Bila pihak Puma menghubungi Vocket untuk memberi kasut running baharu mereka beberapa bulan lepas, saya terus beritahu Ajam untuk minta Puma hantarkan saiz saya.

Sebagai seorang yang aktif bersukan, saya sangat gembira untuk menerima sepasang kasut lari baharu apatah lagi ia kasut yang belum pun berada di pasaran iaitu Puma Deviate Nitro.

Dalam scene lokal, jarang Puma mendapat tempat di hati pelari. Kita lebih banyak melihat pelari memakai kasut daripada jenama-jenama lain. Kiranya Puma ini jadi pilihan yang ke-5 sehingga ke-10. Ini sebelum Puma memperkenalkan model Deviate NITRO ini.

Kasut terbaru daripada Puma ini antara cubaan paling serius Puma dalam membuat comeback dalam arena larian. Malah projek kasut ini sangat rahsia sehinggakan susah untuk dapatkan info-info lain. Malah tidak banyak yang diperkatakan tentang kasut ini walaupun Puma wujudkan Instagram private (@pumarunning) tapi yang ada cuma teaser.

Di luar negara juga, sudah ada ura-ura yang mengatakan beberapa pelari maraton elit sudah sertai pasukan Puma dan bakal melakukan kejutan di Olimpik, Tokyo.

First impression, upper dan fit

Warna crimson (bright pink) dengan sedikit tona warna kelabu dan logo Puma pada bahagian ibu jari membuatkan kasut ini nampak garang dan ada gaya laju. Di bahagian tumit terdapat satu stripe reflective yang sikit sebanyak membantu ketika berlari di waktu malam.

Bahagian atas kasut ini dibuat daripada bahan mesh yang mana saya suka sebab kaki rasa lebih sejuk dan cepat kering jika terkena air.

Dari segi fitting pula, kasut ini adalah true to size. Kebiasaannya saya pakai kasut bersaiz UK7 dan untuk Deviate Nitro ini juga saya pakai UK7 dan fitting kemas dan cantik di kaki saya.

Cuma di bahagian buku lali saya rasa sedikit longgar dan padding terletak terlalu bawah. Namun ini bergantung kepada bentuk kaki anda juga. Mungkin pada saya ia longgar, tetapi pada orang lain perkara ini tidak terjadi.

Midsole

Deviate Nitro mempunyai berat lebih kurang 250g dan midsole drop 8mm (32mm tumit/24mm forefoot). Bahagian depan terdapat carbon composite plate manakala di bahagian belakang ada TPU plate warna silver untuk larian yang lebih stabil.

Walaupun midsole drop 8mm tapi bila sarung tidak rasa sangat kasut ini tinggi.

Dari segi cushioning, saya rasa Deviate Nitro bagus. Nitro foam memberi rasa seperti berlari atas spring tapi masih stabil. Tidak terlalu keras, tidak juga terlalu lembut. Just nice. Sesuai dengan apa yang Puma cakap, kasut ini untuk long run, sesuai untuk pace 8:00.

Outsole

Outsole kasut ini hadir dengan PumaGrip yang mana getahnya sangat tebal dan grip memang baik ketika berlari. Saya berlari di atas jalan yang basah pun masih rasa grip dan nak quick turn pun masih rasa selamat.

Ride

puma 2

Bergaya dan ‘meriah’ apabila anda sarung kasut ini di kaki

Saya mencuba kasut ini sejurus mengeluarkannya dari kotak dan saya rasa larian saya lebih lembut. Sehingga kini saya sudah berlari sekitar 100km dengan Deviate Nitro. Saya cuma berlari dengan pace 7/8 dan saya rasa pace seperti ini Deviate NITRO memang perform, rasa stabil dan macam ada spring di bawah kaki.

Tetapi kalau saya tingkatkan pace rasa sedap berkurangan. Sebab akan rasa lembut sangat. Tambahan pula berat kasut ini tertumpu pada bahagian bawah. Jika ingin berlari laju saya akan pilih kasut lain yang lebih keras dan ringan.

Kesimpulan

Deviate Nitro adalah satu cubaan mantap oleh Puma dan berbaloi untuk cuba jika anda mencari plated shoe/trainer sebagai kegunaan harian yang tidak terlalu keras, bounce yang bagus dan boleh pakai untuk pace biasa dan perlahan.

Tambahan dengan outsole Deviate Nitro yang memang mantap anda bukan saja boleh berlari atas jalan raya, tapi rumput, light trail dan lain lain permukaan lagi.

Sekiranya anda sedang mencari kasut running jarak jauh atau dekat baharu serta mahu tampil berlainan, boleh masukkan model Deviate Nitro ini dalam checklist anda dan tunggu info lanjut bila model ini akan dilancarkan untuk pasaran Malaysia.

Neymar merupakan salah seorang atlet yang kini menjadi muka hadapan untuk jenama Puma. Jika Neymar pun sudah bersama Puma, mengapa tidak anda?

Mengapa Neymar Sanggup Tinggalkan Nike Untuk Jadi Duta Baharu Puma

Hot Wheels Umum Koleksi Khas Bersama PUMA

7 ‘Sneakers Collab’ Hebat Yang Dibuat Eksklusif Untuk Malaysia

Anda Mungkin Suka