Nom nom!

Siapa yang dapat resist makanan sedap?

VS Cover New
HYPE
Victoria’s Secret Buat Jualan ‘Gila’ Sempena Black Friday
Baca lagi →

Dan siapa yang dapat menolak resepi nasi ayam istimewa.

Nasi ayam diinspirasi oleh Nasi Ayam Kak Laily Subang. Manakala perapan ayamnya pula diadaptasi daripada resepi perapan steak Me'nate oleh Tuan Mustaffa Haji Othman, bekas masterchef yang pernah berkhidmat di Istana Buckhingham.

Dua resepi istimewa ini telah digabungkan oleh Puan Rafiza Idayu, dan dikongsi di laman FB beliau. Hasilnya 14,000 orang berminat share resepi beliau dalam masa beberapa jam sahaja.

Terima kasih kepada Puan Rafiza kerana sudi berkongsi penulisan ini di The Vocket.

nasi-ayam
Resepi nasi ayam istimewa oleh Puan Rafiza Idayu.

Ikuti penulisan beliau di bawah:

Resipi Nasi Ayam Umi

nasi-ayam
Resepi nasi ayam istimewa oleh Puan Rafiza Idayu.
  1. Tip penting bagaimana hendak membuat ayam kita juicy.

    nasi-ayam
    Resepi nasi ayam istimewa oleh Puan Rafiza Idayu.
    *   Masak air hingga mendidih.
    
    • Dah menggelegak baru masukkan ayam. Ayam pilih 2 kg ke atas. Terpulang nak potong 12 ke, nak potong 4 ke atau ayam seekor direbus.
    • Tutup periuk (wajib) dan masak hingga 5 ke 6 minit. (Kalau ayam seekor mungkin perlu tambah 3 ke 4 minit).
    • Api mesti besar.

Air rebusan ini akan digunakan untuk buat sup ayam dan masak nasi.

Tujuan kita gunakan air mendidih sebab kita nak perangkap jus ayam kekal di dalam daging ayam tersebut. Pastikan air yang banyak hingga tenggelam ayam.
  1. Rendam beras dengan kunyit dalam 15 minit dan toskan.

    nasi-ayam
    Resepi nasi ayam istimewa oleh Puan Rafiza Idayu.

    Memadai 1 kecil sudu serbuk kunyit sahaja. Kita hanya mahu nasi ayam kita kuning kuning krim sahaja. Warna pastel menampak hidangan kita kelihatan 'mewah'.

  2. Tip penting.

    Ini kita dalam proses nak keluarkan lemak ayam. Lemak ayam inilah sebenarnya 'the ultimate secret' dalam pembuatan nasi ayam.

    nasi-ayam
    Resepi nasi ayam istimewa oleh Puan Rafiza Idayu.

    Lemak paling banyak di bahagian b_nt_t ayam.

    Jangan buang, ambil lemak tersebut untuk kita gunakan dalam proses seterusnya.

  3. Bahan utama untuk menghasilkan NASI AYAM.

    nasi-ayam
    Resepi nasi ayam istimewa oleh Puan Rafiza Idayu.
    *   Beras 3 pot (untuk 6-7 orang)
    
    • 2 ulas bawang putih
    • 1 inci halia
    • Kiub pati ayam (optional)
    • Bay leaf (atau daun pandan) – untuk wangi
    • Lemak ayam
    • Air rebusan ayam
    • Serbuk kunyit

Rendam beras selama 15-30 minit.

  1. The ultimate secret nasi ayam ==> Lemak ayam

    nasi-ayam
    Resepi nasi ayam istimewa oleh Puan Rafiza Idayu.
  2. Panaskan lemak ayam dalam periuk nasi. Tutup.

    nasi-ayam
    Resepi nasi ayam istimewa oleh Puan Rafiza Idayu.
  3. Yeah… lemak sudah bertukar menjadi minyak.

    nasi-ayam
    Resepi nasi ayam istimewa oleh Puan Rafiza Idayu.
  4. Buang lemak yang tertinggal dan masukkan bawang putih dan halia yang telah ditumbuk halus.

    nasi-ayam
    Resepi nasi ayam istimewa oleh Puan Rafiza Idayu.
  5. Masukkan bay leaf (daun salam) dan kiub pati ayam.

    nasi-ayam
    Resepi nasi ayam istimewa oleh Puan Rafiza Idayu.

    Boleh gantikan dengan daun pandan jika tiada daun salam.

  6. Masukkan beras. Pastikan kita ingat sukatan beras banyak mana sebab nanti air yang akan dimasukkan juga sama sukatannya dengan sukatan beras tadi.

    nasi-ayam
    Resepi nasi ayam istimewa oleh Puan Rafiza Idayu.
  7. Masukkan beras dan masak sebentar.

    nasi-ayam
    Resepi nasi ayam istimewa oleh Puan Rafiza Idayu.
  8. Masukkan air rebusan ayam sama sukatan dengan beras.

    Air ngam ngam hoi sebab beras dah kembang masa kita rendam.

    nasi-ayam
    Resepi nasi ayam istimewa oleh Puan Rafiza Idayu.
  9. Pindahkan ke periuk nasi.

    nasi-ayam
    Resepi nasi ayam istimewa oleh Puan Rafiza Idayu.
  10. Alhamdulillah.

    nasi-ayam
    Resepi nasi ayam istimewa oleh Puan Rafiza Idayu.

    Cantikkan kejadian nasi ayam kita.

    Bolehlah mencubanya.

Untuk resipi perapan ayam yang diadaptasi daripada resepi perapan steak Me'nate, ikuti sambungannya esok. Tunggu dan saksikan magik yang akan dihasilkan esok! Nom nom nom.

KEMASKINI 6 Jan 2016: Sambungan resepi perapan ayam dan sos boleh didapati di sini.

Baca: Selepas Melihat 6 Resepi Maggi Sedap Ini Anda Pasti Akan Ke Dapur. #4 Paling Dicari

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

Anda Mungkin Suka