Pada dua minggu lalu satu Malaysia digemparkan dengan kemalangan ngeri melibatkan kematian selepas beberapa penunggang motosikal berlumba haram merempuh kenderaan pengguna jalan raya lain.

Dalam satu laporan Astro Awani, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sedang mempertimbangkan untuk mengenakan hukuman yang lebih berat terhadap pelumba motosikal haram atau ‘mat rempit’ susulan kedegilan golongan itu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Kita telah mendapat arahan daripada pihak Kementerian Pengangkutan untuk meneliti semula dan memperketatkan semula tindakan-tindakan ke atas penunggang yang melakukan kesalahan membahayakan keselamatan orang awam di jalan raya.

“Kalau cerita pasal ‘mat rempit’ memang sekarang ini isu yang sangat hangat, jadi JPJ sedang meneliti dan kita akan ambil tindakan dan kita akan maklumkan dalam masa terdekat,” katanya selepas hadir meninjau Ops Lejang Fasa 1.

Sumber Gambar: Facebook Bicara Peluru Betunang Naga Tasik Chini

Menurut Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) JPJ Aedy Fadly Ramli perkara tersebut akan diputuskan dalam masa terdekat. Hukuman baharu yang lebih berat itu untuk memastikan kumpulan ‘mat rempit’ ini tidak sewenang-wenangnya melakukan kesalahan undang-undang ketika di atas jalan raya.

“Kita juga meminta kepada orang ramai untuk maklumkan kepada kita melalui saluran aduan trafik. Kita tahu ada ‘kawasan-kawasan panas’ tertentu dan memang kita tengah pantau. JPJ dan PDRM sedang memerhatikan mereka dan kita akan ambil tindakan,” katanya lagi.

Buat masa ini kesalahan-kesalahan utama yang masih dikesan dalam kalangan penunggang motosikal termasuklah tiada lesen memandu dan juga cukai jalan tamat tempoh. Pihak JPJ langsung tidak berkompromi dengan kesalahan tersebut malah akan memastikan denda maksimum akan dikenakan terhadap pelakunya.

Sumber Gambar: Facebook Bicara Peluru Betunang Naga Tasik Chini

Dalam pada itu, amaran juga turut diberikan kepada semua penunggang motosikal berkuasa tinggi supaya tidak menggunakan laluan lebuh raya Karak sebagai litar lumba hari minggu. JPJ mahu laluan tersebut selamat digunakan oleh pengguna jalan raya lain daripada sebarang masalah yang mungkin ditimbulkan oleh kumpulan berkenaan.

Selain itu sejak 2018 hingga Jun 2022, sebanyak 3.7 juta motosikal telah diperiksa di mana 1.3 juta motosikal telah diambil tindakan.

Antara kesalahan tertinggi yang direkodkan adalah tiada Lesen Memandu (471,665 kesalahan), LKM tamat tempoh (313,174 kesalahan) dan tiada perlindungan insuran (299,772 kesalahan), lapor Astro Awani.

* Ikuti VOCKET CAR CLUB melalui Facebook dan Instagram untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.

Di Indonesia, pihak polis tempatan menyuraikan pelumba haram dengan melepaskan tembakan. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

Masih Degil Lumba Haram, Polis Indonesia Nekad Lepaskan Tembakan Ke Arah ‘Mat Rempit’

Netizen Puas Hati Lihat Geng Mat Rempit Kena ‘Game’ Dengan Skuad 42

Cuak Nampak Kereta Peronda Polis, Mat Rempit Jatuh Motosikal Secara ‘Berjemaah’

Sumber