Baru sahaja jenama Royole umumkan menjual peranti pintar pertama di dunia yang boleh lipat, jenama dari Korea Selatan iaitu Samsung telah memperkenalkan secara rasmi peranti pintar yang boleh dilipat oleh mereka.

Kali ini jenama ini telah menampilkan gambar profil yang digunakan logo Samsung yang telah dilipat dua. Ia sekaligus menamatkan spekulasi ianya bakal diperkenalkan di Samsung Developer Conference yang berlangsung pada 7 dan 8 November.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

samsung-foldable-phone-event-teaser-001

Peranti boleh lipat Samsung ini dijangka akan dipasarkan mulai tahun hadapan. Samsung juga bakal membuat siaran langsung di YouTube di channel mereka sendiri untuk pengenalan model ini. Sama-sama kita menyaksikan bagaimana rekaan peranti ini.