Susulan kes Uncle David ditipu pembeli mainan Pokemon, disebaliknya tersembunyi satu kisah yang sangat terinspirasi buat seluruh rakyat Malaysia. Ini membuktikan ramai rakyat Malaysia mempunyai hati yang murni, bersatu padu dan suka tolong-menolong di antara satu sama lain.

Baca: Jatuh Ditimpa Tangga, Penghidap Kanser Ditipu Pembeli Mainan Pokemon

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

uncle-david-damansara

Kisah Uncle David menjadi mangsa ditipu pembeli mainan pokemon ini berjaya menimbulkan rasa prihatin kepada rakyat Malaysia, lebih-lebih lagi selepas perkara ini mendapat perhatian warga internet.

Berkongsi sesuatu yang bermanfaat, terkini Uncle David berjaya menghabiskan semua stok patung Pokemon ‘hasil tertipu’ dalam masa yang singkat. Maklumat ini dikongsikan oleh saudari Latifah Abdul Rahman melalui kemaskini di status facebook beliau.

Hasilnya, ramai orang datang berpusu-pusu untuk mendapatkan patung Pokemon. Ini buktinya rakyat Malaysia bersatu padu dan suka bantu-membantu tidak kira bangsa mahupun agama. Syabas Malaysia!

Sokongan anda semua bukan sahaja berjaya meringgankan beban Uncle David, malah boleh diumpamakan bagai ‘durian runtuh’ apabila Uncle David terpaksa menambah stok baru sebanyak 500 pcs selepas patung yang sebelum ini habis terjual.

Terima Kasih buat seluruh rakyat Malaysia dalam usaha murni membantu Uncle David. Ini membuktikan kuasa internet juga mampu menyumbangkan sesuatu yang bermanfaat kepada orang lain.