Pulau Boracay akan kembali beroperasi Jumaat ini setelah 6 bulan ditutup untuk tujuan pembersihan dan pemulihan kawasan kesan daripada aktiviti pelancongan yang tidak terkawal sebelum ini. Sebelum ditutup, Pulau Boracay menerima sehingga 2 juta pelancong setiap tahun.

Menurut laporan daripada pihak berkuasa Filipina, terdapat beberapa perubahan yang agak ketara untuk pembukaan baharu di Pulau Boracay. Antaranya bilangan hotel dan restoran yang beroperasi dikurangkan, hadkan pelancong dalam satu-satu masa serta undang-undang baharu yang akan mengehadkan aktiviti parti pantai. Kesemua aktiviti pantai juga dilarang buat masa ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://www.instagram.com/p/BpVII29gANG/?hl=en&tagged=boracay

Kesemua langkah ini diambil untuk memastikan ekosistem dapat dijaga dengan baik dan mampu bertahan untuk jangka masa yang panjang. Selamat kembali ke Baracay.

P/S: Jika anda mahu travel ke sini dan berjimat, boleh baca itinerari 3 hari pulau Boracay dengan kos RM350 sahaja.