Peminat dekorasi rumah pasti sukakan hiasan dalaman rumah lama tahun 60-an ini. Ia disusun indah dengan konsep minimalis dan kontemporari tanpa menjejaskan elemen aura rumah lama. Rumah ini berada hanya 600 meter dari Gurney Drive dan Gurney Plaza di George Town, Pulau Pinang.

Binaan rumah satu tingkat ini bersaiz 904 kaki persegi. Jadi, saya anggarkan rumah ini lebar 25 kaki dan panjang 30 kaki untuk bahagian ruang tamu, ruang makan, dapur dan 3 bilik tidur. Selebihnya sekitar 150 kaki persegi untuk 2 buah bilik air berserta 2 set sinki di tepinya.

Rumah ini dikelilingi laman yang luas dan tempat letak kereta di hadapan rumah pula boleh memuatkan sehingga 3 buah kereta di dalam satu masa.

Percayalah anda pasti jatuh suka dengan gaya hiasan dan pelan rumah ini.

Ruang Tamu

Baca: Ruang Tamu Bertentangan Dengan Dapur Dan Laman Ini Kelihatan Luas Dan Cantik

Ruang Makan

Dapur

Baca: Rumah Saiz 160 Kaki Persegi Untuk 4 Orang Ini Kelihatan Minimalis, Elegan Dan Cantik

Bilik Air

Bilik Tidur

Halaman Rumah

Baca: Ruang Halaman Dalam Rumah Teres Inspirasi Eropah Jadi Penyeri Kediaman

Dari hasil pemerhatian saya pada gambar-gambar ini, saya dapati kebanyakan barang-barang di dalam rumah ini dibeli dari IKEA.

Sekiranya anda mahu melihat dengan lebih dekat rumah ini, anda boleh bermalam di sini kerana ia sebenarnya merupakan sebuah rumah penginapan jenis homestay. Anda boleh membuat tempahan dengan mengklik di sini.

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram