Semasa program Terbang Helang 3 September lalu, saya diajukan dengan satu soalan.

“Bagaimana puan menangani duit kopi?”

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Jawapan saya: Ia berkaitan prinsip.

1. Rezeki dari DIA

Prinsip kami amat kuat dalam menangani intigriti. Katakan saja, TIDAK. Mudah.

Bagi sesetengah peniaga, itu bermakna menolak rezeki.

Bagi kami, setiap rezeki itu telah ditulis di lauh mahfuz.

Jika Dia memberi tiada siapa dapat menahan, dan jika Dia menahan tiada siapa dapat memberi pula.

Penulis, Mahanom Mohammad ketika Program  Helang Terbang.
Penulis, Mahanom Mohammad ketika Program Helang Terbang.

Bayarlah duit kopi banyak mana. Manakan mungkin dapat melepaskan apa yang Dia tahan.

Dan jika Dia memberi, itu adalah kerana rezeki tersebut telah ditetapkan pada kita.

Bukan kerana kuasa orang yang menerima duit kopi itu. Tapi adalah kerana kuasa Dia.

Ini adalah kepercayaan bahawa rezeki adalah dari Dia.

2. Siapa yang kita cari

Keduanya, adalah kerana selama 15 tahun kami menjadi kontraktor, Alhamdullilah, kesemua pegawai yang menguruskan kerja kami adalah mereka yang kuat imannya. Tidak pernah meminta. Setakat belanja makan sahaja.

Saya percaya, ini juga adalah hasil dari “apa yang kita cari”.

Jika kita mencari mereka untuk memberi duit kopi bagi menyelesaikan segala masalah kita. Hasilnya, hadirlah orang-orang yang perlu diberi duit kopi dalam urusan kita.

Jika kita cari orang-orang yang sama prinsip dengan kita, maka hadirlah orang-orang yang sama pemikiran mencari yang halal seperti kita.

Ini adalah kepercayaan Dia beri apa yang kita cari.

2. Zakat perniagaan

Ketiganya, adalah kerana ia berkaitan dengan zakat perniagaan.

Bagaimana kita hendak membayar zakat atau bersedekah dengan hasil rezeki yang terkandung dalamnya sumber yang tidak diredhai. Memanglah ibadah seperti itu tujuannya membersihkan harta.

Tetapi kenapa perlu cari yang kotor jika yang bersih memang tersedia ada.

Sepanjang berniaga, kami juga tidak lekang diuji dalam mempertahankan prinsip ini.

Bersama staf berbincang.
Bersama staf berbincang.

Pernah diketuk pintu dikatakan wakil komitee dan meminta habuan. Kami kata tidak.

Jika kami kontraktor yang layak, biarlah projek ditawar berdasarkan rezeki itu Allah yang beri. Bukan hasil habuan yang diminta.

Sebulan selepas itu, ternyata projek tersebut ditawarkan jua pada syarikat kami.

Pernah juga, saya dihubungi secara peribadi kerana “menyusahkan beberapa orang kuat industri”, tetapi kerana prinsip yang kuat, saya tidak berganjak dari apa yang telah dibuat.

Selang 5 minit, selepas menolak idea mereka, saya menerima panggilan dari satu pelanggan lain yang menawarkan kontrak yang lumayan harganya.

Duit kopi tidak akan ada jika tiada yang meminta dan tiada yang memberi.

Selagi kita berpegang kepada rukun iman percaya kepada qada’ dan qadar, insyaallah selagi itu kita akan berusaha mencari dari sumber-sumber yang baik sahaja.

Bertebaranlah mencari rezeki yang halal.

Yang telah ditulis larangan itu ada ujian Allah di dalamnya.

BACA: ‘Tolak Duit Kopi’, Polis Tambah Pendapatan Sendiri Dengan Daun Pisang Dan Rebung