Kisah aku ini mungkin bukanlah kisah yang seronok untuk dibaca. Ia kisah tentang membawa hati. Ia kisah aku membawa diri buat seketika. Tapi andai ada kekuatan yang bisa aku titipkan dari kisah ini, ambillah sebagai penguat semangat kalian.

Mei 2014

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kau tak boleh, Inah. Kau tak cukup fit untuk ABC.
Kau tak boleh, Inah. Kau sedar tak, pengalaman kau ni cuma Nuang dan Rajah je?
Kau tak boleh, Inah, kau tak boleh, ABC ni bahaya.
Ini tak boleh, itu tak boleh. Apa yang boleh? Getusku.

Aku bertanyakan pendapat seorang teman untuk ke ABC (Annapurna Base Camp) dan pendapat beliau negatif. Zero. Ini tahun 2014. ABC masih asing di kalangan pendaki Malaysia.

Orang, bila putus cinta ni, hati dia kering kan? Aku pun sama. Sebab utama aku mendaki, putus cinta.

Mendaki itu beri aku satu perasaan yang damai, tenang. Website AirAsia ku layar. Pandangan ku kosong. Klik. Aku melayarkan kekunci ke KUL (Kuala Lumpur), destinasi KTM (Kathmandu).

Perancangan aku kosong. Yang aku tahu, promo sedang berlaku dan tiket murah. RM700 pergi dan balik, ini murah. Tiket bertarikh 30 Nov – 13 Desember 2014 aku berjaya miliki.

Aku klik. Tanpa disedari aku membuat pembayaran. Email yang diberikan dibaca sekali lagi, aku membeli tiket ke Nepal. Bawa diri mungkin.

mendaki-abc-3
Dalam gambar adalah teman mendaki aku Jan dari Jerman.

We are the sum of our life choices, dreams, aspirations, mistakes and the risks we take to get where we want to be. 

We might not always make the best decisions, and things won’t always go as we plan, but in the end, it’s all worth it. If it doesn’t feel like that, it probably isn’t the end.

Jun 2014

Perancangan masih kosong. Aku merasakan yang aku tak mampu untuk ikut pakej yang diberikan. Aku mula membaca blog, membuat perancangan sendiri. Solo. Perempuan. Nepal. Gila.

Julai 2014

Aku melayari website trekkingpartners.com, membuat iklan untuk mencari partner untuk trekking bersama. Ajakan aku di Gunung Online dan HACAM hanya memberikan respon negatif.

Aku terpaksa membuat sesuatu yang drastik. Ajak orang lain kalau kau tak mahu guide. Ok, that’s the plan.

Ogos 2014

Masih tiada jawapan untuk teman aku, aku nekad, aku harus pergi solo.

November 2014

Aku mendapat jawapan email, seorang pelatih perubatan dari Germany yang sedang berada di Nepal menghubungi aku, menyatakan beliau berminat untuk turut serta.

Beliau terus menyediakan permit untuk aku di sana. Visa aku siapkan. Katanya, tak perlu bawa barang, bawa diri sahaja.

30/11/2014

Hari dinanti. Here I am. LCCT. Penerbangan ke Nepal. Aku seorang perempuan. Dalam perut pesawat penuh dengan lelaki Nepal yang balik ke kampung halaman. Ahhh, mati aku. Moga Tuhan lindungi aku.

Aku mohon dengan pramugari untuk mendapat tempat depan. Alhamdulillah dapat. Rasanya memang dia pun terpinga-pinga melihat aku hanya keseorangan dalam pesawat ini. Dan ianya membawa ke Nepal.

Baca: Senarai ‘DIY Packing List’ Ke Annapurna Base Camp (ABC) Di Nepal Tanpa Guide Dan Porter

mendaki-abc-4

Aku ke ABC tanpa guide, tanpa porter. Bag aku galas sendiri. Aku nekad. Bukan untuk menunjuk berani, tapi sekadar mahu bawa hati dan keluar dari zon selesa buat seketika.

7/12/2014

Hari yang dinanti telah tiba. Perjalanan aku ke Annapurna Base Camp. Kami merancang untuk tidur di sini. Teman aku melangkah laju, meninggalkan aku.

Aku hanya berjalan mengikut kelajuan sendiri. Bermula dari Deurali, tiba di MBC, kami minum teh untuk menyegarkan diri sebelum memulakan perjalanan ke ABC.

Teman aku, Jan, melangkah jauh meninggalkan aku. Dengan figura badan yang kurus bagaikan atlit Kenya, dia melangkah laju.

Aku? Terus mengikut kelajuan sendiri. Tiba-tiba, dadaku sesak, susah untuk bernafas, ahhh, ini yang aku gusar, AMS. Aku terduduk, menangis, tak pernah aku rasa begini.

Aku bertanya kepada diri, Inah apa yang kau cuba buktikan? Apa yang kau buat ni? Elok-elok di Malaysia, cari pasal di Nepal. Aku berdoa, jika aku mati, maafkan aku Tuhan.

Aku terduduk dan mengesat air mata. “Are you ok? “Ada sapaan lembut di bahuku. Dua orang pendaki muncul, kelihatan wajah mereka gusar melihatku.

“You look pale. Here, drink some of this”. Aku minum terus tanpa bertanyakan apakah yang diberikan.

Salah seorang dari pendaki tersebut mengenalkan diri, “I’m Ben, you’re drinking Chinese herbal tea. Good for you. Don’t worry, its non-alcoholic”. Aku tersenyum kelat.

Ben membantu aku bangun dan berkata, “don’t worry, lets walk together. I’ll help to carry your bag”. Persis seorang Sherpa, Ben membantu membawa beg Deuter 55 liter aku dan temannya, Jessica membantu aku berjalan bersama dan memegang tanganku.

Tapak demi tapak. Langkah demi langkah. Papan tanda ABC semakin hampir. Kelihatan dari jauh, Jan datang berlari mendekati aku.

Dan dengan kudrat yang ada, aku berjaya sampai ke sini. Ke ABC. Ke satu tempat asing. Tanpa mengenali sesiapa dari bumi Malaysia. Hanya aku, lelaki Jerman, pasangan dari Alaska dan teman seperjuangan dari negara lain.

mendaki-abc-1
Lokasi : Annapurna Base Camp, Nepal

Gambar ini diambil secara candid oleh teman saya dari Alaska. Sedang menangis ni sebenarnya. Haha. Punya lama berdiri sampai tak sedar teman ambil gambar. Terima kasih teman di Hacaw. Setiap kita ada kisah. Setiap kita ada cerita.

Malam itu aku keluar dari tempat penginapan. Kesejukan. Pandanganku kosong. Hanya linangan air mata.

I just wished, I could do this again with someone that I love and share the life with. What is life if it is not an adventure?

Untuk kalian yang masih mencari kekuatan, mohon teruskan. Be bold, take risk, be brave. Dari Malaysia ke Nepal, kembara diri mencari damai.

Baca lagi: Impian Hiking Di Annapurna Base Camp (ABC) Dorong Saya Hilangkan 40kg Dalam 4 Bulan