Saya tertarik dengan perkongsian Tuan Ikhwan Hafiz, seorang jurutera yang meminati bidang minyak dan gas sepertimana anda meminati dan menyokong pasukan bola kegemaran. Ia mengenai pembinaan sebuah projek bertaraf dunia yang melibatkan teknologi tinggi oleh syarikat Petronas.

Saya sempat tanya kepadanya tentang projek ini, dia dengan bangganya menyatakan ini adalah seperti satu rocket science Petronas.

Menurutnya lagi, kita boleh consider ia adalah pertama di dunia seumpamanya kerana pesaing projek ini ialah Shell Prelude FLNG yang masih dalam pembinaan, berbanding Petronas yang akan beroperasi dalam masa terdekat ini.

Maka, ini adalah pertama di dunia, pertama siap di dunia dan pertama beroperasi di dunia. Pergh!

petronas featured

Tuan Ikhwan menambah, ia telah siap di pelabuhan DSME dekat Okpo, Korea Selatan dan hanya menunggu masa untuk di bawa ke Laut China Selatan. Ia kemudiannya akan diikatkan pada Kanowit-A platform sahaja.

Walau bagaimanapun, projek ini bukan 100% kerja anak tempatan kerana ia melibatkan banyak syarikat luar negara yang menjadi rakan strategik projek Petronas seperti Daewoo Shipbuilding & Marine Engineering Co. Ltd (DSME), Technip, GE dan lain-lain. Anak tempatan terhad dengan Petronas dan Technip KL sahaja.

Ikuti perkongsian Tuan Ikhwan yang seterusnya di bawah ini.

Petroliam Nasional Berhad (Petronas) FLNG Satu

Tahun 2016 bakal merubah persekitaran pembangunan LNG di Malaysia dengan kehadiran Petroliam Nasional Berhad (Petronas) FLNG Satu di perairan Laut China Selatan buat pertama kali dalam sejarah LNG.

Petronas Floating Liquified Natural Gas (PFLNG) Satu akan berlabuh di lapangan gas Kumang (fasa satu) sejauh 180 km dari pantai Sarawak dan terikat pada pelantar minyak Kanowit ‘Alpha’.

Konsep pembinaan FLNG sudah lama bermain di fikiran dan dipertimbangkan oleh para ‘Supermajor’ dan juga ‘Operator’ minyak dan gas sejak dari tahun 90-an lagi. Tetapi pada masa tersebut tidak memungkinkan terbinanya FLNG atas pelbagai sebab.

petronas 1

Pada tahun 2005, Petronas telah mengenapasti konsep FLNG seterusnya Keputusan Pelaburan Mukatamad (Final Investment Decision, FID) telah dicapai pada 27 Mac 2012 untuk menjadikan PFLNG Satu sebagai realiti negara.

Tujuan pembinaan FLNG adalah menyahut ‘Economic Transformation Program’ (ETP) Malaysia berdasarkan ‘National Key Economic Areas’ (NKEA) yang dilancarkan pada 25 September 2010.

FLNG memainkan peranan penting dalam usaha Petronas untuk membuka rizab gas yang jauh dan terkandas di perairan Malaysia serta lapangan yang sudah matang yang jika tidak, boleh menjadi tidak ekonomi untuk dibangunkan.

Tambahan pula permintaan LNG di masa hadapan dijangkakan bakal meningkat kerana ‘cleaner burner’ dan ‘alternative fuel’ kepada ‘conventional’ hidrokarbon.

petronas 2

Jika dahulu kilang LNG ditempatkan di daratan tetapi sekarang dengan adanya FLNG, proses pencairan, pengeluaran dan proses pemunggahan boleh dilakukan di luar persisir pantai.

‘Front End Engineering Design’ (FEED) untuk PFLNG Satu telah dijalankan bermula pada Disember 2010. Pada Jun 2012, perjanjian ‘Engineering, Procurement, Construction, Installation and Commissioning’ (EPCIC) telah di amanahkan kepada Technip dan Daewoo Shipbuilding & Marine Engineering ‘Consortium’ untuk membina PFLNG Satu pertama negara. PFLNG Satu di bina di Okpo, Korea Selatan.

PFLNG Satu mampu menghasilkan 1 200 000 juta LNG setiap tahun. PFLNG Satu boleh beroperasi pada kedalaman laut dari 70 hingga ke 200 meter selama 20 tahun serta bakal memuatkan 150 orang pekerja pada satu-satu masa. Dan panjang PFLNG Satu adalah bersamaan lebih kurang tinggi Menara KLCC.

Tonton: Lihat Bagaimana Carigali Minyak Dilakukan. Tak Hairan Kenapa Kosnya Begitu Mahal