Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Pada minggu lalu sekumpulan penyelidik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) agar kereta di Malaysia mempunyai had usia tidak lebih 10 tahun bagi menyelesaikan masalah kesesakan jalan raya. Ini lanjutan daripada dakwaan jumlah kenderaan dalam negara melebihi populasi penduduk dalam Malaysia.

Cadangan tersebut telah mendapat perhatian banyak pihak, antaranya Presiden Persatuan Pengguna Jalanraya Kebangsaan, Mohammad Hisham Shafie, beliau berpendapat bahawa cadangan tersebut yang telah pun dikemukakan sejak 15 tahun lalu membebankan pengguna dan berat sebelah.

HYPE
Mudah Dan Memuaskan, REV Ad Manager Buka Peluang Bantu Promosi Perniagaan Tempatan
Baca lagi →

Perkara ini turut mendapat perhatian Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, berkata dasar tersebut masih belum sesuai dilaksanakan di negara ini. Jika mahu dilaksanakan juga, ia memerlukan kajian terperinci di samping kesediaan dan kemampuan rakyat negara ini, petik Berita Harian.

Sumber Gambar: Malaysia Trend

“Kerajaan sentiasa dengar pandangan dan idea pakar, namun dasar supaya melupuskan kenderaan yang melepasi had usia lebih 10 tahun masih tidak sesuai dilaksanakan di negara kita.