Sebelum ini, Datuk Bandar Kuala Lumpur telah menawarkan bilik serendah RM100 untuk golongan bujang berpendapatan rendah yang menetap di ibu kota. Anda boleh mula membuat permohonan mulai bulan Ogos ini.

Malah, menurut Datuk Bandar Kuala Lumpur, pihak DBKL hanya akan menerima sebanyak 188 penyewa pada fasa pertama dan 135 penyewa pada fasa kedua. Adalah diingatkan, anda layak untuk mendaftar jika anda rakyat Malaysia, berumur dari 18 hingga 35 tahun, bekerja di Kuala Lumpur, berpendapatan bawah dari RM2,000 dan tidak memiliki rumah atau kereta.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Bagi anda yang ingin memohon, anda boleh menghantar permohonan anda secara atas talian. Pastinya usaha ini akan meringankan beban anak muda yang baru ingin menempah kehidupan.

Baca lagiDatuk Bandar Kuala Lumpur Umum Bilik Sewa Bujang RM100 Bermula Tahun Ini

Sumber