[Kemaskini]
Nota:
Berita tentang pemalsuan interview yang melibatkan Aamir Khan dan soalan tersebut hanya diketahui sehari selepas artikel ini dikeluarkan. Harap maklum.

Baca: 5 Soalan Kontroversi Kaitan Filem PK Dan Agama Dijawab Oleh Aamir Khan Disini

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Filem terbaru Aamir Khan iaitu PK merupakan sebuah Indian satirical comedy-drama yang menyentuh tentang isu sensitif agama. Walaubagaimana pun, filem ini ada sesuatu sehingga PK mendapat title highest-grossing Bollywood films worldwide buat masa ini.

Poster filem PK yang pertama diedarkan kepada umum telah membangkitkan rasa ingin tahu bakal penonton dengan persoalan mengapa Aamir Khan tanpa seurat benang dan alat sulitnya ditutup dengan radio lama transistor yang tergantung dari lehernya itu. Malah Aamir Khan turut menjegilkan dan membesarkan matanya. Itulah yang buat saya ingin menontonnya kerana merasakan watak yang bakal dibawakan oleh Aamir Khan di dalam PK ini adalah berbeza dari filem-filem sebelumnya.

“When you (audience) will watch the film then only you will be able to understand the idea behind (the poster). But I would just like to say that the kind of filmmaker, the kind of writer Rajkumar is, he always tries to present the things, his thinking, in a unique way and that’s why I am his huge fan.” – Aamir Khan

Apatah lagi, filem PK ini diarahkan oleh Rajkumar Hirani selepas 5 tahun filem box office 3 Idiots ditayangkan. Pastinya gabungan mereka berdua ini membuatkan kita mempunyai jangkaan yang tinggi pada penghasilan filem PK ini dengan mengharapkan sesuatu yang berbeza, mesej filem yang mencetuskan kita berfikir dan ajaib hingga kita tidak bosan menontonnya berulang kali seperti 3 Idiots. Turut berlakon di dalam filem ini ialah Anushka Sharma, Sanjay Dutt dan Sushant Singh Rajput.

“P.K. is about God and godmen.” – Rajkumar Hirani

Secara umumnya, filem PK ini berbentuk komedi yang menyentuh isu sosial yang sensitif iaitu agama dan Tuhan. PK itu sendiri membawa maksud mabuk dalam masyarakat India. Maka, intipati filem PK ini boleh dikaitkan dengan penganut agama yang mabuk dengan agamanya iaitu mengikut membuta tuli dan ada pihak yang mengambil kesempatan untuk membuat duit darinya. Hah! Kontroversi ke tidak?

Sebagaimana seperti Mr. Bean diturunkan ke bumi, begitulah juga pembukaan filem PK di mana watak PK yang dilakonkan oleh Aamir Khan telah diturunkan dari kapal angkasa ke bumi di tanah lapang Rajasthan dalam keadaan berbogel. PK juga tidak boleh bercakap tetapi mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi seperti seorang budak kecil yang baru nak membesar. Misi PK ialah mengkaji kehidupan di bumi terutama manusia yang memiliki fizikal yang sama seperti PK. Tetapi misinya terbantut apabila rantai lehernya yang berfungsi sebagai alat komunikasi dengan kapal angkasa lepasnya telah diragut oleh seseorang. Sejak itu PK berusaha mencari rantai leher yang dipanggil “remote control” itu sampai jumpa kerana dia mahu pulang.

Pelbagai kejadian telah berlaku ke atas PK terutama ketika dia bertanyakan kepada orang ramai bagaimana mahu mencari “remote control” itu. Selepas orang mendengar kisahnya, semua orang menjawab hanya Tuhan sahaja dapat membantu PK. Maka, PK berusaha mencari Tuhan sehingga orang ingatkan dia mabuk kerana bertanyakan soalan-soalan yang mengarut bagi mereka. Dalam pencariannya itu juga dia menemui ramai kawan dan lawan. Tindak-tanduk PK dalam pencarian itu juga mampu buat kita ketawa, menangis dan berfikir.

Walaupun PK mendapat kutipan paling tinggi dalam sejarah Bollywood, filem ini mendapat tentangan hebat dari kumpulan agama Hindu. Mereka mahu filem ini dilarang ditayangkan di India kerana menyatakan filem PK mempermainkan agama mereka. Bagaimana? Anda mesti tonton filem PK ini. Persoalan-persoalan di dalam filem ini juga jarang didengari di dalam layar Bollywood kerana ia mempersoalkan ritual agama dan orang yang mempergunakan agama untuk kesenangan sendiri.

Dari laman web Show Biz Icon, Aamir Khan telah ditanya 5 soalan berkenaan filem PK dan agama.

UPDATE: Aamir Khan Menghantar Notis Kepada Laman Web Pakistan Yang Telah Memalsukan Interview PK

Sumber dari Hindustan Times menyatakan interview yang dipalsukan itu menunjukkan seolah-olah Aamir Khan telah menjawab 5 soalan kontroversi berkaitan filem PK dan agama.

Interview

Wartawan: Awak (watak PK) mencuri duit dari kuil Hindu, tetapi tidak mencuri ‘chadar’ dari masjid/kubur?

Aamir Khan: Duit yang orang perlukan untuk survival di dunia ini, bukan ‘chadar’.

*chadar = kain atau cadar yang menutupi permukaan kubur seseorang yang biasanya ditempatkan di kawasan masjid.

Wartawan: Di dalam scene filem, Lord Shiva direndah-rendahkan. Kenapa tidak Nabi atau Hussain (Islam)?

AK: Pertama sekali, tiada Tuhan yang telah dihina. Kedua, orang Islam tidak menggunakan apa jua gambar atau bentuk yang menyerupai Nabi atau Hussain (A.S). Maka, anda tidak boleh menyamar sebagai mereka dalam apa jua cara dan penampilan.

Wartawan: Poster Lords and Ladies Hinduism yang hilang telah dipaparkan di dalam filem ini. Kenapa bukan Tuhan orang Islam?

AK: Saya akan menjawab soalan ini dengan jawapan yang sama. Anda tidak boleh menimbulkan sebarang persoalan tentang Allah atau personaliti-Nya kerana Islam tidak pernah dan tidak akan menunjukkan atau menggunakan mana-mana gambar-Nya.

Wartawan: Lelaki di dalam filem ini ialah seorang Muslim, manakala gadis itu seorang Hindu. Filem ini berakhir dengan menunjukkan bahawa orang Islam atau orang Pakistan bukanlah penipu tetapi seorang yang setia. Adakah anda tidak terfikir bahawa di dalam kisah cinta ini ada sebahagiaan daripada jihad?

AK: Well, tidak. Pengakhiran filem ini mempunyai mesej bahawa orang Islam dan orang Pakistan adalah tidak seperti apa yang mereka fikirkan selama ini. Mereka setia dan berbakti dengan berbuat baik. Sebelum ini, kita telah banyak melihat budak lelaki Hindu dan budak perempuan Islam di dalam filem, kita juga tidak membantah, begitu juga dengan anda. Saya rasa anda tidak perlu membantah hal ini sekarang juga.

*Love Jihad: extremist Hindu di India menganggap lelaki Muslim mengahwini wanita Hindu itu sebagai satu jihad buat Islam. Maka, mereka mengadakan kempen untuk menentang “Love Jihad” ini.

Wartawan: Kami melihat anda (watak PK) mengejar dan mensasarkan Hindu Saint sepanjang scene filem ini. Mengapa tidak seorang ulama Islam?

AK: Tiada di kalangan ulama dalam mana-mana masyarakat Islam menyebut dirinya utusan Tuhan, atau seseorang yang boleh menghubungi Tuhannya. Setiap ulama, tidak kira berapa seniornya dia, dia belajar dari kitab Allah iaitu kitab suci al-Quran, dan mengajar orang lain daripadanya.

Setelah menonton filem PK, ada 6 elemen yang dibangkitkan oleh pengarah dan scriptwriter filem ini iaitu: percaya, prejudis, komunikasi, kebiasaan, ketakutan dan hipokrit.

Jadi, sebelum anda menghukum, pastikan menonton filem PK ini terlebih dahulu dan kongsikan pandangan anda bersama kami di Facebook The Vocket.

https://www.youtube.com/watch?v=82ZEDGPCkT8

Sumber: Show Biz Icon, IBN Live, Hindustan Times

Nota: Berita tentang pemalsuan interview yang melibatkan Aamir Khan dan soalan tersebut hanya diketahui sehari selepas artikel ini dikeluarkan. Harap maklum.

Baca: 5 Soalan Kontroversi Kaitan Filem PK Dan Agama Dijawab Oleh Aamir Khan Disini