Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau negeri, Mohd Akmal Kamarudin berkata tiada unsur penindasan disebalik kompoun yang dikeluarkan terhadap enam pelajar Kolej Matrikulasi Perak kerana tidak memakai pelitup muka.

Dia yang berkata kepada Bernama seperti yang dilaporkan oleh Awani, percaya bahawa pegawai penguat kuasa KKM yang bertanggungjawab mengeluarkan saman itu hanya menjalankan tugas.

image4
HYPE
Papar Kerinduan Seorang Ayah, Filem Pendek ecoBrown’s Ini Undang Sebak
Baca lagi →

Dia yang ditemui pemberita selepas merasmikan Operasi Keselamatan Makanan Sempena Bulan Ramadan Peringkat Negeri Perak Tahun 2021 berkata kesemua pelajar yang dikompaun itu masih boleh membuat rayuan untuk mengurangkan jumlah kompaun tersebut dan pihaknya yakin kesemua pelajar itu mampu membayarnya.

“Saya yakin jumlah pengurangan itu seminimum mungkin dan mampu dibayar pihak pelajar dan jika sampai mereka tidak mampu untuk membayar kompaun, InsyaAllah saya juga boleh membantu untuk menyelesaikannya,” katanya.

Mohd Akmal dalam kenyataannya turut meminta semua orang untuk menghormati tugas KKM yang sedang berusaha keras untuk membendung wabak COVID-19 di Malaysia.

Terdahulu, The Vocket melaporkan enam pelajar Kolej Matrikulasi Perlis yang dikompoun oleh penguat kuasa KKM kerana tidak memakai pelitup muka telah dipertikaikan oleh netizen.

Tindakan KKM bagi netizen tidak munasabah kerana para pelajar terbabit dikatakan sudah berkurung di dalam kolej sejak lima bulan lepas dan tidak dibenarkan keluar.

Sejak perkara ini tular, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah telah meminta agar aduan ini disiasat. Siasatan akan dilakukan terhadap kompoun yang dikeluarkan agar tindakan sewajarnya dapat diambil.

Layanan dua darjat, pelajar matrikulasi langgar sop disaman tanpa siasatan RM1,500. Klik pautan di bawah untuk membaca. 

Layanan Dua Darjat, Pelajar Matrikulasi Langgar SOP Kena Saman Tanpa Siasatan RM1,500

Anda Mungkin Suka