Saya nak kongsikan itinerari trip bajet ke Boracay Island, Filipina. Total hangus hanya RM350 sahaja selama 3 hari 2 malam.

Ok. Trip ini sangat sesuai bagi orang yang ada kekangan masa dan bajet rendah. Hanya hangus RM350 seorang termasuk penginapan 3 hari 2 malam, pengangkutan pergi dan balik, entrance fee, makan minum, dan aktiviti-aktiviti pulau. TIDAK TERMASUK TIKET KAPAL TERBANG.

Ok, baru-baru ini kami pergi ke Boracay Island pada tarikh 11/8/16 – 13/8/16 . Kami seramai 7 orang. Semuanya adalah kaum adam yang ajet-ajet backpackers.

Untuk pengetahuan semua, sekarang ini musim hujan di sana. Nasib kami sangat baik kerana pada hari aktiviti cuaca agak baik dan tidak hujan.

Kami agak risau juga jika hujan berterusan semasa kami di sana, musnahlah percutian kami nanti. Huhu. Selama 3 hari di sana, hujan turun sekitar jam 6 pagi dan berhenti sebelum jam 9 pagi.

Selepas itu cuaca jadi panas semula dan hujan turun pula pada waktu petang sekitar jam 5 – 7 malam, dan kembali hujan pada jam 12 pagi tetapi sekejap sahaja.

Berdasarkan pada kajian cuaca, musim hujan di Boracay Island berterusan sehingga bulan September. Jadi, kalau korang bercadang untuk pergi ke Boracay pada bulan ini atau bulan depan, berdoa-doalah supaya cuaca baik pada hari aktiviti pulau korang.

Hari pertama (11/8/16)

10.35 am : Berlepas ke Kalibo dari KLIA2, semestinya terbang dengan AirAsia. Kami dapat tiket murah-murah je. Hehehe.

Korang kena la selalu alert dengan promo Air Asia. Baru-baru ini AirAsia ada buat tiket promo ke Boracay hanya RM150 return.

Sebab itulah waktu kami pergi ramai warganegara Malaysia terbang ke Boracay. Kemungkinan sebab promo tersebut agaknya.

Perjalanan ke sana mengambil masa 4 jam. Aku tidak beli pun meal dalam flight, sebab aku dah melantak nasi lemak pagi tu sebelum depart. Jimat dah di situ.

2.40 pm : Selamat tiba di Airport Antarabangsa Kalibo, semasa landing tu, kiri kanan sawah padi hijau terbentang, sangat cantik dan sangat sejuk mata memandang, dalam hati aku kata ini kedah ka kalibo? Hahaha tapi memang serius lawa.

Turun dari kapal, kami kena masuk untuk pemeriksaan imegresen, korang kena isi 2 borang imegresen, borang tersebut beri kepada pegawai imegresen..

Selesai urusan dalam airport, kami terus keluar dan di depan airport tu. Ramai tour guide datang mempromosikan perkhidmatan dan pakej mereka.

Majoriti perkhidmatan mereka adalah penghantaran ke Jetty Caticlan menaiki van serta bot ke Boracay Island.

Semua harga mereka tawarkan sama sahaja, iaitu 250 Peso per pax untuk van & bot.

Kami ini masing-masing kaki kecek, kami tawar menawar sampai la dia kasi 200 Peso per person untuk van & bot. Ok kami pun deal, jadi dalam van tu kami 7 orang sahaja. Dah macam private van.

3.30 pm : Menaiki van menuju ke Jetty Caticlan. Perjalanan ke jetty tersebut mengambil masa 1 jam 30 minit.

Jika tiada kesesakkan lalulintas hanya 1 jam dah boleh sampai dah. Keadaan van kami naik tu sangat selesa, aircond sejuk, kerusi lembut dan empuk, radio sedap di dengar walaupun lagu Filipina.

Sepanjang perjalanan kami tidak tidur sebab sudah puas tidur dalam flight tadi hahha.

Lagipun rugi la kalau korang tidur sebab sepanjang perjalanan menuju ke jetty korang boleh tengok suasana pekan Kkalibo dan telatah orang-orang di sana.

Banyak tricycle mundar mandir dan polis trafik depa bukan seperti di Malaysia. Depa pakai baju macam coach bola. Sempoi kot.

5.00 pm : Tiba di Jetty Caticlan, kami dibawa oleh tour guide kami brader Junnil. Sebelum naik bot, kami kena bayar Enviroment Fee 75 Peso per pax dan Terminal Fee 25 Peso per pax. Bayar dua-dua fee tersebut pada satu kaunter sahaja. Selesai buat bayaran terus kami naik bot.

5.30 pm : Naik boat dari Jetty Caticlan ke Jetty Boracay Island. Hanya 5-10 minit sahaja dah sampai.

Sampai di Jetty Boracay, brader junnil mencari tricyle untuk kami pergi ke tempat penginapan kami di station 2 iaitu Boarding House Boracay.

Tricycle kami naik memang sesuai untuk 7 orang, 200 Peso per tricycle. Bahagi 7 jadi sorang hanya 28 Peso sahaja. Kalau korang datang berdua ada juga tricycle untuk 2 penumpang.

Perjalanan dari Jetty Boracay ke tempat penginapan kami hanya mengambil masa 10-15 minit sahaja.

6.00 pm : Tiba di Boarding House Boracay. Sebenarnya kami hanya booking mulut sahaja sebelum ini sebab aku deal dengan owner Homestay ini di Facebook page dia (Boarding House Boracay).

Aku cakap kami nak walk in, tidak mahu buat bayaran deposit. Korang pun boleh sahaja datang walk in sebab di sini banyak hotel bajet, homestay murah-murah.

Dijadikan cerita, nasib baik ada bilik yang muat 7 orang. Hehhe. Harga bilik 4470 Peso sahaja untuk 2 malam termasuk sarapan dan makan malam.

Jadi, sorang jatuh 640 Peso sahaja (RM60 sorang). Murah la kan sebab termasuk makan pagi dan malam.

Keadaan bilik agak selesa, walaupun agak padat tapi kami tidak kisah pun. Kemudahan dalam bilik tersebut ada 2 katil double decker, 1 katil queen dan 1 sofa panjang. Muat-muat la kami 7 orang.Huhu.

Juga dilengkapi dengan aircond, kipas, TV LCD, bilik air dan tandas, shower, tuala 7 helai, sinki, peti ais dan almari baju. Berhadapan pintu bilik kami juga disediakan kerusi dan meja kayu untuk bersantai.

Staff homestay juga sangat peramah.  Cakap ja nak apa, diorang kasi servis baik punya. Senyuman tidak lokek di bibir mereka. Boleh jatuh hati weh.

8.00 pm : Waktu malam, depa mai hantar makanan dan letak di meja depan bilik kami. Menu nasi putih, ayam masak kicap dan air masak. Kicap agak masin sedikit. Tapi tidak mengapa, semua benda boleh jadi sedap kalau dah lapar kan.

9.00 pm : Malam tu kami hanya berjalan-jalan tepi pantai, D’Mall nama tempat tersebut. Hanya 5-10 minit sahaja berjalan kaki dari homestay kami.

Night life kat situ sangat-sangat meriah sekali. Sepanjang pantai tu berderet restoran makan, kedai cenderahati, night club, live band dan macam-macam ada, memang meriah sangat.

Dan juga terkejut sebab ramai geng-geng k-pop kat sini. Semua muka sama ja, Korea kan. Paham-paham je la.

Kami lepak-lepak minum sambil layan live band kat situ serta cuci mata melihat karenah dan telatah pengunjung di situ. Be careful, bapok pun banyak juga. Jangan sampai depa tarik tangan korang.

12 am : Kami balik ke homestay kami semula, tidur rehatkan diri untuk bersiap sedia aktiviti esok.

Total hangus untuk hari pertama

Van & Bot : 200 Peso
Enviroment Fee : 25 Peso
Terminal Fee : 75 Peso
Tricycle : 28 Peso
Boarding House Boracay : 640 Peso

Total : 968 Peso (RM 84)

Baca: 33 Tip Penting Jika Anda Travel Ke Pulau Boracay, Filipina

trip-ke-boracay-island-1
Inilah boat di jetty Caticlan. Membawa kami ke jetty Boracay.
trip-ke-boracay-island-2
Bilik di homestay
trip-ke-boracay-island-3
Naik bot buat aktiviti island hoping.

trip-ke-boracay-island-4

trip-ke-boracay-island-5
Aktiviti snorkling
trip-ke-boracay-island-6
Fish feeding

Hari kedua (12/8/16) Jumaat

6.00 am : Waktu ni hari memang dah terang benderang. Macam waktu di Sabah. Pagi itu hujan membasahi bumi Boracay, dalam hati memang tengah risau jika hujan tidak berhenti.

7.30 am : Sarapan disediakan oleh staff homestay. Menu nasi putih, telur mata dan sosej tapi kuah tiada. Bayangkan makan nasi macam itu sahaja weh. Masa ini hujan masih belum berhenti lagi. Berhuhuu la kami semua.

8.30 am : Alhamdulillah, hujan sudahpun berhenti, sudah nampak matahari, dengan perasaan lega dan bersyukur kami mula bersiap-siap untuk aktiviti pulau.

Sebelum itu, kami hendak bayar duit penginapan, tetapi owner itu cakap duit Peso itu duit lama, diorang tak ambik kiranya duit lama bagi diorang memang tidak laku, pelik betul, kalau dekat Malaysia duit lama la berebut-rebut orang nak tetapi di sini sebaliknya berlaku.

Owner suruh kami pergi tukar duit lama tersebut di bank yang berdekatan selepas aktiviti pulau nanti.

9.00 am : Bermulanya aktiviti Island Hoping (snorkling di Crocodile Island, Cliff Jumping di Magic Island, Crystal Cove, dan Parasailing).

Semua aktiviti ini kami bayar 1800 Peso sahaja seorang termasuk bot dan makan tengahari. Tak termasuk entrance Fee di Magic Island dan Crystal Cove.

Kami bermula dengan aktiviti Snorkling di Crocodile Island. Sewa alatan snorkling 50 Peso seorang.

Semasa snorkling arus ombak agak deras, sebab selam je timbul-timbul dah jauh dari bot.

Kami diberi roti untuk beri makan keoada ikan semasa snorkling. Ikan-ikan di situ tak ada lah besar-besar sangat. Ikan nemo pun boleh tahan banyaknya. Air laut tidak sejernih pulau-pulau terkenal yang lain.

Rating untuk snorkling aku bagi 3/5 bintang. Oh ya, sekitar kawasan snorkling ni ada ranger yang menjaga. Kena bayar pada ranger tu selepas habis bersnorkling iaitu 20 Peso seorang.

10.00 am : Selepas snorkling, kami ke Magic Island untuk Cliff Jumping. Entrance fee, seorang 150 Peso.

Di sini korang boleh lompat atas titian yang disediakan, bermula dari ketinggian 3m, selepas itu 5m, 7m,

9m dan paling tinggi adalah 10 meter. Air laut bawah tu memang dalam, tidak nampak dasarnya.

12.00 pm : Kami menuju ke Crystal Cove pula, dekat sahaja dengan Magic Island. Dalam 5 minit sahaja sudah sampai.

Di Crystal Cove ini kami hanya ambil gambar di pintu gerbang Crystal Cove sahaja kerana kalau hendak masuk kena bayar entrance fee iaitu 200 Peso seorang.

Sebenarnya kami ingat pakej kami ini termasuk duit tiket, rupa-rupanya tidak. Itulah sebab kami tidak mahu masuk Crystal Cove tersebut kerana kami tidak mahu keluarkan lagi duit.

Nampak tak betapa kedekutnya kami, lagipun di Crystal Cove hanya berjalan menikmati keindahan gua dalam tu.

Kami semua ini bukan jenis hipster mahupun ravers nak bergambar-gambar bagai, hahha (padahal rasa menyesal juga tak masuk dalam Crystal Cove tersebut).

12.15 pm : Kami terus kembali ke tempat mula-mula kami naik bot untuk aktiviti parasailing pula. Aktiviti yang paling kami nanti-nantikan.

Setibanya kami di pantai tersebut, kami naik bot company Milky dan mereka bawa kami ke tempat persinggahan parasailing.

Selepas itu, kami kena naik boat parasailing itulah. Dibawanya kami di tengah-tengah lautan, dan bermulalah aktiviti parasailing dengan 2 orang dahulu. Satu sesi around 15-20 minit dan seterusnya.

Memang terbaik wa cakap lu parasailing ini. Memang gayat gila. Dari atas nampak kecil saja bot kami naik tu. Sekali angin tiup, terhuyang hayang kami dibuatnya di atas tu. Kecut perut juga la.

Anyway memang best parasailing ini, korang wajib cuba tau bila datang sini.

2.00 pm : Tiba di pantai station 3 semula, kami bergegas pergi ke bank yang berdekatan untuk menukat duit lama kepada duit baru.

Selepas itu kami balik ke homestay kami semula untuk beristirehat.

8.00 pm : Dinner time. Menu makan malam kami malam itu ayam masak kurma dan nasi putih. Menu kali ini rasanya sedap.

Lepas dinner kami berjalan kaki ke D’Mall untuk membeli ole-ole bawa balik Malaysia.

Total hangus hari ke 2 :
Island hoping dan parasailing with private boat and lunch : 1800 Peso
Alatan snorkling : 50 Peso
Charge snorkling ranger : 20 Peso
Entrance fee cliff jumping : 150 Peso

Total : 2020 peso (RM174)

trip-ke-boracay-island-7
Ini Magic Island. Cliff jumping activities.

trip-ke-boracay-island-14

trip-ke-boracay-island-13

trip-ke-boracay-island-12

trip-ke-boracay-island-11

trip-ke-boracay-island-10

trip-ke-boracay-island-9

trip-ke-boracay-island-8

trip-ke-boracay-island-15

trip-ke-boracay-island-16

trip-ke-boracay-island-17

Hari Ketiga( 13/8/16 ) Sabtu

8.00 am : Sarapan menu nasi putih, telur mata, sosej dan air masak.

8.30 am : Bersiap-siap untuk check out homestay.

9.00 am : Naik tricycle dari homestay kami ke jetty Boracay. 200 Peso per tricycle. Muatan untuk 7 orang kami. Jadi seorang kongsi 28 Peso untuk tricycle.
Perjalanan sepertimana kami datang sebelum ini.

9.30 am : Sampai di jetty Boracay. Kami bayar untuk bot dan van sekaligus iaitu 200 Peso per person. Dan bayar enviroment fee 25 Peso dan terminal fee 75 Peso.

12.00 pm : Tiba di Kalibo Airport. Oh ya. Yang bawa lighter, korang kena serahkan pada pegawai imegresen. Lighter not allowed, also mineral water. Kemudian check in flight.

Selepas itu, kena beratur pula ke kaunter bayaran airport tax 700 Peso.

6.30 pm : Selamat tiba di KLIA2.

Total hangus hari ke 3 :

Tricycle : 28 Peso
Van & boat : 200 Peso
Enviroment fee : 25 Peso
Terminal fee : 75 Peso
Airport tax : 700 Peso

Total : 1028 Peso (RM89)

Total hangus selama 3 hari : 4016 Peso (RM347).

Baca lagi: 15 Aktiviti Menarik Yang Mesti Anda Lakukan Jika Bercuti Ke Pulau Boracay, Filipina