Perasaan curiga pemandu teksi dan pemilik teksi Malaysia sama ada kerajaan mempunyai kepentingan dalam Uber selama ini akhirnya terjawab apabila Khazanah Nasional Berhad dilaporkan telah melabur dalam startup San Franciso itu sejak tahun lepas.

Pengarah Khazanah Mohd Raslan Md Sharif telah mengesahkan kepada theSun mereka telah melabur secara tidak langsung dalam Uber melalui General Atlantic LLC. Namun, Khazanah tidak mendedahkan jumlah pelaburan. Uber sekarang bernilai US$51 bilion (RM217.85 bilion).

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Walau bagaimanapun, entiti pelaburan milik negara ini merupakan entiti bebas dan sepertinya tidak mempengaruhi mana-mana polisi kerajaan yang menentang Uber. Menjadi satu kebiasaan bagi sebuah syarikat pelaburan untuk memiliki portfolio yang pelbagai.

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

Sumber