Ketika ini, seluruh Indonesia dilanda kesedihan setelah menerima berita tenggelamnya kapal KRI Nanggala-402 yang hilang dari radar sejak 21 April lalu. Bagaimanapun, ada pihak yang mendakwa bahawa kejadian malang itu telah diramalkan benar-benar akan berlaku.

Baru-baru ini, seorang pengguna Instagram yang dikenali sebagai Madhiro Eiji menjadi perbualan hangat oleh netizen Indonesia setelah dia memuat naik satu gambar contengan sebuah kapal di Instagramnya yang dikatakan ada kaitan dengan ramalan insiden tenggelamnya kapal selam KRI Nanggala-402 di Laut Bali.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Berdasarkan laporan, gambar tersebut telah dimuat naik oleh Madhiro Eiji pada 18 April yang lalu iaitu tiga hari sebelum Kapal Selam KRI Nanggala-402 dilaporkan hilang dari radar di perairan Bali, pada pagi Rabu, 21 April 2021.

Dapat dilihat bahawa gambar tersebut hanyalah lakaran sebuah kapal biasa yang ‘lutsinar’ (mungkin bermaksud kapal yang sukar dikesan di lautan) yang berlayar di laut dan mempunyai warna latar belakang yang gelap-gelita (mungkin dimaksudkan tenggelam di laut dalam).

Namun begitu, kapsyen bagi hantaran gambar tersebut yang ditulis “puzzle 1, case E, kapal” telah menjadi perbualan dan dibanjiri dengan komen daripada netizen. Kapsyen tersebut telah menggambarkan seolah-olah Madhiro ‘mengetahui’ bahawa ada insiden malang yang melibatkan sebuah kapal.

Meskipun yang digambarkan bukanlah kapal selam, namun hantaran itu telah membuat Mita Sofia, salah seorang pengguna Instagram yang berasa bimbang akan keselamatan suaminya yang akan bertugas menaiki kapal selam pada keesokan harinya.

Capture

“Ya, Allah, saya risau sebab suami esok akan berlayar naik kapal selam,” tulis Mita dalam ruangan komen bagi hantaran tersebut.

Ternyata ramalan Madhiro itu benar-benar berlaku selepas Mita Sofia mendapat khabar bahawa suaminya, Eki Setiawan merupakan salah seorang kelasi yang bertugas dalam kapal KRI Nanggala-402.

Berikutan itu rata-rata netizen telah melontarkan komen dan memberikan kata-kata semangat kepada Mita atas kehilangan suaminya yang baru sahaja mendirikan rumah tangga pada 8 November lalu. Al-fatihah dibaca dan salam takziah kami ucapkan kepada Mita.

https://www.instagram.com/p/CHMn0c5F3ZE/?utm_source=ig_web_copy_link

https://www.instagram.com/p/CKVLdptrpy6/?utm_source=ig_web_copy_link

Untuk rekod, Madhiro sebelum ini pernah tular kerana telah meramalkan tentang jatuhnya pesawat Sriwijaya Air SJ 182 yang terhempas di Kepulauan Seribu pada 9 Januari lalu. Dalam pada itu, dia juga pernah meramalkan tentang Gunung Merapi yang meletus dan bencana banjir di Manado.

Namun setakat ini, Madhiro hanya berdiam diri dan tidak menjelaskan sama ada ramalan yang digambarkan adalah satu kebetulan atau anugerah kurniaan Tuhan yang membuatkan dia ‘sudah tahu’ mengenai sesuatu kejadian sebelum ia sampai kepada pengetahuan umum.

Isteri Komander Nanggala 402 tabahkan hati setelah menerima khabar duka mengenai suaminya dan kru kapal Nanggala 402. 

‘Saya Perlu Kuat Kerana Saya Isteri Komander’ – Cerita Isteri Mangsa Tenggelamnya Nanggala 402

Kepingan Kapal Ditemui, KRI-Nanggala 402 Disahkan Tenggelam Pada Kedalaman 850 Meter

Hilang Lebih 72 Jam Di Lautan, Bekalan Oksigen KRI Nanggala-402 Dilaporkan Habis Hari Ini

 

 

Sumber