki
Baca lagi →

Petisyen berkenaan sebenarnya telah dilancarkan sejak Februari yang lalu namun kembali ‘panas’ sebagai salah satu sokongan peminat buat Johnny Depp.

Remove Amber Heard Change

petisyen ‘Remove Amber heard from aquaman 2’ di laman change.org

Peminat juga mencadangkan pelakon Emilia Clarke untuk membawa watak Mera dalam Aquaman 2. Buat anda yang tidak tahu, Jason Momoa dan Emilia Clarke pernah berlakon bersama dalam drama Game Of Thrones. Jadi, ia ibarat reunion yang tidak dijangka sekiranya perkara tersebut jadi kenyataan.

Menurut laman Entertainment Weekly, Amber Heard menjelaskan bahawa beliau tetap akan membawa watak Mera dalam Aquaman 2. “Saya sangat teruja dengan sokongan dan penghargaan peminat untuk Aquaman. Kami akan kembali tidak lama lagi dan saya tidak sabar untuk kembali ke set penggambaran,” kata Amber.

Penggambaran filem Aquaman 2 akan bermula tahun hadapan. Adakah anda mahukan Amber Heard kekal sebagai Mera atau pihak Warner Bros perlu berlaku adil dengan mengambil pelakon baharu untuk watak Mera?

Sebelum ini, Johnny Depp telah tewas dalam satu kes saman ke atas akhbar The Sun. Baca lagi pada pautan di bawah.

Hari Sedih Untuk Johnny Depp, Tewas Kes Fitnah Dan Dituduh ‘Dera Isteri’

Johnny Depp Dipaksa Keluar Daripada Siri Fantastic Beasts

Anda Mungkin Suka