Platform penstriman Disney+ telah dilancarkan di Malaysia pada 1 Jun 2021 dan boleh dikatakan platform penstriman tersebut mendapat sambutan apabila ramai yang melanggannya.

Terbaharu, Scarlett Johansson yang membintangi filem Black Widow bertindak memfailkan saman terhadap Disney. Ini kerana, Black Widow telah ditawarkan di platform penstriman Disney+ dan menyebabkan beliau mengalami kerugian sekitar $50 million (~RM211.56 juta) dari kutipan tiket pawagam menerusi perjanjian yang ditandatangani dengan Marvel.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menerusi kontrak yang telah dipersetujui sebelum ini, Disney akan menawarkan filem Black Widow di pawagam untuk tempoh eksklusif di antara 90-120 hari sebelum ia boleh ditawarkan di platform penstriman. Kemudian, Johansson akan menerima peratusan dari kutipan tayangan di pawagam.

Akan tetapi, Johansson tidak akan menerima sebarang bayaran hasil dari kutipan Premiere Access yang ditawarkan oleh Disney+. Black Widow telah ditayangkan di pawagam dan Disney+ serentak sejak 7 Julai yang lalu, filem itu berjaya mengutip lebih $300 million (~RM1.27 billion) dengan majoritinya datang dari Premiere Access.

Malah, pihak Disney telah mengeluarkan kenyataan mengatakan mereka sedih dan bimbang kerana Johansson seperti tidak memikirkan impak wabak Covid-19 di peringkat global. Bukan itu sahaja, Disney telah memenuhi kontrak dengan Johansson yang telah menerima bayaran $20 million (~RM84.75 juta) untuk membintangi filem Black Widow.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah ini.

‘Jelas, Stabil Dan Tidak Masuk Campur’- Netizen Puji Skill Jurugambar Ini Rakam Video Pergaduhan

‘Lihat Siapa Di Depan?’ – Aktivis ‘Perlekeh’ Malaysia Selepas Israel Raih Pingat Pertama Di Olimpik 2020

Apa Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Katil Anti-Maksiat, Tempat Tidur Atlet Olimpik Tokyo 2020