Bisnes yang semakin meningkat naik di seluruh dunia dan mula mendapat tempiasnya di Malaysia; bisnes menjual kembali kasut aka reselling. Resellers (terma yang digunakan untuk penjual kasut bisnes ini) tumbuh bak cendawan untuk setiap keluaran kasut terkenal antaranya kasut Nike Air Jordan, Adidas NMD dan Adidas Yeezy.

Walking
HYPE
‘Pembunuh’ Yang Datang Tanpa Diundang, Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Kanser
Baca lagi →

Bagaimana business model untuk perniagaan ini? Bisnes ini mudah; anda beli sesuatu kasut itu pada harga retail dan kemudiannya jual kembali kasut-kasut ini mengikut harga pasaran/permintaan. Selalunya mereka akan ikut harga yang ditetapkan resellers di laman Ebay.

Bukan semua kasut boleh dijual kembali. Hanya model-model yang hot dan limited edition sahaja yang mempunyai harga untuk dijual kembali dengan harga lebih tinggi. Biasanya kasut-kasut ini hanya boleh dibeli sepasang seorang dan ada keluaran kasut yang anda perlu memenangi undian atau ballot untuk peluang membeli kasut berkenaan.

Baru-baru ini, Adidas melancarkan kasut edisi terhad Yeezy Boost 750 Gum/Light Grey dan hanya beberapa pasang sahaja yang masuk ke pasaran Malaysia. Harga pasarannya adalah RM1,450 dan kasut ini dijual kembali pada harga RM5,000- RM8,000 bergantung kepada saiz dan penjual.

Adidas Yeezy Boost 750 'Gum/Light Grey'

Adidas Yeezy Boost 750 ‘Gum/Light Grey’

Tidak bagi remaja ini, Allen Kuo yang berjaya membeli 100 pasang kasut Yeezy Boost 750 ini! Beliau baru berusia 20 tahun dan sudah mempunyai dana untuk membeli 100 kasut ini dengan bantuan beberapa business partners beliau. Allen sendiri mengaku beliau bukanlah seorang peminat kasut, jadi kasut-kasut yang beliau beli ini adalah untuk dijual semula. Beliau lebih selesa memakai baju biasa dipadankan dengan kasut running standard.

Bayangkan menjual kasut ini dengan keuntungan 3 kali ganda. Berapa jumlah keuntungan yang Allen terima nanti? It’s all about business bak kata Allen. Tapi dengan adanya golongan sebegini, tak ramai yang dapat beli kasut idaman mereka dengan harga retail tanpa perlu membayar lebih pada resellers.

Anda boleh tengok temu bual Allen ini di video di bawah. Geram juga tengok kasut-kasut Yeezy di dinding tu.

Baca : Yakin Ori, Gadis Ini Sebenarnya Beli Kasut ‘Fake’ Yeezy Pada Harga RM12,000

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group