Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Samsung Galaxy Note bakal diumumkan dalam beberapa hari sahaja lagi. Nampaknya sudah tiba masanya beberapa rumour rekabentuk Galaxy Note 7 terbaru tertiris daripada @evleaks. Buat anda yang tertanya-tanya mengapa model terbaru Galaxy Note terbaru adalah Galaxy Note 7 dan bukanlah Galaxy Note 6, anda boleh klik ke link ini.

Untuk pengetahuan anda @evleaks merupakan individu yang seringkali hadir dengan gambar tertiris telefon pintar terlaju dan boleh dikatakan agak tepat jangkaannya.

Samsung-Galaxy-Note-7-tiris

Perkara yang paling ketara yang dapat kami lihat menerusi ‘leak’ ini adalah model terbaru ini bakal hadir dengan skrin dwi-lengkung. Suatu cubaan yang agak berani daripada Samsung. Variasi warna yang dikeluarkan juga agak ‘fresh’ berbanding warna gold dan putih seperti sebelum-sebelum ini.

Cip pemprosesan Snapdragon 823 dan RAM 6 GB adalah dijangka berdasarkan trend terkini. Sama-sama nantikan ‘The next big thing’ daripada Samsung yang bakal diumumkan pada 2 Ogos 2016.

Anda Mungkin Suka