Boleh dikatakan sejumlah syarikat teknologi kini menghadapi kesukaran untuk bertahan ekoran isu ekonomi yang melanda di peringkat global. Para penganalisa ketika ini menjangkakan syarikat induk Shopee iaitu Sea juga akan menunjukkan penurunan saham seperti syarikat-syarikat gergasi lain.

Berdasarkan laporan Bloomberg, saham Sea setakat ini sahaja telah jatuh sebanyak 86.65% daripada nilai puncaknya sebelum ini. Penyusutan ini juga bakal memberikan kesan kepada kejatuhan nilai kekayaan pengasasnya di samping membawa kepada beberapa pelabur yang keluar daripada menjadi pemegang saham syarikat Sea.

Baca Juga:

Sumber Gambar: Google

Sebelum ini, satu saham Sea mencapai nilai $355.99 (~RM1,635.06) namun kini hanya didagangkan pada nilai serendah $45.80 (~RM210.36). Sea dilihat menghadapi kerugian apabila mereka cuba memperluaskan pasaran merangkumi sejumlah pasaran global tetapi gagal.

Buat masa ini, pihak Sea dalam proses menstruktur kembali operasi untuk mendapatkan keuntungan. Malah, sudah kedengaran syarikat Sea sedia menghentikan sejumlah besar pekerja pada suku ketiga 2022 termasuklah di ibu pejabat mereka di Singapura.