Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Sebuah rumah dua tingkat serangkai jenis semi-D di Kota Kemuning telah menjalani pengubahsuaian dari segi kosmetik iaitu hanya mengintegrasikan dekorasi dengan rekabentuk asal rumah tanpa melakukan pengubahsuaian major.

nuinfinity.com

nuinfinity.com

Screenshot 2021-04-16 at 5.31.46 PM
HYPE
Amalkan Gaya Hidup Sihat, Masterchef Beri Tips Untuk Anda Masak Makanan Iftar Yang Berkhasiat
Baca lagi →

Rumah yang kami maksudkan ini merupakan sebuah rumah contoh milik IJM Land di Bandar Rimbayu, Kota Kemuning, Selangor. Konsep dekorasi rumah ini bercirikan moden kontemporari telah dilakukan oleh Nu Infinity yang pernah mengubahsuai rumah teres setingkat TTDI menjadi seperti banglo mewah dan moden.

nuinfinity.com

nuinfinity.com

Ruang tamu dihiaskan dengan sofa-L dan satu sofa berlengan. Meja kopi bentuk bulat diletakkan di bahagian tengah menghadap feature wall yang menarik. Jaringan wayar berwarna biru seolah-olah menggambarkan seperti di atas papan litar elektronik.

nuinfinity.com

nuinfinity.com

Binaan rumah dua tingkat serangkai jenis semi-D ini bersaiz 2,120 kaki persegi di atas tanah seluas 32′ x 70′ (2,240 kaki persegi). Ia mempunyai satu courtyard yang dilindungi pintu gelungsur bagi membantu aliran pengudaran di dalam rumah. Ia terletak bertentangan dengan ruang makan dan bersebelahan dengan ruangan santai.

nuinfinity.com

nuinfinity.com

nuinfinity.com

nuinfinity.com

Ruangan santai ini pula bersesuaian dijadikan ruang kerja dan ruang bacaan kerana pengudaraan yang baik dari courtyard membantu seseorang fokus dan selesa ketika membaca. Ia juga membuatkan ruangan ini kelihatan lapang dan terbuka.

nuinfinity.com

nuinfinity.com

Meja bar dan bangku tinggi dibina bersebelahan dapur. Terasa seperti berada di kafe moden apabila melihat dekorasi sebegini.

nuinfinity.com

nuinfinity.com

Ini pula pemandangan terus dari dapur rumah. Ia hanya dipisahkan dengan kerangka kayu yang membentuk rak dan ruang laluan tanpa muka pintu.

nuinfinity.com

nuinfinity.com

Tonton ini untuk melihat lebih banyak ruangan menarik terutama di bahagian tingkat atas:

Baca: 15 Idea Ruang Bacaan Di Tepi Tingkap Yang Menarik Untuk Anak-Anak

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

Anda Mungkin Suka