Bahaya guna beg plastik! Sebelum ini pun pernah dengar, tapi macam biasa tak berapa nak peduli sebab belum nampak kesan buruk akibat pengunaan beg plastik. Menurut kajian yang dibuat oleh Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara, rakyat Malaysia menghasilkan lebih dari 19,000 tan sisa pepejal setiap tahun dan 24% daripadanya adalah plastik.

Jadi apa yang bahayanya? Sampah saja kot.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Sebagai seorang typical Malaysian, saya pun dulu fikir begitu. Tapi sekarang sudah insaf, serius. Hahahaha. Saya yakin ramai lagi rakyat Malaysia masih memandang remeh soal penggunaan beg plastik. Sudah menjadi kebiasaan majoriti masyarakat kita tetap mahukan beg plastik walaupun hanya membeli satu barang sahaja. Betul bukan?

Tahukan anda, plastik mengambil masa selama 100-500 tahun untuk lupus secara semulajadi. Secara langsung, plastik sebenarnya merupakan ancaman kepada alam sekitar.

Oleh itu, pihak yang sedar mula berusaha mencari solusi dengan melancarkan kempen seperti Hari Tanpa Beg Plastik (HTBP), tapi sayangnya masih lagi kurang mendapat sambutan.

Kebetulan semalam saya membeli barang keperluan rumah di sebuah pasaraya di Kuantan. Saya tertarik dengan usaha SASET (Sultan Ahmad Shah Environment Trust) dalam misi menyedarkan masyarakat tentang bahayanya penggunaan beg plastik melalui kempen ‘no plastic’ sekitar kuantan baharu-baharu ini.

Menurut apa yang dimaklumkan kepada saya, objektif dan tujan kempen ini dijalankan untuk melihat sejauh mana tahap kesedaran orang ramai mengenai kesan daripada penggunaan beg plastik.

Apa yang mereka lakukan adalah mengambil semula beg plastik dan mengganti kepada eco bag. Keseluruhan daripada 80 responden, hanya 10% sahaja yang tidak menggunakan beg plastik manakala 84% lagi bersedia mengembalikan semula beg plastik yang digunakan dan cuma 6% sahaja daripada pengguna yang tidak mahu mengembalikan semula beg plastik mereka.

Masih samar-samar lagi terhadap kesan buruk akibat penggunaan beg plastik? Jom baca fakta ringkas di bawah:

1. 24% daripada 19,000 tan sisa pepejal di Malaysia adalah plastik

2.  Beg plasik diperbuat daripada polietilena iaitu produk hasil daripada petroleum.

3. Lebih kurang 60 – 100 juta tong petroleum digunakan setiap tahun untuk menghasilkan beg plastik di seluruh dunia.

4. Sebanyak 500 juta ke 5 trilion beg plastik dihasilkan dan digunakan setiap tahun di seluruh dunia.

5. Dan hanya 1% daripada itu sahaja yang dikitar semula.

6. Beg plastik mengambil masa selama 100 atau 500 tahun untuk dilupus secara semulajadi. Bahan toksik yang larut dan meresap ke dalam tanah boleh menjejaskan rantai makanan kita.

7. Setiap tahun, lebih daripada 100,000 penyu dan haiwan laut mati akibat beg plastik.

8. Setiap tahun, lebih daripada 500 bilion beg plastik digunakan di seluruh dunia. Lebih daripada 1 juta digunakan setiap minit.

9. Plastik yang dibuang setiap tahun cukup untuk mengelilingi dunia sebanyak 4 kali.

10. Beg plastik juga digunakan oleh penghisap gam yang mana perbuatan ini menyumbang kepada kecacatan otak dan dilihat tidak bermoral.

Dalam penyokong usaha ini, kami di Vocket mencadangkan kepada anda supaya bawa sendiri beg jika mahu pergi shopping. Antara beg yang boleh anda guna adalah jenis Grocery shopping bag.

Di bawah ini adalah contoh grocery shopping bag yang praktikal dan mudah dibawa.

Tak mahal pun, sekitar RM30 sahaja. Boleh dapatkan di sini. Kalau jenis yang suka bawa troli boleh dapatkan shopping bag seperti dalam video di bawah. Mudah digunakan dan selamat.

Boleh dapatkan di sini.

Kata guru saya, “ramai orang sembang sayang Malaysia, tapi buang sampah merata-rata”.

Baca juga: Masih Ramai Lagi Rakyat Malaysia Miliki Pemikiran Kelas Ketiga