Di Amerika Syarikat, peminat Rick & Morty menjadi ‘gila’ kerana kekurangan stok sos Szechuan sehingga ada yang merusuh tidak berpuas hati tidak dapat merasa sos yang menjadi sebutan dalam siri kartun berkenaan. Paling menarik, ada yang dapat membuat pertukaran barter sos Szechuan ini dengan sebuah kereta!

BACA: McDonald’s USA Huru Hara Hanya Kerana Sos Ini

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Di Malaysia pula, tak ada insiden ini kerana sos Szechuan hanyalah promosi untuk pasaran Amerika Syarikat. Tetapi ianya hampir terjadi di Malaysia untuk set Happy Meal. Happy Meal mungkin set gembira untuk anak-anak namun, untuk set permainan terbaru dari McDonald’s ini, boleh kata setiap cawangan mainannya pasti akan sold out.

Awal bulan ini McDonald’s Malaysia melancarkan set mainan model kereta Tomica dan Hello Kitty. Setiap minggu sepanjang October ini, McDonald’s akan keluarkan model terbaru dan anda boleh mengumpulnya dengan membeli set Happy Meal.

Apa yang sepatutnya menjadi barangan mainan buat anak-anak kini menjadi lubuk untuk yang buat wang tambahan pula. Ada yang membeli sehingga 20 set Happy Meal semata-mata untuk menjual kembali permainan ini terutamanya kereta mainan Tomica. Permainan yang diberi percuma dijual kembali sehingga RM50 untuk seunit.

Namun untuk minggu ketiga, pihak McDonald’s sudah membuat quota pembelian untuk setiap Happy Meal supaya lebih ramai yang berpeluang untuk memiliki set permainan Tomica dan Hello Kitty ini. Di Pulau Pinang, ada yang sanggup beratur sejak tengah malam lagi untuk membeli set mainan minggu ketiga.

Ada di antara anda yang sempat kumpul set permainan ini dari minggu pertama sehingga yang paling baru? Pada pandangan anda, berbaloi atau tidak jika perlu membeli pada harga tinggi untuk model yang anda terlepas? Bagi kami, janganlah jual pada harga yang melampau. Kesian pada yang benar-benar mahu mengumpul setiap model ini.