Sebelum ini The Vocket pernah kongsikan rekaan konsep Proton Satria Neo yang telah direka bentuk semula dengan rekaan yang lebih segar dan moden setanding dengan jenama-jenama antarabangsa yang lain.

Setelah berjaya meraih lebih 50,000 tontonan di YouTube, pereka bentuk kereta konsep tempatan, Theophilus Chin telah berkongsi sekali lagi rekaan konsep Proton Satria Neo baharu tetapi kali ini hadir dengan lima pintu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Sumber Gambar: Paultan.org

Pada rekaan konsep pada kali ini Theo bukan sahaja mengubah suai rekaan luaran model hatchback ini, bahkan beliau juga telah berkongsi rekaan konsep ruangan kabin berdasarkan model Lynk & Co 02.

Menurut laman web Paultan.org, model ini boleh dikuasakan dengan enjin 1.5 liter tiga silinder turbo dan juga kotak gear klac berkembar automatik DCT tujuh-kelajuan yang ada sama pada model Proton X50 tanpa sebarang masalah.

Tidak mustahil juga Proton akan memperkenal model Satria Neo ini dengan enjin jenis lain kerana pengeluar kereta tempatan tersebut ada memberitahu bahawa beberapa enjin baharu bakal digunakan pada model-model akan datang seperti enjin T-GDI dan GEP3.

Ternyata orang ramai sangat berharap agar pihak Proton mengambil perhatian untuk mengembalikan semula Proton Satria Neo dengan menggunakan rekaan konsep model-model ini.

Pelancaran model Proton yang seterusnya masih lagi menjadi teka-teki, semoga kita semua dapat melihat model hatchback ini dapat direalisasikan pada masa kelak.

Jika anda masih belum lihat rekaan konsep Proton Satria Neo 2-pintu baharu, bolehlah baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

Hanya Sekadar Konsep, Netizen Terpegun Dengan Rekaan ‘Satria Neo’ Ini

Mungkin Ini ‘Proton S50’ Yang Akan Dilancarkan Sekitar Tahun Ini?

Mantan Pereka Proton Kongsikan Rekaan ‘Saga Knight Concept’ Sempena Hari Kemerdekaan Ke-64