Ketupat sotong merupakan antara menu paling dicari-cari ketika menjelangnya Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha. Tidak lama lagi, umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidiladha dan pasti anda sudah mula merancang ingin masak apa bersempena perayaan tersebut.

Akan tetapi, tidak semua orang pernah makan ketupat sotong, malah pasti menu ketika hari perayaan hanyalah tertumpu pada ketupat, nasi impit dan lemang. Apa kata kali ini tunjukkan sedikit kelainan dengan masak ketupat sotong. Baca resipi ketupat sotong ini dibawah:

Sambung Belajar
HYPE
Kisah 5 Pelajar Berazam Ubah Nasib Keluarga Walaupun Berdepan Masalah Kewangan
Baca lagi →

Bahan-bahan yang diperlukan:

5

1. Sotong
2. Beras pulut
3. Santan
4. Garam
5. Daun pandan
6. Gula melaka
7. Pencukil gigi

Langkah-langkah membuat ketupat sotong:

1- Rendam beras pulut dengan santan dan sedikit garam selama 1 jam.
2- Isikan beras pulut yang telah direndam tadi ke dalam sotong dan adalah tidak digalakkan isi penuh, hanya isi separuh sotong.

1

2

3- Kemudian, gunakan pencukil gigi buat bentuk ‘x’ pada sotong untuk mengelak daripada pulut keluar.
4- Setelah itu, susun sotong diatas daun pandan dan gula melaka.

3

4
5- Lalu, masukkan santan.
6- Masak dengan api sederhana dan tungu sehingga kuah menjadi pekat dan siap.

Perkongsian resipi ketupat sotong ini dikongsi oleh pengguna Facebook Wulan dan semoga perkongsian ini dapat dimanfaatkan oleh anda nanti. Selamat mencuba!

Baca lagi: Ini ‘Rahsia’ Masak Sotong Agar Tidak Liat Anda Patut Cuba

Anda Mungkin Suka