Selain pengumuman filem animasi Ejen Ali, Primeworks Studios bakal bekerjasama bersama syarikat animasi di Malaysia untuk menghasilkan animasi baharu di Kre8tif! Conference 2018 yang di anjurkan oleh Malaysia Digitial Econmy Corporation (MDEC).

Antara syarikat animasi melakukan kerjasama ini ialah Blindspot Studios yang menampilkan animasi Alif & Sofia yang merupakan siri pembelajaran melalui hiburan interaksi bersama penonton dan diselitkan juga nilai-nilai Islam.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

maxresdefault

Seterusnya Fridgies merupakan siri animasi komedi terbitan syarikat Giggle Garage. Animasi syarikat ini telah menerima pengiktirafan antarabangsa antaranya ialah Origanimals, Boing the Play Ranger dan The Kazoops. Animasi Fridgies ini mengenai makhluk kecil bernama Fridgies yang tinggal di peti sejuk dan di ruangan dapur.

Akhir sekali siri animasi Iffins yang mengenai Tammy seorang gadis muda yang lincah bersama kawan-kawan imaginasi yang dikenali sebagai Iffin-Hippocorn yang merupakan gabungan badak air dan unicorn, Trix dan Jon-Jon.

LogoBaruPrimeworks

Menurut Yanti Ishak, yang merupakan Pengurus Besar Hal Ehwal Korporat Primeworks Studios berkata ‘Kami berbangga kerana dapat menyokong pencipta harta intelek animasi Malaysia dalam usaha mereka untuk menbentuk kandungan yang menghiburkan dan menarik. Kami juga berbesar hati untuk membantu mengembangkan lagi animasi tanah air ke seluruh dunia’.

Ketiga-tiga animasi dijangka siap ditayangkan pada September 2018 dan siarkan pada bulan Oktober di festival MIPCOM 2018.